{"id":6397,"date":"2021-04-24T08:10:41","date_gmt":"2021-04-24T08:10:41","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6397"},"modified":"2021-04-24T08:10:42","modified_gmt":"2021-04-24T08:10:42","slug":"dap-pertahankan-perbuatan-mentertawa-mengecam-dan-mengkritik-institusi-beraja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/04\/24\/dap-pertahankan-perbuatan-mentertawa-mengecam-dan-mengkritik-institusi-beraja\/","title":{"rendered":"DAP Pertahankan Perbuatan Mentertawa, Mengecam Dan Mengkritik Institusi Beraja?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lim Kit Siang dan para pemimpin DAP lain yang bersolidariti dengan Fahmi Reza mendesak supaya beliau dibebaskan segera kerana, kata mereka, &#8220;satira politik bukanlah satu jenayah&#8221;, tetapi adalah &#8220;satu seni&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam tulisan beliau bertajuk &#8220;satira adalah seni yang sah&#8221; pada 13 April lalu, Faisal Tehrani menyebut mengenai matlamat satiris untuk &#8220;mentertawakan si pelaku kesalahan&#8221; serta betapa satira &#8220;harus mempunyai kecaman dan ejekan&#8221; serta &#8220;mesti mempunyai kelucuan&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut ditulis adalah niat satira supaya si pelaku kesalahan &#8220;akan berubah kerana menjadi bahan ketawa&#8221; serta supaya &#8220;orang lain memahami kelakuan tersebut salah&#8221; dan &#8220;menjauhkan diri dari perbuatan bejat itu&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya tidak pasti apakah &#8220;kesalahan&#8221; atau &#8220;perbuatan bejat&#8221; yang telah dilakukan oleh Raja Permaisuri Agong yang mendorong Fahmi Reza membuat satira membabitkan Baginda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang pasti adalah Institusi Beraja, khasnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, bukanlah ahli politik, malah berada di atas politik, dan adalah payung rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong manakala prinsip kedua Rukun Negara pula menghendaki setiap rakyat Malaysia setia kepada Raja dan Negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, walaupun sekiranya Raja Permaisuri Agong benar-benar melakukan apa-apa kesilapan sekalipun, adalah amat biadab untuk Fahmi Reza membuat satira politik dan untuk para pemimpin DAP mempertahankannya atas nama &#8220;seni&#8221; atau &#8220;kebebasan bersuara&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nama pun lagi &#8220;satira politik&#8221; maka bersatiralah sepuas hati kamu jika karya kamu itu adalah membabitkan ahli atau isu politik, tetapi untuk &#8220;mentertawakan&#8221;, &#8220;mengecam&#8221; dan &#8220;mengejek&#8221; Institusi Beraja, walau atas apa isu serta untuk apa matlamat dan niat sekalipun, adalah jelas satu perbuatan yang salah, baik di sudut akhlak mahupun di sudut undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apatah lagi bila ungkapan &#8220;dengki ke&#8221; yang didakwa dilafazkan oleh Raja Permaisuri Agong dan foto Baginda digantikan oleh Fahmi Reza dengan ungkapan sensitif &#8220;donkey ke&#8221; dan foto &#8220;donkey&#8221; sedangkan semua tahu &#8220;donkey&#8221; itu dikaitkan dengan &#8220;kebebalan&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sangat memalukan bila melihat para pemimpin DAP mempertahankan perbuatan ini dan sangat menyedihkan bila melihat ada di kalangan Melayu Islam, khasnya yang berjawatan dan berpendidikan tinggi, turut menyokongnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kamarul Yusoff<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lim Kit Siang dan para pemimpin DAP lain yang bersolidariti dengan Fahmi Reza mendesak supaya beliau dibebaskan segera<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6398,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-6397","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6397","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6397"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6397\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6399,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6397\/revisions\/6399"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6398"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6397"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6397"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6397"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}