{"id":6387,"date":"2021-04-22T17:20:54","date_gmt":"2021-04-22T17:20:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6387"},"modified":"2021-04-22T17:20:55","modified_gmt":"2021-04-22T17:20:55","slug":"sekadar-1-lubang-tidak-ditutup-terus-jadi-viral","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/04\/22\/sekadar-1-lubang-tidak-ditutup-terus-jadi-viral\/","title":{"rendered":"Sekadar 1 Lubang Tidak Ditutup Terus Jadi Viral"},"content":{"rendered":"\n<p>Bukan senang menjadi kerajaan. Setelah 10 tahun berada di barisan hadapan sebagai Exco Kerajaan Negeri dahulu, saya begitu kepenatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Parlimen dibubarkan pada tahun 2018, seolah-olah satu bebanan telah diangkat daripada bahu saya. Ada yang berkata bukan susah untuk menjadi Exco.<\/p>\n\n\n\n<p>Segala-galanya disediakan. Ada pegawai-pegawai kerajaan untuk membantu. <\/p>\n\n\n\n<p>Turut disediakan pelbagai kemudahan-kemudahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Memang mudah jika tidak memikirkan amanah yang terpaksa ditanggung.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja terpaksa menjawab di dunia tetapi di akhirat kelak. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada itu terdapat pelbagai yang perlu dicapai.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu saya kasihan kepada rakan-rakan yang hari ini dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau yang menerajui sama ada GLC atau agensi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tahu tekanan yang mereka lalui kerana saya pernah melaluinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan-jawatan itu bukan satu keistimewaan tetapi satu amanah dan sudah tentu satu bebanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Harapan rakyat adalah begitu tinggi apabila kerajaan yang baharu mengambil alih. <\/p>\n\n\n\n<p>Ianya berlaku ketika Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Selangor pada Mac 2008.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertama adalah hasrat rakyat yang mahukan kelainan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami terpaksa menjadi lebih baik dari kerajaan sebelum itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat sentiasa membandingkan kami dengan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami seperti di bawah mikroskop. <\/p>\n\n\n\n<p>Segala tindakan kami diperhatikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sentiasa ada yang mencari salah silap.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula kerajaan yang lepas meninggalkan banyak masalah dan ia menjadi masalah kami. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat tidak mahu mendengar kami menyalahkan kerajaan yang lepas. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mahu kami menyelesaikan masalah-masalah mereka.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>Konsep Islamik<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p>Yang kedua adalah harapan ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana saya mewakili parti Islam, terdapat mereka yang mahu tahu apa yang saya akan lakukan untuk Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Potfolio yang saya pegang adalah perumahan dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya telah melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dan membaikpulih pangsapuri-pangsapuri kos rendah tetapi mungkin ada yang berkata kerajaan-kerajaan di Barat juga melakukan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin ada yang bertanya apa yang Islamik yang telah saya lakukan? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mungkin mahukan Exco dari sebuah parti Islam melakukan lebih daripada itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Salah satu sebab kenapa ini berlaku adalah kerana kajian yang tidak mencukupi atau yang tidak mendalam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada sekalipun ia tidak ketahui oleh orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun membantu rakyat dengan menyediakan rumah kediaman atau membaikpulih kediaman mereka adalah Islamik namun tanpa slogan seperti \u201cProgram Perumahan Islam\u201d orang ramai tidak akan mengiktirafnya sebagai program-program Islamik yang sepatutnya dipelopori oleh Exco sebuah parti Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang memiliki pandangan yang terhad tentang apa yang Islamik dan apa yang tidak Islamik.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin di dalam bidang perundangan atau pendidikan mereka boleh membezakan di antara Islamik dan tidak Islamik.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mungkin tidak di dalam bidang-bidang seperti perumahan atau perancangan bandar. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun sesuatu yang Islamik dihasilkan untuk perumahan tetapi jika ia tidak dipakej sebagai Islamik maka tidak ramai yang sedar.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila saya bercakap tentang perumahan Islam, maklum balas yang saya terima adalah rumah 3 bilik walhal kita telah bergerak jauh ke hadapan dengan rumah fleksibel yang boleh menjadi 1 bilik, 2 bilik atau 3 bilik.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain dari itu kadang-kala perkara-perkara yang dilaksanakan oleh Barat, konsepnya telah dicuri daripada Islam itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kita merampas semula apa yang merupakan warisan Islam, kita akan dituduh meniru Barat walhal Barat yang meniru kita terlebih dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu kadang-kala apabila saya melaksanakan sesuatu, saya perlu menyatakan justifikasi kenapa saya melakukannya dari perspektif Islam.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\"><strong>Exco PAS Selangor<\/strong><\/h4>\n\n\n\n<p>Ketika di kerajaan negeri Selangor bilangan kami adalah kecil. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada penggal pertama dari 2008 hingga 2013, hanya terdapat 8 Adun PAS dan 3 anggota Exco PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada penggal kedua dari 2013 hingga 2018, terdapat 15 Adun PAS dan 4 Exco PAS sejurus selepas pilihan raya umum. <\/p>\n\n\n\n<p>Bilangan ini berkurangan selepas Kajang Move.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami bukan majoriti tetapi ada yang menuntut kami melakukan perkara-perkara seolah kami dua pertiga. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun Exco-Exco PAS berperanan di dalam potfolio masing-masing yang selari dengan hasrat sebuah parti Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun susah hendak memuaskan hati semua pihak. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak keterlaluan untuk berkata apabila anda di dalam kerajaan, anda seperti berada di dalam kandang orang yang bersalah di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadang-kala memang menyakitkan hati apabila terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dicapai. <\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat keadaan di mana saya terfikir untuk meletakkan jawatan sebagai Exco kerana tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi saya telah memikirkan kemudaratan yang lebih besar jika saya dan mungkin rakan-rakan meninggalkan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Manfaat kami berada di dalam kerajaan adalah jauh lebih besar daripada keputusan yang tidak menyebelahi kami. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin perkara yang sama juga berlaku di dalam mana-mana kerajaan selagi kita bukan majoriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Susah hendak memahami jika anda tidak merasainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas sekali menjadi pembangkang memang lebih mudah daripada kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya pernah merungut kepada anak saya yang sedang menuntut di IPTA bahawa kerajaan telah menutup ribuan lubang di jalanraya tetapi 1 lubang yang tidak ditutup menjadi tular (viral).<\/p>\n\n\n\n<p>Kata anak saya, kerajaan mungkin telah menutup 1,000 lubang dan tertinggal 1 lubang tetapi rakyat hanya akan nampak 1 lubang tersebut dan bukan lubang-lubang yang ditutup. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah realiti berada di dalam kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Iskandar Abdul Samad<\/p>\n\n\n\n<p>Penulis merupakan Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bukan senang menjadi kerajaan. Setelah 10 tahun berada di barisan hadapan sebagai Exco Kerajaan Negeri dahulu, saya begitu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6388,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-6387","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6387","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6387"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6387\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6389,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6387\/revisions\/6389"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6388"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6387"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6387"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6387"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}