{"id":5869,"date":"2021-03-17T05:54:13","date_gmt":"2021-03-17T05:54:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5869"},"modified":"2021-03-26T06:22:03","modified_gmt":"2021-03-26T06:22:03","slug":"mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan-siri-4","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/17\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan-siri-4\/","title":{"rendered":"Mengapa Sebahagian Ahli PAS Suka Dengar Fitnah Dan Sebarkan? &#8211; Siri 4"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">*Pastikan anda memahami syarat yang telah dinyatakan dalam siri 1 sebelum menyambung membaca tulisan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gerak kerja fitnah bermula, tetapi fitnah apa?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika permulaan Umno kalah di Terengganu pada 1999, ada di kalangan mereka yang menangis, tidak percaya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kekecewaan mereka amat nyata dengan beberapa amukan kecil melampias kemarahan mereka di kedai-kedai kopi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menghentak meja, mencarut, memaki pimpinan PAS pagi dan petang oleh ahli Umno, adalah seumpama membaca zikir al-ma\u2019thurat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka geram, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tersebar cerita kerusi dilayangkan ke arah gambar Presiden PAS yang tergantung sebagai MB Terengganu ketika itu dalam satu majlis perjumpaan mereka di sebuah premis Kerajaan Pusat sekitar Gong Badak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli PAS tertawa mendengar kisah-kisah nakal ahli Umno yang kecewa itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keyakinan ahli-ahli PAS sangat utuh saat itu bahawa, Terengganu akan kekal di tangan PAS, sama seperti di Kelantan. Noktah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika mereka ketawa dalam yakin itu, perlahan-lahan Umno mulai bangkit. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak berapa lama setelah kekalahan itu, ahli-ahli berjaya dipujuk kembali oleh pimpinan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebahagian ahli PAS tidak sedar bahawa \u2018swing\u2019 undi yang dilakukan oleh Umno Terengganu kepada PAS bukan hanya kerana isu Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi juga kerana MB Terengganu sebelum itu terlalu lama memegang jawatan dan perbalahan dalaman Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adegan mencekik leher di kediaman MB sewaktu pengumuman nama calon antara buktinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli-ahli Umno kemudiannya dihantar berkursus bagi memulihkan semangat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno menggunakan khidmat pakar motivasi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa bulan kemudian, markas-markas Umno kembali meriah, bercahaya dengan sinaran lampu sehingga malam hari kerana mereka mula bekerja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih bersemangat lagi kerana duit royalti yang ditukar kepada wang ehsan, dipegang mereka melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada mengemaskini data-data mereka, ada unit saraf Umno yang ditugaskan menyebar fitnah dan propaganda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang bekas pimpinan Umno, pernah memberitahu bagaimana permusuhan dalaman Umno ditangani. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata beliau, dalam Umno, jika berbalah, hanyalah pimpinan sesama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala semua tugasan parti atau kerajaan dilaksanakan oleh petugas-petugas mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala dalam PAS, ada petugas tumpang sibuk berkelahi, memberi kesan kepada kerja yang diamanahkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memeningkan kepala pimpinan dengan beban berganda itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah dilantik menjadi MB, Presiden PAS menerima asakan awal dengan beliau dituduh berkahwin dengan seorang anak dara berumur 17 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banyak mata melirik kepada beliau, sambil kening terangkat dan mulut melopong. Ia memeranjatkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">YB PAS juga ada yang turut terkejut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli-ahli pula cuba mereka-reka alasan bagi mempertahankan MB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rupanya ia adalah bom asap oleh Umno, yang hanya mahu mengeluarkan musuh dari tempat persembunyian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Silap ahli PAS kerana tidak memakai topeng perlindungan asap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pun begitu, fitnah isu wanita, tidaklah dapat memberikan kesan besar kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerana jika tidak terbukti, tiada siapa yang mempercayainya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bab arak, judi? Maaf, jangan. Nanti pemfitnah pula yang kena. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS tidak sesuai dengan fitnah sebegitu dan Umno maklum akan hal itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehingga PAS kalah, saya tidak mendengar YB-YB PAS Terengganu ada kes-kes dengan kes-kes ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi fitnah penyelewangan kuasa, duit atau rasuah adalah fitnah terbaik bagi menjatuhkan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno pakar menjerat dalam hal ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Termasuk dalam isu ini, ialah balak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernah disiarkan pada muka depan akhbar utama milik Umno bahawa PAS telah meluluskan satu kawasan balak yang luas kepada Harakah di Dungun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS juga telah meluluskan kepada satu syarikat balak yang bosnya hanya berusia 24 tahun di Setiu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lagi, PAS juga telah memusnahkan kawasan balak sewenang-wenangnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cawangan, sayap-sayap parti, Kawasan-kawasan juga mendapat kawasan balak, yang mengambil levi dari tauke-tauke balak dan berbagai fitnah lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada ramai ahli PAS yang percaya sambil menggeleng-gelengkan kepala mereka bagi menunjukkan kezuhudan mereka dengan harta dunia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teruk betul pimpinan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesian Ayah Chik nak kawal semua ini, antara keluhan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang mereka tidak sedar ialah portfolio sumber asli, tanah, kewangan adalah portfolio wajib bagi MB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka menuduh YB lain berbuat onar dan mengasihani Presiden PAS, tanpa mereka sedari fitnah itu tertuju kepada MB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka begitu naif, dan kesempatan inilah yang diguna oleh Umno.