{"id":6287,"date":"2021-04-14T16:32:51","date_gmt":"2021-04-14T16:32:51","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6287"},"modified":"2021-04-14T16:32:53","modified_gmt":"2021-04-14T16:32:53","slug":"muafakat-nasional-terengganu-telah-mati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/04\/14\/muafakat-nasional-terengganu-telah-mati\/","title":{"rendered":"Muafakat Nasional Terengganu Telah Mati?"},"content":{"rendered":"\n<p>Pentadbiran Terengganu pimpinan PAS percaya mereka akan dapat menyelesaikan isu percanggahan pendapat dengan Umno negeri dan mengajak ketua parti itu Ahmad Said untuk berbincang.<\/p>\n\n\n\n<p>Undangan itu dibuat selepas Ahmad menyifatkan gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri tersebut sudah \u2018mati\u2019 dan menegaskan Umno akan bertanding di semua 32 kerusi negeri serta lapan daripada 12 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu Mohd Nor Hamzah berkata, kerjasama dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu perlu dilihat menerusi aspek yang luas bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMuafakat mesti diperkukuhkan. Atas asas itu, saya rasa perundingan dan perbincangan seterusnya boleh dilakukan melainkan jika kedua-dua bersedia untuk berbincang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan saya sehingga hari ini harapkan agar pemimpin-pemimpin Umno BN khususnya dari kerajaan negeri Terengganu, terus bersedia untuk menghulurkan tangan supaya kita berdamai dan kita membina penyatuan ini di meja rundingan dan kita bersedia untuk berbincang seterusnya di meja rundingan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa saja persoalan dan isu yang berkaitan untuk kita melihat perpaduan ini terus berlaku,\u201d katanya kepada Malaysiakini pagi ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Portal The Malaysian Insight (TMI) hari ini melaporkan, Ahmad berkata, MN seakan \u2018mati\u2019 di Terengganu dan menyifatkan situasi pakatan politik itu hanya seperti pertemuan pemimpin menjamu selera tetapi tidak membincangkan perkara penting.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menitiskan air mata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mengharapkan MN tapi sebenarnya tak berlaku hanya gimik semata-mata. Sebab itu saya kata MN tak berlaku di Terengganu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad yang juga merupakan bekas menteri besar Terengganu mendakwa akar umbi Umno masih tidak dapat menerima MN susulan serangan PAS sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia merujuk ucapan kontroversi Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981 yang dikenali sebagai Amanat Hadi &#8211; yang antaranya berkata Umno dan BN mengekalkan \u201cperaturan kafir\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHal kafir-mengkafir, fatwa yang mengelirukan berlaku. Macam mana kita nak berdepan (PAS) hari ini,\u201d katanya seperti dipetik portal terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas hal demikian, Mohd Nor menambah pemimpin Umno perlu memimpin ahlinya supaya menerima agenda kerjasama.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, PAS juga telah berbuat hal sama bagi memastikan ahlinya menerima MN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita bukan melihat pada ruang yang sempit di negeri Terengganu ini tapi kita mesti melihat bahawa perpaduan ini adalah perpaduan yang penting untuk negara ini,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya rasa apa salahnya kita teruskan rundingan ini, kita teruskan perbincangan ini, kita perkukuhkan muafakat ini, kita lupakan isu-isu yang lama ke arah permuafakatan dan perpaduan ummah di negeri Terengganu dan seluruh negara bahkan kita mahu melihat agar Melayu Islam ini kuat,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika dihubungi tidak mengulas panjang berhubung hal tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS kekal dengan prinsip memperkukuhkan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN),\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pentadbiran Terengganu pimpinan PAS percaya mereka akan dapat menyelesaikan isu percanggahan pendapat dengan Umno negeri dan mengajak ketua<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6288,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-6287","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6287","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6287"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6287\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6289,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6287\/revisions\/6289"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6288"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6287"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6287"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6287"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}