{"id":5956,"date":"2021-03-23T09:13:54","date_gmt":"2021-03-23T09:13:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=5956"},"modified":"2021-03-23T09:13:56","modified_gmt":"2021-03-23T09:13:56","slug":"membedah-otak-umno-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/23\/membedah-otak-umno-terengganu\/","title":{"rendered":"Membedah Otak Umno Terengganu"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya percaya yang saya mungkin dapat mengagak, mengapa atau apakah alasan di sebalik ketegaran Umno Terengganu memilih untuk bertembung dengan PAS di semua kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Alasan demi alasan yang diberikan mereka, tidaklah mencerminkan ketulusan atau kebenaran hati mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada semua kutipan maklumat semenjak tahun lepas, saya yakin saya ada rumusan yang jelas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada apa yang saya dimaklumkan ketika pulang bercuti Oktober tahun lepas, memang sudah diminta dengan bersungguh-sungguh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Dato\u2019 Ahmad Said semenjak tahun lepas berkenaan penyatuan ini oleh MB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau secara peribadi, tidaklah menolak ajakan yang baik itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun sepertinya beliau tidak berdaya menahan asakan daripada orang beliau sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada di antara pimpinan Umno Terengganu yang masih mahukan jawatan YB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekadar menurut status quo sebanyak 10 kerusi, tidaklah memberikan gah kepada mereka kerana masih yakin diri mereka layak menjadi YB atau Exco. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ditawarkan menjadi pengerusi GLC juga, bukanlah sesuatu yang membanggakan, kerana akhirnya semua jawatan itu, akan duduk di bawah MB dan Exco juga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesilapan mereka ini apabila cuba untuk berlawan ialah mereka masih merasakan bahang 2004, ketika mana mereka menang 28-4 mengalahkan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suka diingatkan, sewaktu itu, Umno Terengganu bersatu di bawah kepimpinan DS Idris Jusoh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka lupa yang DS Idris telah membuang semua calon-calon yang berkaliber dari barisan Exco sebelum itu untuk menjadi MB, meninggalkan hanya DS Ahmad Said yang DS Idris gagal singkirkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya setelah sepenggal DS Idris menerajui Umno dan Kerajaan Terengganu, DS Idris telah ditunjukkan jalan keluar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sewaktu krisis dengan istana melanda, begitu ramai penyokong DS Idris menunjuk perasaan dan khabarnya ketika beliau pulang ke Besut, di utara Terengganu, beliau telah disambut oleh ribuan penyokongnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala di sebelah selatan, iaitu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pula, Tuanku Sultan Mizan disambut oleh puluhan ribu rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum DS Ahmad Said diberikan jawatan MB, sudah ada tawaran kepada Exco-Exco lain, tetapi semuanya menolak kerana tetap mahukan DS Idris menjadi MB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya DS Ahmad Said menerima jawatan itu dengan alasan, mahu menyelamatkan Umno, agar tiada PRN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi majlis berjalan sangat ringkas, seperti tiada sambutan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DS Ahmad Said pula kelihatan seperti pengantin kahwin lari, terus pulang ke Kijal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tekanan kepada DS Ahmad terus dirasakan dengan tentangan kepada penerimaan jawatan itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehinggakan beliau menghadapi kesukaran mencari pegawai yang boleh bersama dengannya bagi melicinkan pentadbiran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah kekuatan Idris Jusoh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya beliau menjumpai beberapa pegawai yang sanggup bersamanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akan tetapi pegawai beliau itu pula akhirnya diugut bunuh oleh orang Umno sendiri, sehingga beliau ditangkap dan dihukum atas ugutan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak lama, hanya kira-kira sepenggal, suara-suara mahukan Ahmad turun telah berkumandang semula. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kali in dengan lebih kuat dan nyaring. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya pada bulan April 2014, setelah enam tahun, ketika Ahmad sibuk mengaturkan majlis perkahwinan anaknya, beliau telah diturunkan dari kerusi empuk MB dan digantikan oleh DS Ahmad Razif Abdul Rahman. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kecoh sekejap, Ahmad juga menangis kerana rasa dikhianati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian, beliau mengugut untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang ketika itu berkelebihan dengan dua kerusi sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diajaknya dua orang lagi YB Umno untuk bersamanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS Terengganu ketika itu mengarahkan semua ADUN bersedia dengan segala kemungkinan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi guruh yang berdentum berbunyi, petir sabung menyabung itu, akhirnya hanyalah mencurahkan beberapa titisan hujan yang renyai dan kemudian, panas kembali muncul. