{"id":5944,"date":"2021-03-22T07:40:29","date_gmt":"2021-03-22T07:40:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5944"},"modified":"2021-03-22T07:40:31","modified_gmt":"2021-03-22T07:40:31","slug":"nekadkah-sudah-zahid-hamidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/22\/nekadkah-sudah-zahid-hamidi\/","title":{"rendered":"Nekadkah Sudah Zahid Hamidi?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat jadi pening apabila dengar kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam satu lintas langsung program UMNO Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selama ini rakyat ingat Mat Said saja tak berapa cerdas akalnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini kita dengar sendiri bagaimana \u2018timbalan ketua kluster mahkamah\u2019 menyokong paluan gendang UMNO Terengganu untuk menentang PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, UMNO akan kembali merampas kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diperkuatkan lagi dengan sokongan Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cacamarba sungguh. Bercelaru. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah benar UMNO Pusat benar-benar begitu? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hinggakan Ketua Pemuda pun tersampuk hantu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengar kata mesyuarat Muafakat Nasional diadakan dwibulanan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun diwakili oleh Timbalan Presiden, takkan berbeza apa yang disepakati? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka apakah yang disepakati di peringkat Pusat? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah Datuk Seri Mohamad Hasan tidak tahu menahu hasrat Ketuanya yang mungkin telah lama sekepala untuk menentang PAS di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat ini, kita belum mendengar apa-apa penjelasan dari pihak PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Komitmen PAS seperti ditegaskan oleh Presiden PAS ( TGHH ) cukup jelas, \u201cmemperkukuhkan MN\u201d. Tidak pernah tergugah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalan timbul adakah majoriti ahli, pemimpin peringkat cawangan dan bahagian UMNO Terengganu sebulat suara menyokong hasrat Mat Said? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau jawapannya \u2018ya\u2019, jahat benarkah PAS dan MB-nya Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri sehingga semua orang UMNO mahu meruntuhkan kerajaannya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah dengan satu dua kes yang dibangkitkan oleh Mat Said, maka berperang juga jalan yang dipilihnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nampak benar perangai Mat Said ini berakal labah-labah, di gua buruk suka merakut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagai jawi belang puntung; didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS sedaya upaya mencari penyelesaian agar salah faham tidak mencetus perseteruan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MB sendiri pernah bertandang ke mahligai Mat Said demi mencari jalan penyelesaian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada seorang pun pemimpin PAS celupar mulut terhadap Mat Said dan sejarah pemerintahan UMNO di Terengganu yang berdekad. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu berdisiplinnya pemimpin PAS yang terdidik dengan panduan al-Quran dalam mencari perdamaian dan penyatuan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiadakah seorang dua ulama dalam UMNO yang boleh menasihati Mat Said?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbalik kepada timbalan kluster mahkamah, Zahid Hamidi tak sepatutnya sekepala dengan Mat Said. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata orang, ikut orang gila, kita jadi gila. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah salah PAS dan TGHH sehingga begitu nekad si Zahid ingin memecahkan muafakat yang terjalin? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tak munasabah, hanya dengan pendirian PAS untuk mepertahankan Perikatan Nasional, maka Zahid naik iseng. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah Zahid fikir kes mahkamahnya merupakan pendakwaan politik sehingga terasa dizalimi? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau dia amat terkilan Presiden PAS tidak cuba melepaskannya dari belenggu pendakwaan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah jika TGHH membela beliau maka barulah PAS baik di matanya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa tidaknya, nampak sangat yang baik di matanya sekarang ialah Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wahai Zahid\u2026\u2026 PAS ni dengan pemimpin dan ahlinya sendiri tidak dipertahankan bila bersalah, apa lagi kamu dengan berpuluh-puluh kes tahap mega. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usah kata nak bela hang, kalau pemimpin PAS dirasakan benar-benar melakukan penyelewengan, PAS buka pintu 25 jam untuk SPRM bertindak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persahabatan bukan bererti kita kena bersekongkol dalam kejahatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berani buat berani tanggung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sikap inilah juga yang sepatutnya diambil oleh pemimpin dan ahli-ahli UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Agama kita tak mengajar kita mempertahankan pemimpin yang bersalah apabila didapati bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hadaplah dulu dengan tabah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan kerana kemelut diri, nasib bangsa nak ditaruhkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalaulah ketua perang UMNO sendiri bersikap ingin meruntuhkan perpaduan ummah, apalah lagi harapan kita semua? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah para perwakilan Persidangan Agung UMNO (PAU) mampu menyelamatkan situasi? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di saat-saat genting inilah para ulama dalam UMNO mesti berani bersuara demi ummah ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ingat-ingatlah bangsaku; apabila air keruh, ikan limbat akan keluar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Janganlah diikutkan orang yang berpuru kerana yang berpuru selalu hendak menggaru. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila hujan benar-benar turun, Presiden PAS akan membuka payungnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah ini petanda usia UMNO sampai ke penghujung? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah benci manusia yang sombong. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manusia sombong macam Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak akan terima natijah kesombongannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAN yang sombong dengan kuasa 22 bulan, akhirnya Allah hunjam ke jalan keluarnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nampaknya Zahid Hamidi nekad menelusuri denai yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MAMPU Centre<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat jadi pening apabila dengar kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam satu lintas langsung program UMNO Terengganu. Selama<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5945,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-5944","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5944","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5944"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5944\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5946,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5944\/revisions\/5946"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5945"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5944"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5944"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5944"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}