{"id":5737,"date":"2021-03-05T09:34:50","date_gmt":"2021-03-05T09:34:50","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5737"},"modified":"2021-03-05T09:34:52","modified_gmt":"2021-03-05T09:34:52","slug":"pertandingan-empat-penjuru-bakal-mewarnai-pru15","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/05\/pertandingan-empat-penjuru-bakal-mewarnai-pru15\/","title":{"rendered":"Pertandingan Empat Penjuru Bakal Mewarnai PRU15"},"content":{"rendered":"\n<p>Pilihanraya Umum bakal diadakan setelah negara ini mampu menangani pandemik Covid19 melalui usaha vaksinisasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang ingin melihat pertandingan dua penjuru antara Perikatan Nasional dengan Pakatan Harapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi hal ini tidak akan berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepertimana diketahui Barisan Nasional bukan dalam gabungan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional bukan suatu organisasi yang berdaftar. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang berlaku Barisan Nasional hanya menyertai Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan campuran bukannya kerajaan perpaduan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, tidak salah Barisan Nasional melawani Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak patut dipersalahkan kepada UMNO yang mengetuai Barisan Nasional untuk menentang PPBM dalam PRU15 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Umum mengetahui, PAS tidak akan bersama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dalam sebarang bentuk kerjasama mahupun bersekutu dalam PRU 15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga UMNO tidak akan bersama atau bersekutu sebagai satu gabungan dalam PRU15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah soal hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada siapa yang boleh memaksa untuk dari tidak bersetuju kepada bersetuju. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman pahit yang dialami oleh PAS sewaktu krisis 2015 telah menyebabkan PAS keluar dari Pakatan Harapan disebabkan terdapat duri dalam daging yang akhirnya melahirkan PAN. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga UMNO yang telah melalui pengalaman paling pahit sehingga gagal membentuk kerajaan pusat disebabkan oleh ahli UMNO yang akhirnya keluar menyertai PPBM yang bergabung dengan Pakatan Harapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, adalah sukar untuk menyatukan PPBM dengan UMNO sepertimana sukarnya menyatukan PAS dan PAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi perlu diingatkan juga dalam Pakatan Harapan (PH) kini terbahagi kepada dua iaitu kumpulan pro Anwar dan kumpulan pro Tun Dr Mahathir. <\/p>\n\n\n\n<p>Mahu atau tidak, akan wujudnya dua penjuru dalam PH apabila berdepan dengan PRU15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kumpulan pro Anwar masih tidak belajar daripada sejarah terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional selepas Langkah Sheraton. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna pisang akan berbuah lebih tiga kali dalam pengkhianatan Tun Dr Mahathir ke atas kumpulan pro Anwar dalam Pakatan Harapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, terdapat juga kumpulan yang tidak terikat dengan Barisan Nasional atau Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan pro Anwar atau kumpulan Pro Tun Dr Mahathir. <\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan ini seperti Putra, Berjasa dan sebagainya juga akan menyertai PRU15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna kerusi Melayu majoriti yang terdiri daripada 120 kerusi bakal dipertandingkan dengan lebih empat penjuru terutama di negeri-negeri yang amat panas. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO bakal berentap dengan PPBM di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Selangor dan Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAS turut menyertai Perikatan Nasional bermakna UMNO turut berentap dengan PAS di Kedah, Terengganu dan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, kumpulan pro Tun Dr Mahathir bersama Putra, Berjasa dan parti-parti kecil lain akan turut berentap dengan Pakatan Harapan di kebanyakan kerusi Pantai Barat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna, Melayu dengan Melayu akan berpecah dan berentap untuk merebut kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, bakal akan berlaku adalah tawar menawar kerusi kepada parti bukan Melayu untuk mendapatkan undi bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Situasi ini bakal berlaku jika kuasa politik Melayu dipecahkan dan dilemahkan apabila pertandingan sesama parti politik Melayu di satu kerusi majoriti Melayu melebihi empat penjuru. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini juga adalah keterpaksaan untuk menyerahkan kerusi majoriti Melayu agar undi bukan Melayu mengundi sesuatu parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Amat menyedihkan jika situasi ini berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang berlaku di Tanjung Piai yang melihat undi Cina kembali kepada MCA sebenarnya tidak berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Perubahan undi Cina kembali kepada MCA adalah disebabkan strategi penyokong DAP untuk melihat adanya wakil Cina dalam kerusi Parlimen kerajaan Perikatan Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pengundi Cina kepentingan wakil Cina lebih penting daripada kepentingan agenda peribadi dan parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka melihat kedudukan sebagai kaum minoriti memerlukan wakil dalam kerajaan Perikatan Nasional yang didominasi oleh kaum Bumiputra. <\/p>\n\n\n\n<p>Situasi hal ini juga bakal berlaku nanti dalam PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan berlaku tawar menawar antara MCA dan DAP dalam mewujudkan wakil dalam kerajaan yang akan terbentuk nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>DAP berkemungkinan tiada masalah untuk menyerahkan 10 hingga 20 kerusi Parlimen kepada MCA jika benar kerajaan campuran formula kini terbentuk nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika formula kerajaan campuran tidak berlaku, maka akan terbentuk formula kerajaan diterajui Barisan Nasional nanti, sudah pasti ada wakil Cina dalam kerajaan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna DAP dan MCA akan menjadi penimbang tara dalam pembentukan mana-mana formula kerajaan nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka tidak rugi jika DAP berkongsi kerusi dengan MCA. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah dinamakan strategi pintar. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab, mereka sudah tahu adalah sukar untuk menyatukan UMNO dengan PPBM dan situasi ini turut sama berlaku sukar menyatukan PAN dan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka yang menjadi pilihan kini adalah antara dua gergasi parti politik yang benar-benar berentap dan mempunyai keupayaan untuk menang. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka sama ada kumpulan pro Tun Dr Mahathir atau mana-mana parti kecil seperti Putra, Berjasa dan sebagainya turut bertanding tidak akan memberi impak kepada pembentukan kerajaan nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Amat menyedihkan jika kuasa politik Melayu hari ini menjadi satu bebanan kepada Perpaduan Ummah disebabkan tidak kembali kepada ajaran Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, UniSZA<br>Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah, UiTM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pilihanraya Umum bakal diadakan setelah negara ini mampu menangani pandemik Covid19 melalui usaha vaksinisasi. Ramai yang ingin melihat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5738,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-5737","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5737","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5737"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5737\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5739,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5737\/revisions\/5739"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5738"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5737"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5737"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5737"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}