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya, terbukti semua pemberian kepada syarikat-syarikat itu adalah mengikut perundangan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan tuduhan-tuduhan kepada cawangan-cawangan, kawasan-kawasan dan juga sayap-sayap, menerima apa-apa suapan sehingga kini, tiada satu pun yang berjaya dibuktikan adanya sebarang penyelewengan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno yang kemudiannya kembali memerintah, tidak pernah juga mengheret PAS ke muka pengadilan bagi isu balak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, ketika ahli-ahli PAS sedar semua itu hanya fitnah, tampuk pemerintahan Terengganu sudah pun bertukar tangan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan kemudian, sebahagian mereka mula menyesal dan ada juga memaki hamun Umno yang dikatakan menipu itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bola sudah berada dalam jaring, pengadil sudah mengesahkannya, caci maki pun, tiada gunanya lagi, tetaplah gol itu dikira. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada malam kemenangan Umno itu, ahli-ahli Umno keluar berarak mengelilingi bandar Kuala Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada yang mengangkat plakad \u2018back to the future\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang ahli-ahli PAS pula yang menangisi kekalahan hasil daripada termakan fitnah selain daripada kelicikan Umno dalam daftar pemilih. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka juga menyaksikan ada rakan atas pagar yang menyokong mereka dahulu, pada malam itu, turut mengibarkan bendera Umno dan BN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rupanya wang ehsan dan fitnah kepada pimpinan PAS menyeleweng itu, dipercayai oleh ramai orang atas pagar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lojiknya, jika ahli PAS sendiri ragu-ragu dengan sifat amanah pimpinan PAS, mana mungkin orang atas pagar pula akan mempercayainya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, ahli-ahli PAS pula yang lebih-lebih mencebik bibir. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno tersenyum, jerat sudah mengena. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi jika ahli PAS tidak mempedulikan fitnah-fitnah itu dan sentiasa menerangkan kepada orang lain akan kebaikan pimpinan PAS, sekurang-kurangnya kemusnahan itu akan berkurangan jika berlaku, kalau pun tidak semua dapat diselamatkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Biarkan masalah dalaman diselesaikan sesama pimpinan, jika ada. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tapi apakan daya, ramai ahli merasa lebih alim, taqwa dan zuhud daripada pimpinan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita tidak mempunyai media sosial seperti FB, WhatsApp, Twitter ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penularan berita dan penerangan ringkas, banyak berlaku di kedai-kedai kopi atau paling canggih ialah sistem pesanan ringkas (sms). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak semua yang mempunyai telefon bimbit. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan, kedai kopi Umno kembali ceria, manakala kedai kopi PAS pula suram kerana kalah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bersambung\u2026..<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>17 Mac 2021<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siri 1: <a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/12\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/12\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan\/\">https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/12\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siri 2: <a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/13\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan-2\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/13\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan-2\/\">https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/13\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan-2\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siri 3: <a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/15\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan-siri-3\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/15\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan-siri-3\/\">https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/15\/mengapa-sebahagian-ahli-pas-suka-dengar-fitnah-dan-sebarkan-siri-3\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>*Pastikan anda memahami syarat yang telah dinyatakan dalam siri 1 sebelum menyambung membaca tulisan ini. Gerak kerja fitnah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5837,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-5869","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5869","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5869"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5869\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6020,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5869\/revisions\/6020"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5837"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5869"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5869"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5869"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}