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada banjir besar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018U turn\u2019 oleh ketiga-tiganya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka kembali kepada Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada demonstrasi menentang penurunan jawatan Ahmad oleh penyokong mahupun rakyat sebagaimana Idris dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sunyi sepi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menunjukkan bahawa Ahmad bukanlah seorang pimpinan yang dihormati oleh Umno sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka meraikan penabalan Razif sebagai MB baharu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pun begitu, Ahmad mencuba sekali lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah setahun beliau diam membungkam di dalam Sidang DUN, beliau suatu ketika, bangun mendedahkan apa yang dikata sebagai skandal 1MDB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Geger sebentar seluruh negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekali lagi paluan gendang provokasi Ahmad, tidak dilayan oleh orang Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya kesempatan pendedahan itu, berjaya digunakan sepenuhnya oleh PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Razif juga kemudiannya menghadapi masalah dengan istana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gelaran Dato\u2019 Seri beliau ditarik setelah berlaku perkara yang tidak diingini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun dikurniakan kembali, tetapi ia memberikan kesan yang kurang baik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah tercalarnya hubungan beliau dengan istana, sekaligus telah menyebabkan harapan untuk kembali menjadi MB adalah tipis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu Ahmad, walaupun tidak disukai, terpaksa dipilih atas sebab banyak pengalaman, bukan kerana pemimpin yang disukai. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia kerana tiada pilihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas sekarang, PAS Terengganu mempunyai kualiti kepimpinan yang jauh berbanding Umno Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siapa pengganti Ahmad jika sekiranya beliau tidak dipilih untuk menandingi pimpinan PAS? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Din Adam? Nawi Mohamad? Pehemi Yusof? Rosli Daud? Cikgu Latiff? Semua ini bekas Exco. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau Umno Terengganu mengharapkan Sabri Alwi? Ramli Nuh? Dato\u2019 Sabri? Tengku Zaihan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang agak bagus seperti Khazan Che Mat dan Rosol Wahid, sudah menyertai Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemarau pemimpin kesayangan rakyat dalam Umno sepeti dahulu, sangat kronik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nama-nama yang saya senaraikan itu, tidak mampu menggalas tanggungjawab menjaga negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sentimen 2004 dahulu tidak sama dengan keadaan sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Royalti juga telah dikuasai semula oleh PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dahulu tidak banyak projek yang dibuat kerana tiada wang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat marahkan pimpinan Umno sebelum 1999. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat naik angin kepada Umno kerana kes Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fitnah-fitnah bertebaran, dipercayai oleh rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno Terengganu masih meyakini kekuatan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu Kelantan bukanlah contoh terbaik bagi Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia adalah contoh kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka nasihat daripada pimpinan Kelantan, dicebik mereka kerana Umno Terengganu lebih kuat dari Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itulah lagak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Merasa besar kepala, tidak mahu terima nasihat yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah yang ada dalam otak Umno Terengganu sebenarnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka tahu mereka akan kehilangan jawatan yang banyak jika berkongsi kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka tahu juga, jika selepas kalah nanti, mereka merayu kepada PAS, PAS akan membuka pintu rundingan kerana sememangnya sikap PAS begitu, berlembut kerana mahukan perpaduan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi biarlah Umno mencuba dahulu untuk menang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untung menang dapat negeri, nanti kalah, dia ajak bergabung dan minta jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ubahlah cara otak berfikir begini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno tidak akan menjadi pejuang kepada rakyat yang sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS mengajak untuk perpaduan, bukan bermusuhan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memang benar kata orang tua-tua, mahu berdamai, berjuta alasan belum tentu berjaya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi mahu berpecah, hanya satu alasan sahaja mencukupi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wahai Umno Terengganu, PAS mahu berdamai demi agama, bangsa dan keturunan kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pusakakan mereka dengan kasih sayang sesama Islam dan bangsa, insyaAllah selamat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keputusan di tangan kamu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>23 Mac 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya percaya yang saya mungkin dapat mengagak, mengapa atau apakah alasan di sebalik ketegaran Umno Terengganu memilih untuk<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5957,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-5956","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5956","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5956"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5956\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5958,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5956\/revisions\/5958"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5957"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5956"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5956"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5956"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}