{"id":569,"date":"2020-08-27T14:00:05","date_gmt":"2020-08-27T14:00:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=569"},"modified":"2020-08-27T14:00:07","modified_gmt":"2020-08-27T14:00:07","slug":"perbezaan-sikap-antara-abu-talib-dan-abu-lahab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/08\/27\/perbezaan-sikap-antara-abu-talib-dan-abu-lahab\/","title":{"rendered":"Perbezaan Sikap Antara Abu Talib Dan Abu Lahab"},"content":{"rendered":"\n<p>Menurut Syaikh Muhammad Abu Zahrah RH sikap yang ditunjukkan oleh Abu Talib tidak perlu dijelaskan lagi kerana ayahandanya, &#8216;Abdul Muttalib memberi kepercayaan kepadanya untuk menjaga Nabi Muhammad SAW selepas wafatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun dia bukan anak yang paling tua, tetapi sifat sayangkan keluarga yang ada pada dirinya, menjadikannya bersungguh-sungguh menunaikan wasiat ayahnya dengan menjaga dan mempertahankan Baginda SAW. <\/p>\n\n\n\n<p>Tugas menjaga Rasulullah SAW mulai usia kanak-kanak sehingga masa muda dan dewasa Baginda SAW.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesungguhnya Abu Talib benar-benar menunaikan wasiat ayahandanya dengan penuh tanggungjawab sekalipun tidak beriman kepada Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain seperti Hamzah dan &#8216;Abbas, mereka berdua tetap mempertahankan Rasulullah SAW walaupun masih belum memeluk Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya Abu Lahab tidaklah bersikap begitu terhadap anak saudaranya itu, Rasulullah SAW. <\/p>\n\n\n\n<p>Sikapnya sangat berlainan dengan anggota keluarga yang lain termasuk dengan kalangan yang belum memeluk Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal yang demikian mungkin disebabkan kepentingan harta dan pangkat yang menguasai diri Abu Lahab (\u2018Abdul \u2018Uzza) menyebabkan dirinya tidak mahu memperoleh kesusahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia beranggapan sekiranya dia menyokong perjuangan anak saudaranya itu, maka sudah pasti akan mengorbankan harta dan menjatuhkan martabatnya dalam kalangan Musyrikin. <\/p>\n\n\n\n<p>Kelompok yang menjadi golongan terbesar dan masih memerintah Makkah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sifat ini menjadikan Abu Lahab tidak memikirkan tentang kebenaran Islam dan tidak berpendirian untuk melindungi anak saudaranya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan dia fikir lebih beruntung dan terjamin kepentingan dengan bersungguh-sungguh menentang Rasulullah SAW.<\/p>\n\n\n\n<p>Ummu Jamil, isteri Abu Lahab juga memainkan peranan yang besar dalam memusuhi Rasulullah SAW. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia bersungguh-sungguh membenci Rasulullah dan isteri Baginda iaitu Ummul Mu\u2019minin, Khadijah RA. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berdua, suami dan isteri menentang Rasulullah SAW yang merupakan suatu kejahatan yang tidak terhingga di saat orang menyanjunginya di langit dan di bumi.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun demikian, Abu Lahab ialah seorang penakut. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika puak Quraisy keluar berperang, dia tidak ikut serta keluar berperang.<\/p>\n\n\n\n<p>Adapun sikap Abu Talib juga hendaklah dinilai dari segi Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Sikap menyokong atas dasar kekeluargaan tanpa beriman dengan ajaran yang dibawa Rasulullah SAW, sebaliknya hanya berpegang dengan ajaran pusaka nenek moyang adalah sikap yang sia-sia di sisi Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p>Betapa sayang sekalipun Rasulullah SAW terhadap Abu Talib, namun bapa saudaranya tetap dalam keadaan begitu adalah satu ujian kepada Baginda SAW.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara tersebut menjadi iktibar yang sangat mendalam kepada kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita sendiri tidak mengetahui apakah hikmah di sisi Allah yang Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam segala urusanNya. <\/p>\n\n\n\n<p>Wallahu a&#8217;lam.<\/p>\n\n\n\n<p>Dato&#8217; Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menurut Syaikh Muhammad Abu Zahrah RH sikap yang ditunjukkan oleh Abu Talib tidak perlu dijelaskan lagi kerana ayahandanya,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":570,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[18],"class_list":["post-569","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-islam","tag-islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/569","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=569"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/569\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":571,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/569\/revisions\/571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/570"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=569"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=569"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=569"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}