{"id":6184,"date":"2021-04-03T05:22:13","date_gmt":"2021-04-03T05:22:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6184"},"modified":"2021-04-03T05:22:15","modified_gmt":"2021-04-03T05:22:15","slug":"pau2020-yang-anti-klimaks-penganalisis-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/04\/03\/pau2020-yang-anti-klimaks-penganalisis-politik\/","title":{"rendered":"PAU2020 Yang Anti-Klimaks: Penganalisis Politik"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hujung minggu lalu, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seperti dijangka menarik perhatian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umpama menyaksikan sebuah saga politik, PAU menyaksikan pelbagai plot dan twist yang membawa penonton kepada klimaks sebuah pengkisahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cumanya, adakah ia benar-benar membawa kepada jangkaan sebelum tontonan atau sekadar satu lagi anti-klimaks yang membawa kepada sekual membosankan, hanya masa menentukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti biasa, PAU masih menyajikan persidangan yang bukan main bersemangat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sebalik kekangan kehadiran yang terhad disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), suasananya tetap meriah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Paling penting, inilah PAU yang memperlihatkan UMNO kembali bersemangat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbeza benar ketika PAU lalu setelah kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun ketika itu PAU berlangsung serentak dengan pemilihan kepimpinan parti, ia kelihatan sendu dan sepi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walhal lazimnya PAU akan jadi meriah seperti pesta ria setiap kali ada pemilihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAU kali ini jelas memperlihatkan memang ada kelompok berbeza dalam parti itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nafilah apa pun, kenyataan itu tidak dapat disorok lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau sudah saling gertak menggertak, perli memerli dan tunjuk kuat masing-masing secara terbuka, maka apa lagi yang boleh diperkatakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita faham kalau UMNO mahu menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu tetapi mengapa mahu membakar jambatan sampai mengarahkan menteri-menterinya letak jawatan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kurang bijak tindakan itu. Sudah terang lagi bersuluh kerjasama dengan PN hanya bagi membolehkan kerajaan dibentuk, bukannya pakatan untuk pilihan raya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, biarlah ia berjalan sehingga habis tempoh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tumpukanlah usaha dan fokus untuk betulkan kembali negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sambil-sambil gunakanlah jawatan dan kuasa itu untuk meningkatkan portfolio parti serta menawan kembali hati dan keyakinan rakyat melalui khidmat bakti sebagai persiapan pilihan raya kelak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada waktu ini adalah kurang bijak bagi mana-mana parti sama ada UMNO mahupun Bersatu untuk saling menggertak dan menarik sokongan kerana ia jelas merugikan kedua-dua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umpama menang jadi arang, kalah jadi abu, sepatutnya kedua-dua parti harus mewujudkan simbiosis politik dalam ekosistem dan persekitaran kerjasama yang mesra serta terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan tidak ada ruang untuk perbincangan atau kaedah penyelesaian boleh dilakukan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peliknya jalan bersengketa juga yang dipilih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAU juga tidak lagi memperlihatkan UMNO fokus terhadap permasalahan sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau dahulu, perbahasannya banyak mengangkat dan menyentuh isu-isu orang Melayu terutama aspek pendidikan, ekonomi dan agama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun kadang-kadang terlampau retorik, sekurang-kurangnya PAU masih mempunyai hala tuju dan fokus terhadap kepentingan orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun kali ini berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang PAU, UMNO hanya bercakap tentang mahu kembali berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masih menunjukkan sisi UMNO yang lama dan mengecewakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kecewa juga melihat UMNO setelah kalah dan hilang kuasa masih mahu tunjuk gagah serta bongkak sebegitu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepatutnya PAU boleh digunakan untuk menyatukan semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAU perlu dijadikan medan bagi menggarap idea-idea baharu dan bersifat nasional, bukan sahaja menguntungkan orang Melayu tetapi semua rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahan pula dalam keadaan sukar sebegini, pengalaman dan kebolehan UMNO semenangnya ditunggu serta amat diharapkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada masalah untuk berpolitik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memang UMNO sebagai parti politik kena berpolitik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, politik bukan sekadar untuk berkuasa dan menjadi kerajaan semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada aspek lain perlu dilakukan parti politik secara berkesan, jauh melebihi dimensi kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mungkin aspek inilah yang UMNO perlu pelajari dan faham setelah sekian lama terbiasa dengan kuasa dan pemerintahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amat rugilah UMNO yang setelah kalah dan kembali menjadi kerajaan (walaupun terpaksa berkongsi kuasa dan tidak lagi dominan) masih belum peka dengan realiti politik sekeliling yang sudah jauh berubah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sayang PAU kali ini jelas merefleksikan hakikat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mujibu Abd Muis <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran &amp; Pengajian Polisi <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Universiti Teknologi MARA)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hujung minggu lalu, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seperti dijangka menarik perhatian. Umpama menyaksikan sebuah saga politik, PAU menyaksikan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6096,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-6184","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6184","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6184"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6184\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6185,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6184\/revisions\/6185"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6096"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6184"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6184"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6184"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}