{"id":6157,"date":"2021-04-02T04:01:16","date_gmt":"2021-04-02T04:01:16","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6157"},"modified":"2021-04-02T04:01:16","modified_gmt":"2021-04-02T04:01:16","slug":"evolusi-dakwah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/04\/02\/evolusi-dakwah\/","title":{"rendered":"Evolusi Dakwah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anda menonton Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nostalgia yang sangat terkesan di hati bagi yang menjadi peminat setianya sekitar tahun 80-an dan 90-an. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masih terbayang-bayang lagi panel-panel lain yang telah dahulu meninggalkan kita semua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majoritinya ulamak PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun dalam masa yang sama mereka menuduh PAS pembawa perpecahan dan sesat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tuduhan yang pasti dibawa mati oleh panel-panel itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimana lagi cara si pemfitnah mahu memohon kemaafan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya dapati ada beberapa rumusan yang saya rasakan menarik hati setelah mendengar apa yang disampaikan oleh panel. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang penting tentang dakwah ialah ilmu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang penting tentang ilmu ialah pengkhususan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang penting tentang pengkhususan ialah kaedah menyampaikan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang penting tentang kaedah menyampaikan ialah akhlak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam dakwah, perlukan ilmu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ilmu terbaik ialah ilmu yang mana didapati dengan bertalaqqi bersama guru yang mursyid yang diketahui dia adalah pembawa ilmu wahyu, sunnah, ijmak dan qias. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ilmu ini adalah sebenar-benar ilmu kerana ia adalah dari cara yang rasulullah perintahkan kita lakukan, sebagaimana pesan baginda kepada Muaz bin Jabal dalam berhukum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ulamak perlukan pengkhususan dalam ilmu mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka mesti mahir dalam sesuatu bidang dan bercakap secara mendalam dalam bidang itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak akan timbul masalah bersilang ilmu dia dengan ilmu orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli ilmu qiraat tidak akan bercakap melebihi ahli ilmu hadis dalam bab sunnah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli ilmu feqah tidak mendahului ahli ilmu aqidah dalam bab aqidah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimana Jaafar bin Abi Talib diperintahkan Rasulullah bagi menerangkan hal keadaan Islam dengan dikaitkan kepada kisah Mariam, telah melembutkan hati Najasyi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagitu juga Hasan bin Tsabit yang merupakan penyair kepada Rasulullah yang dikhaskan mimbar bagi beliau melantunkan syair-syairnya untuk melawan musuh, serta didoakan oleh Rasulullah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka pakar dalam bidang mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kaedah menyampaikan dakwah terletak kepada kemahiran diri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak berebut merampas tempat masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu pula akhlak memainkan peranan terpenting dalam menyampaikan dakwah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dakwah secara diam ini amat memberikan kesan kepada orang yang didakwah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terlalu banyak contoh dakwah melalui akhlak yang telah Rasulullah tunjukkan kepada kita, yang membawa manusia yang buruk perangainya kepada insan terpuji dan terpilih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalan yang timbul ialah bagaimana seseorang itu sepertinya tahu semua perkara dan mengkritik semua perkara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya tidak mengatakan hal ini kepada musuh jemaah kerana sememangnya itu tugasan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi yang saya tujukan ialah seseorang yang perasan dia alim dan semua orang tidak betul yang berada dalam jemaah sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini yang kita panggil sebagai &#8220;gila&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gila kerana dia rasa dia tahu semua benda. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gila kerana dia rasa dia betul belaka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gila kerana orang lain salah semua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gila kerana kononnya rahsia dalaman jemaah juga dia tahu, tetapi dia bukan pimpinan peringkat tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gila kerana dia bukan dari kalangan pengurusan tetapi menghentam pengurusan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gila kerana dia bukan alim, tetapi merasakan dia lebih alim lagi dari ulamak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gila ini sangat bahaya kerana gila ini boleh memusnahkan jemaah dari dalam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan bagi melapik semua perbuatan itu, dia akan katakan, apa yang ana lakukan ini demi jemaah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohon berlindung kita dari gila seperti ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerana pada kebiasaannya orang seperti ini akhirnya akan terkena fitnah yang mereka fitnahkan itu sebelum mati. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cara berdakwah seperti ini tidak ke mana perginya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan ia sebenarnya bukan dakwah pun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Juga yang menarik perhatian saya ialah kata-kata dari ulamak iaitu agama rakyatnya mengikut agama pemerintah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Benar, sekiranya pemerintah sibuk bercakap berkenaan kemajuan dunia, maka kemajuan dunialah yang menjadi igauan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kerajaan menyibukkan diri dengan hiburan, maka hiburanlah yang akan menjadi tumpuan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi jika pemerintah mengagungkan ilmu agama, maka, murid yang paling jahil ketika itu, mungkin masih menjadi antara yang teralim di zaman kerosakan umat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa nasib negara kita jika sekiranya pemerintah tidak menekankan elemen agama dalam pembentukan diri remaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan tidak lama lagi, mereka inilah yang akan memegang kertas undi bagi menentukan nasib negara dengan memangkah calon yang mereka sukai, menurut hati mereka, seawal usia 18 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam forum juga disebut berkenaan peranan media sosial yang telah mencetuskan &#8216;arab spring&#8217; dan juga mengenai keabsahan berita-berita yang disebarkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mampukah mereka semuda itu menangani arus fitnah yang menggila ini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka kebimbangan Presiden PAS dengan pengundi umur 18 tahun yang beliau sifatkan tidak matang itu, amat berasas jika dilihat kepada keadaan sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Soalnya, bagaimana kita mahu mematangkan mereka? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan dibandingkan dengan Usamah bin Zaid yang berusia 17 tahun ketika mengepalai tentera Islam kerana beliau hidup dizaman yang mengutamakan ilmu agama dan diajarkan sendiri oleh Rasulullah saw yang mulia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah sama zaman kita ini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahniah RTM atas rancangan nostalgia semalam dan juga memberikan sedikit kesedaran tentang dakwah yang sedang berevolusi ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>2 April 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anda menonton Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam? Nostalgia yang sangat terkesan di hati bagi yang menjadi peminat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6158,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[18],"class_list":["post-6157","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-islam","tag-islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6157","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6157"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6157\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6159,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6157\/revisions\/6159"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6158"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6157"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6157"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6157"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}