{"id":5753,"date":"2021-03-06T05:05:39","date_gmt":"2021-03-06T05:05:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5753"},"modified":"2021-03-06T05:05:41","modified_gmt":"2021-03-06T05:05:41","slug":"politik-tak-mahu-mengaku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/06\/politik-tak-mahu-mengaku\/","title":{"rendered":"Politik Tak Mahu Mengaku"},"content":{"rendered":"\n<p>Dalam politik, mengawal kemusnahan adalah satu bentuk kemahiran yang perlu ada jika seseorang itu mahu menjadi ahli politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, jika berlaku sesuatu perkara yang boleh memusnahkan parti atau individu dan hal itu gagal dikendalikan, maka tidak mustahil ia akan benar-benar boleh menjahanamkan seluruh jentera parti atau individu itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu kemahiran mengawal kemusnahan ini adalah sangat penting bagi politikus. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada berbagai cara mengawalnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang terpaksa mengorbankan kawan, mengorbankan kedudukan sementara sebelum mengambilnya semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengorbankan harta, jangan cakaplah. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara kemahiran lain lagi ialah mengubah prinsip, bergabung dengan musuh atau mungkin cara berpakaian. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendek kata, mengaku salah, tidak sekali-kali.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini semua samada mahu menarik simpati atau meletakkan bebanan dan masalah itu kepada orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi dia akan kekal relevan dalam dunia politik, sementara itu akan ada kambing hitam yang menjadi korban dalam perancangan dia. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala mengakui kesalahan adalah pilihan terakhir bagi ahli politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Itupun selepas meneliti segala aspek agar ia dilihat dapat menarik lebih simpati pengundi dan bukan mematikan karier.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya bawakan beberapa contoh kemahiran mengawal kemusnahan ini yang berlaku dalam politik negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada pandangan saya, yang paling mahir dalam bab ini, tidak lain tidak bukan, Tun Mahathir. <\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya beliau boleh menurunkan Tun Hussein Onn dan beliau mengambil jawatan PM. <\/p>\n\n\n\n<p>Tun Musa Hitam tersepit dengan isu Memali yang mana kata Tun Musa, Tun Mahathir ada di Malaysia ketika kejadian itu, bukan di China.<\/p>\n\n\n\n<p>Ku Li dilihat sebagai petualang kerana telah berjaya mengharamkan Umno selepas tewas dalam pemilihan Presiden sekitar tahun 1987 oleh Tun, walaupun ahli Umno tahu apa yang telah Tun lakukan ketika pemilihan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada mula kes Anwar, Tun tidak dipercayai rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja dari pembangkang, malahan ahli Umno juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi perlahan-lahan, kebencian itu bertukar kepada Anwar pula. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah sebahagian daripada kemahiran Tun.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila gagal menang dalam mahkamah, maka mahkamah tidak adil. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila mana tidak berjaya menawan Putrajaya, maka sistem pengundian disalahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika Ahli Parlimen BN yang dikatakan mahu melompat, tetapi tidak jadi, lantas dituduh mereka sebagai terpengaruh dengan wang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu harga minyak gagal diturunkan ketika beliau menang PRU, berbagai alasan lain pula yang dikemukakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sering dijadikan alasan utama atas kegagalan beliau melakukan sesuatu kepada rakyat ialah kegagalan BN sejak lama dahulu yang menjadi penghalang. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua ini adalah satu bentuk kemahiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Masalah alasan itu menipu atau tidak, itu tidak kita bincangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang saya mahu jelaskan ialah sejauh mana politikus berjaya mengawal pemikiran penyokong mereka dan juga rakyat dengan alasan-alasan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jari telunjuk mereka akan dihalakan kepada sesuatu yang lain supaya tidak terlihat mereka yang melakukannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika sebab-sebab yang mereka berikan itu diterima ahli, maka itulah kemahiran mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika sehingga orang atas pagar turut yakin dengan beliau, itu bermakna dia berkemahiran tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi sekiranya penyokong musuh turut percaya dengan kata-katanya, itulah tandanya dia mempunyai kemahiran mengawal kemusnahan yang sangat tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika dia berjaya membuat rakyat mempercayainya berkali-kali walau sudah banyak kali membelit, itu kita panggil kemahiran \u2018tahap dewa\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya menumpukan isu ini kepada beberapa bekas pemimpin tertinggi Umno dan juga Anwar sahaja sebagai rujukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tun, Anwar dan Najib, pernah menggegarkan negara dengan isu-isu mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana mereka bangkit daripada kejatuhan atau kegagalan dan merampas semula keyakinan penyokong, malah kepada musuh mereka sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi saya tidak yakin kemahiran ini, ada pada Zahid Hamidi. <\/p>\n\n\n\n<p>Surat yang telah disiarkan itu dengan jelas mahukan Sidang Parlimen diadakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah MIC dan MCA menyatakan ia tidak seperti yang mereka putuskan, maka Pegawai Media Umno telah dikenakan hukuman gantung tugas selama sebulan, bagi Umno menjalankan siasatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu naifkah keseluruhan jentera Penerangan Umno untuk tidak memeriksa dahulu surat penting itu sebelum disiarkan?<\/p>\n\n\n\n<p>Saya melihat tindakan menggantung Pegawai Media ini adalah cubaan Zahid untuk mengawal kemusnahan yang telah terjadi semenjak sekian lama, berkaitan dengan dakwaan sokongan beliau kepada Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah lebih menghairankan rakyat, isi kandungan dan ayat dalam surat terbaharu Umno juga hampir serupa dengan surat yang dikeluarkan oleh PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebetulan yang amat menarik.<\/p>\n\n\n\n<p>Malang bagi Zahid, kemahiran beliau tidak tinggi, kelihatannya mudah dibaca oleh semua dan nampak siapa yang mahu dijadikan kambing hitam itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak tuduh beliau menipu, cuma saya tidak percaya sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda percaya Pegawai Media Umno yang salah siar surat itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Kesilapan kandungan surat itu hanya disedari setelah sehari dan sudah dibacakan juga oleh Setiausaha Agung Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Janggal rasanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang rakyat sedang khusyuk membaca satu persatu, laporan perbicaraan kes Zahid di mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah duit juta-juta juga disebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga baik-baik belaka hendaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>06 Mac 2021<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"680\" height=\"960\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5754\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN.jpg 680w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN-213x300.jpg 213w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN-329x465.jpg 329w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN-198x280.jpg 198w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN-129x182.jpg 129w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN-108x153.jpg 108w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN-169x239.jpg 169w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN-53x75.jpg 53w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN-241x340.jpg 241w\" sizes=\"auto, (max-width: 680px) 100vw, 680px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"667\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-667x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5755\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-667x1024.jpg 667w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-195x300.jpg 195w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-303x465.jpg 303w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-182x280.jpg 182w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-119x182.jpg 119w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-100x153.jpg 100w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-156x239.jpg 156w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-49x75.jpg 49w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01-222x340.jpg 222w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/MediaBN01.jpg 720w\" sizes=\"auto, (max-width: 667px) 100vw, 667px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam politik, mengawal kemusnahan adalah satu bentuk kemahiran yang perlu ada jika seseorang itu mahu menjadi ahli politik.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-5753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5753"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5757,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5753\/revisions\/5757"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}