{"id":6327,"date":"2021-04-19T07:22:10","date_gmt":"2021-04-19T07:22:10","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6327"},"modified":"2021-04-19T07:22:13","modified_gmt":"2021-04-19T07:22:13","slug":"kita-tukar-undang-undanglah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/04\/19\/kita-tukar-undang-undanglah\/","title":{"rendered":"Kita Tukar Undang-Undanglah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memang menjadi rutin saya bila pulang ke kampung, bertemu dengan beberapa pimpinan PAS sambil bersembang mengenai politik Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banyak cerita yang di sebalik tabir, diceritakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada yang lucu dan ada yang serius. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan seperti biasa, oleh kerana semua cerita itu bukan rahsia yang perlu saya simpan, maka saya biasanya akan kongsikan, menjadi santapan bacaan kepada anda semua dengan kebenaran tuannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau kita dipesan rahsia atau &#8216;off record&#8217;, tak boleh lah dikongsi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepercayaan orang jangan kita permudahkan, bukan semua benda boleh dikongsi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasanya ramai sudah tahu berkenaan kritikan yang banyak dari penyokong PAS kepada kerajaan Terengganu berkaitan isu tidak melaksanakan apa yang disifatkan sebagai dasar Islamisasi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kebanyakannya menzahirkan kekecewaan dengan apa yang telah berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata mereka, apa bezanya dengan kerajaan dahulu? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehinggakan ada pengkuliah PAS mendakwa, lebih baik keadaan pemerintahan dizaman Razif dahulu berbanding sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pening kepala dengan ustaz yang jenis begini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada cadangan yang meminta kepada pengurusan dalam dakwah di pihak kerajaan untuk mengkoordinasikan bahan kuliah kepada pengkuliah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maklumkan melalui NGO dakwah seperti RABITHAH atau PAKAT, dasar-dasar kerajaan yang telah dibuat, apa masalahnya kepada yang belum dilaksanakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelihatannya cadangan itu, tidak melanggar peraturan kebenaran tauliah kerana kita memasukkan elemen hebahan aktiviti kerajaan dan bukannya menanam politik kebencian sebagaimana yang dilarang oleh Tuanku Sultan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan maklumat yang diselitkan itu, disamping kuliah seperti mana biasa, maka ia menjadi bagaikan khutbah juga, kerana dalam khutbah, ia akan memaklumkan kehendak kerajaan dan hal berkaitan isu semasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah hebahan menerusi kuliah itu akan menjadi lebih menyeluruh kerana ia berlangsung serentak, disampaikan oleh ramai penceramah melalui siaran &#8216;live&#8217; dan lebih utama, biasanya pendengar tidak tidur mendengar kuliah &#8216;live&#8217;, tidak seperti ketika mendengar khutbah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada ahli yang saya dimaklumkan mengamuk dengan sikap kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah sehingga mengesyorkan untuk diubah undang-undang bagi menunjukkan kegeraman mereka itu semua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi yang tidak tahu peraturan, urusan tauliah mengajar juga mahu mereka campuri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepertinya mahu mencari pasal dengan Sultan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan cerita pasal berkelahi dengan Sultan ini, sudah banyak contohnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya tidak ke mana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Macamlah anak perempuan berbalah besar dengan bapanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiba masa mahu berkahwin, bapanya juga yang dicari untuk menjadi wali.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dahulu ketika Terengganu dirampas royaltinya, agak lantang juga suara meminta Terengganu melihat semula status keberadaannya dalam Persekutuan Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bising lah suara mengajak untuk keluar Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau diikutkan kegeraman, boleh sahaja membuat kempen sebegitu, tetapi pasti yang mula-mula akan menjadi sasaran tangkapan ialah pimpinan PAS atas tuduhan menghasut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya negeri akan terlepas kerana eksekutifnya ditangkap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengimbau semula apa yang berlaku di Kelantan ketika BN memerintah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MB dan Sultan tidak &#8216;berlaga angin&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya tahun 1990, MB dan pasukannya dikalahkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana kempen menyokong PAS sehingga dibawa di dalam khutbah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BN kena kosong pada waktu itu dengan semua kerusi Dun dan Parlimen, PAS sapu bersih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Perlis juga pernah berlaku pertikaian melantik calon antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno dengan istana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya Umno tunduk lesu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Selangor, isu dengan almarhum Tuanku Sultan Selangor dengan bekas MB yang sangat terkenal dengan ayat sinis yang disebut Tuanku, &#8220;Nanti beta pun kena duduk Pulau Ketam&#8221; pasti menjadi senyuman kepada kalangan yang mengikuti rapat politik Selangor tahun 90-an. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MB itu akhirnya kalah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sultan Perak juga pernah berselisih faham dengan kepimpinan negeri atas asbab perlantikan individu yang tidak disukai Tuanku menjadi MB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Kelantan, walaupun nama Exco yang dipersembahkan oleh Kerajaan Negeri, namun tetap ada yang tidak diperkenan oleh istana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Terengganu, isu menggelarkan Tuanku Sultan juga jelas menjadi titik hitam kepada politik tanahair. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua ini akhirnya, ahli politik terpaksa mengadap kembali Tuanku bagi memohon ampun dan perkenan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah bijak membuat cadangan yang separuh masak bagi memuaskan hati kerana mahukan apa yang kita kehendaki setelah hasilnya kita dapat mengagaknya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi s.a.w berpesan supaya kita sabar dengan pemerintah yang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terengganu ada hubungan yang baik dengan Sultan, dan kita mahukan ia menjadi lebih baik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka tidaklah bijak ada yang berfikiran pendek mencadangkan merubah undang-undang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli PAS perlu tahu dan malu untuk bersikap demikian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apatah lagi cadangan yang tidak relevan itu hanya datang ideanya daripada cerita-cerita mulut oleh beberapa kerat yang kemudiannya mungkin dijaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukankah sekarang sangat popular cerita sekerat-sekerat tentang tidak bergunanya Kerajaan Terengganu yang sampaikan dari punca yang tidak tahu sumbernya dan dipercayai semua orang? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disebarkan pula oleh orang-orang yang ada nama kerana terpedaya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Makin menyebarlah fitnah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siapa yang mahu membaiki kerosakan ini, jika orang baik juga mempercayai fitnah?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>19 April 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Memang menjadi rutin saya bila pulang ke kampung, bertemu dengan beberapa pimpinan PAS sambil bersembang mengenai politik Terengganu.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6328,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8,50],"tags":[19,51],"class_list":["post-6327","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","category-terengganu","tag-dalam_negeri","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6327","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6327"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6327\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6329,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6327\/revisions\/6329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6328"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6327"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6327"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6327"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}