{"id":6241,"date":"2021-04-09T06:31:09","date_gmt":"2021-04-09T06:31:09","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6241"},"modified":"2021-04-09T06:31:11","modified_gmt":"2021-04-09T06:31:11","slug":"pas-tolak-jajaran-politik-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/04\/09\/pas-tolak-jajaran-politik-baru\/","title":{"rendered":"PAS Tolak Jajaran Politik Baru"},"content":{"rendered":"\n<p>Dasar Muafakat Nasional bukan sahaja PAS dengan Umno tetapi termasuk Bersatu. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Itu adalah dasar dan prinsip yang kita telah bersetuju lama,&#8221; kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada wartawan selepas selesai menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Masalahnya, pemimpin Umno tidak mahu mengikutnya. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau Umno tidak mahu mengikutnya, ini masalah mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya difahamkan bukan semua pemimpin Umno begitu,&#8221; tambah Tuan Guru lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Tuan Guru lagi tujuan Muafakat Nasional adalah untuk menyatukan orang Melayu dan bukan PAS dengan Umno sahaja orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyatuan orang Melayu bukan sahaja melibatkan parti politik sahaja tetapi termasuk juga NGO-NGO, individu-individu dan semua pihak perlulah diterima. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada Melayu kita juga menerima masyarakat majmuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat majmuk akan digabungkan melalui Perikatan Masional.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun kita menolak golongan dan tidak akan menerima golongan Melayu yang ekstrim.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Tuan Guru lagi Muafakat Nasional telah menubuhkan jawatankuasanya tetapi Umno telah ubahnya ditengah jalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ditanya tentang audio perbualan antara Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru mengatakan bahawa itu sebahagian daripada Jajaran Baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO sebelum ini telah mengumumkan untuk mewujudkan jajaran baharu politik dan itu merupakan tanda-tanda penubuhan kerjasama berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Itu (audio) sebahagian daripada jajaran baharu, ia telah diumumkan dan itu tanda-tanda jajaran baharu,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun Tuan Guru berkata PAS tidak akan menerima sebarang bentuk kerjasama bagi mewujudkan jajaran politik baharu melibatkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, PAS tetap konsisten menolak penubuhan jajaran baharu sebaliknya terus memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita terus dengan Perikatan Nasional bukan jajaran baharu, kita tolak jajaran baharu,&#8221; katanya ketika mengulas rakaman audio didakwa melibatkan Ahmad Zahid dan Anwar yang tular sejak beberapa hari lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru berkata, parti itu juga tidak akan bekerjasama dengan UMNO jika wujud jajaran politik baharu bersama PKR kerana Muafakat Nasional yang dibina melibatkan beberapa parti lain dan PN digabungkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita hanya bersetuju dengan Muafakat Nasional, bukan sahaja melibatkan Umno sahaja tetapi melibatkan Bersatu juga termasuk semua kumpulan Melayu, Islam,Bumiputra dan juga masyarakat majmuk dan Perikatan Nasional yang digabungkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya sekiranya rakaman audio didakwa melibatkan dua pemimpin utama itu benar-benar tulen, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tulen atau tidak saya tidak tahu. Cukup masyarakat menilai, sudah berapa kali tulen tak tulen, kerja macam itu sudah banyak kali.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau manifesto pun yang berjanji pun tak buat, jadi audio ini kecil saja,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dasar Muafakat Nasional bukan sahaja PAS dengan Umno tetapi termasuk Bersatu. &#8220;Itu adalah dasar dan prinsip yang kita<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6242,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-6241","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6241","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6241"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6241\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6243,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6241\/revisions\/6243"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6242"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6241"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6241"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6241"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}