{"id":5791,"date":"2021-03-07T15:27:59","date_gmt":"2021-03-07T15:27:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5791"},"modified":"2021-03-07T18:51:10","modified_gmt":"2021-03-07T18:51:10","slug":"betul-ke-pas-senyap-apabila-sudah-berkuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/07\/betul-ke-pas-senyap-apabila-sudah-berkuasa\/","title":{"rendered":"Betul Ke PAS Senyap Apabila Sudah Berkuasa?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara yang menjadi peluru penabur seteru PAS hari ini ialah kononnya PAS gagal memperjuangkan dasar dan matlamatnya melalui kerajaan yang disertainya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini turut disunguti oleh sebilangan ahli dan penyokong PAS yang mudah terpana oleh peluru musuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tulisan kali ini bukan bertujuan mempertahankan PAS tanpa asas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi cukup dengan satu analogi yang mudah difahami.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum itu, penulis mengingatkan rakyat khususnya umat Islam agar perlu adil dalam membuat penilaian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli dan penyokong PAS jangan mudah termakan hujah-hujah pembangkang yang cuba memecahbelahkan keutuhan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAN dan PKR tak pernah ada tendensi untuk melaksanakan apa yang mereka bisingkan semasa berkuasa 22 bulan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka hanya menyindir dan ingin menjolok agar ahli-ahli PAS latah, bangkit memberontak dan meninggalkan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara isu yang dibangkitkan ialah RUU355, kes keadilan untuk Adib, kilang arak dan lesen judi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan, rakyat tidak nampak apa-apa perkembangan positif dalam kes-kes tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah setahun lebih PAS berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun keadilan untuk arwah Adib belum nampak tanda-tanda pembunuh dibawa kembali ke mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">RUU355 masih kabur jalan penyelesaian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kilang arak masih tertegak di situ. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lesen dan premis judi tidak juga berkurang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setidak-tidaknya tiada lagi premis yang dibenarkan beroperasi seperti di Kelantan dan Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila isu-isu tersebut kekal di takuk lama, maka ada ahli dan penyokong menjadi rimas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suara Tuan Guru Presiden PAS yang banyak membangkitkan isu-isu tersebut sebelum ini diperli kononnya telah sirna ditelan ombak Laut China Selatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hendak tidak hendak rakyat mahu dengar sepatah kata dari Presiden tentang \u2018usaha dan perjalanan\u2019 isu-isu yang pernah diperjuangkan semasa PAS menjadi pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Informasi penting untuk menyedarkan mereka bahawa kita buat kerja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Membisu sinonim dengan tiada usaha. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sikap ini kontradik bagi massa di era teknologi maklumat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang perlu difahami ialah Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) dan para pemimpin PAS bukan tidak mengambil berat kes-kes tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS bukan DAP; yang mengambil jalan semberono sebaik bertapak di Putrajaya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlu disedari, kerajaan PN sekarang bukanlah sebuah kerajaan yang stabil sejak mula terbentuknya lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Entah 3 bulan. Entah 6 bulan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tempoh hayatnya tak dapat dijangkakan sama ada tumbang atau berakhir dengan pembubaran Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ditambah lagi, kes pandemik Covid19. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari melandai kemudian memuncak semula mengatasi China negara asal merebaknya virus. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan banyak menghabiskan masa, tenaga dan peruntukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gerak kerja pembangunan negara terbantut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mobilisasi terhad. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan benar-benar berperang dengan Covid19. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di saat getir perang inilah, Anwar dan PH menyerang PN dari belakang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cuba rasionalisasikan fikiran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan dua situasi yang tidak kondusif itu, wajarkah PAS mendesak itu ini semata-mata untuk mengangkat agenda perjuangannya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan bila-bila masa nak tumbang dek mainan orang yang gila dengan nombor. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nyawa rakyat beribu-ribu setiap hari diancam Covid19. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiba-tiba kita nak bawa isu yang sebenarnya dibangkang mentah-mentah oleh golongan oportunis pada hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Takkan kita lebih alim daripada TGHH dan alim ulama tentang feqah aulawiyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tamsilannya seperti orang yang naik rumah baru. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetiba anak sakit teruk. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kos rawatan ratus ribu perlu dicari. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerja lain ditinggalkan kerana apoinmen dengan doktor. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siang dan malam bergegas ke hospital bergilir-gilir menjaga anak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam keadaan tersebut, wajarkah jiran sebelah bertanya bila nak beli sofa baru. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila nak renovate master bedroom? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dulu kata nak tanam pokok berteduh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rumah pun sudah diduduki; eloklah tanam sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gila ke apa jiran sebelah tu? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan sofa yang perlu difikirkan saat anak sedang tenat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan soal-soal kelengkapan dalam rumah perlu diutamakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Duduklah atas kerusi buruk itu dulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anak bergelut dengan maut, takkan mak ayah nak sibuk fikir benda-benda macam itu? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang perlu difikirkan sekarang ialah bagaimana nak selamatkan nyawa anak yang sakit. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang kedua, macam mana nak jaga keselamatan daripada gangguan orang gila, jiran sebelah rumah itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukankah itu lebih aula? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yakinlah. PAS tidaklah berdiam diri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Takkan semuanya nak digegerkan macam jadi pembangkang dulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah pasti approach-nya berubah kerana kita sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau dah boleh berkunjung ke kementerian, buat apa nak berdemonstrasi panjang-panjang? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Benda boleh bincang dan dicadang solusi, buat apa terpekik terlolong macam kera di hutan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, benda yang boleh diuruskan secara teratur dan bijaksana, In Sya Allah akan terlaksanalah juga mengikut marhalahnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perkara yang menjadi peluru penabur seteru PAS hari ini ialah kononnya PAS gagal memperjuangkan dasar dan matlamatnya melalui<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5793,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-5791","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5791","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5791"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5791\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5792,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5791\/revisions\/5792"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5793"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5791"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5791"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5791"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}