{"id":6062,"date":"2021-03-27T12:20:23","date_gmt":"2021-03-27T12:20:23","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6062"},"modified":"2021-03-27T12:20:24","modified_gmt":"2021-03-27T12:20:24","slug":"sokong-suka-dan-benci-biarlah-kerana-allah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/03\/27\/sokong-suka-dan-benci-biarlah-kerana-allah\/","title":{"rendered":"Sokong, Suka Dan Benci, Biarlah Kerana Allah"},"content":{"rendered":"\n<p>Sebenarnya, kita marah, benci atau meluat terhadap seseorang pemimpin adalah disebabkan pemimpin itu tidak menyokong pemimpin yang kita sukai atau juga pemimpin itu menyukai pemimpin lain yang kita tidak suka. <\/p>\n\n\n\n<p>Asbab-asbab lain adalah datang terkemudian sebagai justifikasi, samada asbab itu berfakta ataupun fitnah semata.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita bagi contoh, Presiden PAS. Kita lihat kepada pihak yang tidak menyukai beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama pihak yang tidak suka terhadap beliau adalah disebabkan Presiden PAS itu tidak menyukai atau menyokong DS Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. <\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan beliau tidak menyokong mereka berdua, maka beliau dibenci. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua adalah disebabkan beliau menyokong TS Muhyiddin Yassin dan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka beliau dibenci oleh sebahagian pihak yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka setiap sudut pergerakan beliau diperhati dan dicari salah silap untuk dihighlight, supaya lebih ramai tidak suka kepada beliau, dan lebih valid untuk menyerang dan men-troll beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti biasa, Presiden PAS adalah manusia yang tidak lari daripada membuat salah silap. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dicari salah silap, pastilah akan jumpa.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PKR, Pengerusi DAP, Presiden UMNO, Presiden BERSATU dan sebagainya, juga adalah manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika pakat selidik cari salah dan silap, pastilah akan ditemui. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana mereka semua adalah manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kenapa penyokong PKR sangat menyukai dan menyokong PKR, kenapa ahli dan penyokong UMNO menyukai DS Zahid Hamidi dan DS Najib? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa ahli DAP wala&#8217; kepada Uncle Lim?<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana para penyokong dan ahli parti masing-masing tidak mencari salah pemimpin yang mereka sayangi dan hormati. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka akan cari kebaikan, kehebatan pemimpin mereka untuk di-highlight. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka mencari dan menyelidiki kebaikan, sudah tentu mereka akan jumpa kerana para pemimpin mereka adalah manusia, yang pasti akan ada kebaikan yang mereka buat.<\/p>\n\n\n\n<p>Firaun digambarkan jahat dan zalim dalam ayat-ayat al-Quran. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dalam manuscript lain yang ditulis oleh pengkaji sejarah membuktikan ada jasa-jasa baik yang dibuat oleh Firaun. <\/p>\n\n\n\n<p>Nah, Fir&#8217;aun yang jahat pun ada perkara baik yang dia buat untuk rakyatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab dia manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada bright side, ada dark side. <\/p>\n\n\n\n<p>Mujurlah Tuhan highlight dia jahat dan zalim, jika tidak pasti hari ini akan ada pihak yang bangkit membela Firaun sebagaimana bangkitnya Feminism &#8216;membela&#8217; wanita, bangkitnya kaum pembela &#8216;ataturk of Turk&#8217;, bangkitnya simpatism terhadap Orochimaru.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, mentaliti untuk membenci seseorang pemimpin itu adalah datang dari dalam diri kita sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kita nak benci dia? <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana dia tidak mahu sokong pemimpin kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi seluruh sensor dan radar kita akan mencari dan mengesan kesalahannya, dan mengabaikan segala kebaikan yang dia buat walaupun kebaikan itu jauh lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PKR, kenapa ada pihak tidak suka kepadanya? <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana dia tidak menyokong pemimpin pihak tersebut, dan juga beliau menyokong pemimpin lain yang tidak disukai pihak tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi kesalahan beliau dicari dan mudah saja ditemui. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana beliau adalah manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi mahkamah sudah jatuhkan hukuman kepadanya, tak perlu susah-susah cari. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin jika dikaji dan diselidiki kebaikan dan kehebatannya, pastilah orang akan temui. <\/p>\n\n\n\n<p>Cara kita pandang sebenarnya adalah bias. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab kita juga adalah manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadang-kadang pandangan kita terlindung dek kabus persepsi yang keterlaluan, sehingga kita salah judge. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita judge berdasarkan sentimen yang menguasai diri kita, bukan dengan data dan fakta sangat pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Di dunia ini kita boleh nafikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya Allah sahaja yang tahu punca sebenar sokongan kita atau kebencian kita terhadap seseorang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan dan benci kerana Allah adalah jalan yang paling selamat untuk kita di hari Pembalasan kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika sentimen benci menguasai, kita akan mudah terima berita buruk mengenai seseorang yang kita benci walaupun berita itu tidak betul. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika berita itu betul, kita akan menjadi frontliner menyebarkan berita betul tersebut secara jelas mahupun secara sindiran kerana sangat bertujuan menjatuhkan kredibiliti orang tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak kira lah kita daripada parti mana dan mazhab mana pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan page Dr Tanaka Mustafa juga tidak terlepas daripada terjerumus dalam perkara yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti kata seseorang, &#8220;Bertaubatlah Tanaka&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekian<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Tanaka Mustafa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebenarnya, kita marah, benci atau meluat terhadap seseorang pemimpin adalah disebabkan pemimpin itu tidak menyokong pemimpin yang kita<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6063,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-6062","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6062"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6064,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6062\/revisions\/6064"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}