{"id":6477,"date":"2021-04-30T14:08:29","date_gmt":"2021-04-30T14:08:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6477"},"modified":"2021-04-30T14:08:31","modified_gmt":"2021-04-30T14:08:31","slug":"adventure-budak-darjah-1-ke-masjid-rusila","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/04\/30\/adventure-budak-darjah-1-ke-masjid-rusila\/","title":{"rendered":"&#8216;Adventure&#8217; Budak Darjah 1: Ke Masjid Rusila!"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rindu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rupanya sudah setahun lebih tidak menjejakkan kaki ke sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa coretan ini ditulis ada di perenggan terakhir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teringat ketika berumur 7 tahun, pertama kali menjejakkan kaki ke sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Besarnya masjid ni, ramainya orang.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masa tu tak faham kenapa bapa saudara ajak pergi ke masjid yang begitu jauh dari rumah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masa dalam perjalanan tu memang tak gagal untuk terlelap. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang perjalanan 10 KM hanya nampak paya, rumah, pantai dan matahari terik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Motor diparkir di satu kawasan redup, ada pohon yang rendang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sebelah hanyalah rumah-rumah kampung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kawasan pintu masuk yang ini terus boleh ke dewan solat utama dari sebelah kanan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbanding pintu masuk sebelah selatan yang penuh dengan orang, dekat sini rasa nyaman dan gelap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiba-tiba saja saya sesat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tak perasan &#8216;motion image&#8217; bapa saudaraku hilang dari retina mata. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Ahh sudah! Mana &#8216;uncle&#8217;?&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menangis seorang diri sebab leka dan lalai. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yalah, budak darjah 1 mana pernah sendirian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila perasan ada yang memandang saya yang menangis, saya beranikan diri dan duduk di sebelah dinding belah luar dewan solat utama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baru jam 12.30, tidur dulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masa itu bangga betul dapat tengok jam, ramai kawan sekelas belum pandai tengok jam, tapi mereka pandai membaca. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya pula pandai membaca darjah 4. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lagi cepat belajar mengira daripada membaca. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Dik, dah ambil wuduk?&#8221;, ada seorang pemuda kejutkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa saat mengelamun lalu azan pun berkumandang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bangkit dan berjalan ke bearing 090 dari titik sendiri sejauh 5 meter, usai wuduk tempat tadi sudah diambil orang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terkejut bila tengok sehingga jauh ke belakang sudah penuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Aik? Tadi tak ada orang.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masa tu memang rasa berdikari dan dewasa, yalah, budak darjah 1 yang tak pernah sendirian dan takut sendirian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bangga sekejap rasa, sebelum sambung menangis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jalan jauh ke belakang jumpa juga tempat kosong. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mata sudah sedia untuk lelapkan diri (saya masih budak darjah 1 ketika itu) lantas azan kedua berkumandang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usai azan khatib mula membacakan khutbah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mata mengantuk memandang sekeliling, dan pandangan asyik terpaku dengan tanda baca &#8220;Sila Matikan Telefon Anda&#8221; dengan logo TM yang kecil. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tapi suara serak khatib ini seperti &#8216;familiar&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai seorang kanak-kanak yang agak perlahan perkembangan IQ, biasanya saya tidak akan fokus pada apa pun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tapi suara serak khatib ketika itu buat saya terjaga dan tertarik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah lupa tentang apa namun seronok dengar, bagaikan dengar seseorang bercerita kisah nabi, tapi penceritaannya lain daripada yang selalu dengar dari ustazah di sekolah dan guru mengaji. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Habis solat jumaat saya kembali ke tempat wuduk awal tadi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya sangkakan uncle sudah tunggu saya rupanya dia masih solat sunat di dalam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Faris, jom ikut uncle.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dekat luar tu uncle ajak beratur, tak tahulah barisan untuk apa ini. Setelah 3 minit beratur keluar satu susuk berjubah putih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Tok Guru Hari Jadi!&#8221;, ketika itu tak tahu membaca tapi nama tersebut ikut-ikut sahaja sebutan orang selama ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan marah saya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri, berjalan ke arah rumah kayu dengan pagar usang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rupa-rupanya itu barisan untuk bersalam dengan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika itu rasa begitu takjub, tak tahu jumpa dalam &#8216;real life&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yalah, sebagai budak darjah 1 saya tiada &#8216;sense of time and place&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak hari itu, setiap jumaat Masjid Rusila pasti menjadi lokasi pilihan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah sekolah menengah tolong uncle jual sayur di pasar Masjid Rusila yang meriah, dapat dengar sekali kuliah dhuha.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masjid Rusila menjadi contoh terbaik kepada pengertian masjid dalam buku Pendidikan Agama Islam di sekolah, sebagai pusat masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disana ada pasar, ada sekolah tahfiz, tempat keluarga meluangkan masa, tempat program, ada gelanggang futsal dan tempat orang ramai berkunjung bila hujung minggu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Panjang lagi memoir di sana sepanjang pernafasan selama 24 tahun ini, tapi biarlah setakat ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun macam boleh ke sana, namun buat masa ini biarlah diri memakmurkan masjid kampung sendiri, sekurang-kurangnya sehingga wabak beransur hilang dari muka bumi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa tulis ini? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semalam terbaca di facebook bahawa TGHH sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya mohon semua turut mendoakan kesihatan permata ummah nusantara ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga Allah SWT memanjangkan umur beliau. InsyaAllah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh: Faris Hakim<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rindu. Rupanya sudah setahun lebih tidak menjejakkan kaki ke sana. Kenapa coretan ini ditulis ada di perenggan terakhir.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6478,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-6477","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6477","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6477"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6477\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6479,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6477\/revisions\/6479"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6478"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6477"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6477"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6477"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}