{"id":6666,"date":"2021-05-17T12:24:28","date_gmt":"2021-05-17T12:24:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6666"},"modified":"2021-05-17T12:24:30","modified_gmt":"2021-05-17T12:24:30","slug":"pergolakan-geopolitik-negara-arab-palestin-diratah-israel-bermaharajalela","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/05\/17\/pergolakan-geopolitik-negara-arab-palestin-diratah-israel-bermaharajalela\/","title":{"rendered":"Pergolakan Geopolitik Negara Arab: Palestin Diratah, Israel Bermaharajalela"},"content":{"rendered":"\n<p>Israel tidak menjangkakan berlakunya kebangkitan penduduk dari negara sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lubnan, Iraq dan Mesir. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka, serangan kali ini akan menjadi seperti serangan sebelumnya yang memakan masa beberapa hari dengan korban yang banyak dari pihak Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya Israel sangat yakin dengan strategi mereka memecahkan dan mengkucar kacirkan negara Arab sekeliling mereka sejak sekian lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau diperhatikan dengan cermat, semua negara yang mengelilingi Israel sudah musnah.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara Jordan wujud kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh Sharif Hussin. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika Uthmaniyyah masih berkuasa, Sharif Hussin memimpin kebangkitan Arab untuk merampas kekuasaan dari Uthmaniyyah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sharif Hussin menggunakan sentimen &#8220;orang Arab mesti memimpin dunia Islam&#8221;, sedangkan Uthmaniyyah adalah daripada bangsa Turki. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih malang, Sharif Hussin berkomplot dengan Mc Mahon, seorang diplomat British untuk menjayakan agendanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendek cerita, Sharif Hussin dikhianati oleh British untuk memimpin Hijaz (Arab Saudi sekarang). <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu, untuk memujuk Sharif Hussin, British wujudkan negara baru iaitu Jordan dan diletakkan Sharif Hussin di sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu rendah martabat tanah Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Syria pula masih bergolak sehingga sekarang akibat perang saudara. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyatnya diapikan dengan sentimen Sunni-Syiah. <\/p>\n\n\n\n<p>Populasi Syiah yang minoriti tetapi menguasai pemerintahan negara sememangnya akan menjadi bom jangka buat Syria.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala di Syria pula di mana akibat konflik yang berlaku menyebabkan masuk campur kuasa asing. <\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan lebih buruk, kuasa asing berkenaan menaja kumpulan pemberontak untuk melawan rejim Basyar Al-Assad.<\/p>\n\n\n\n<p>Basyar pula kiblatnya adalah Rusia, AS pula adalah pesaingnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi AS akan menaja kumpulan pemberontak, manakala Rusia akan membantu tentera kerajaan melawan pemberontak. <\/p>\n\n\n\n<p>Hasil minyak dicuri, rakyat berbunuh-bunuhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berita yang sampai kepada umat Islam Malaysia adalah video penyokong-penyokong Basyar mencium dan menyembah gambar Basyar dengan sangat fanatik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian didorongkan dengan sentimen Sunni-Syiah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan individu dalam video tersebut pun kita belum pasti benar samada pelakon atau tidak.<\/p>\n\n\n\n<p>Lubnan begitu juga, pemerintahan Lubnan terpecah kepada dua. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu kawasan dikuasai oleh kerajaan Hariri, satu kawasan lagi dikuasai oleh kumpulan Hizbullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita sendiri menyaksikan pembunuhan Rafiq Hariri yang sehingga hari ini tidak diselesaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian, selepas berlaku letupan di pelabuhan Lubnan akibat gudang simpanan ammonium yang meletup. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu persatu insiden dan pergolakan politik Lubnan berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>PM mereka meletakkan jawatan dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menggambarkan suasana politik mereka yang tidak stabil. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ketidakstabilan tersebut sepertinya tidak menjejaskan wilayah yang dikuasai Hizbullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Hizbullah adalah kumpulan Syiah yang dipimpin Hassan Nasrullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkara ini juga akan menjadi bom jangka kepada Lubnan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mesir pula lebih lama pergolakannya. Mesir negeri Sunni yang berkiblatkan Amerika Syarikat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menjadi sekutu AS akibat kemiskinan negara mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemiskinan itu pula kerana pergolakan politik yang tidak pernah aman.<\/p>\n\n\n\n<p>Mesir menjadi kubu utama Ikhwanul Muslimin (IM). <\/p>\n\n\n\n<p>Menjadi pencabar utama kerajaan Mesir pimpinan Jamal Abdul Nassir yang merupakan seorang nasionalis. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggalah tahun 2012, IM berjaya mendapatkan kuasa politik Mesir secara sah.<\/p>\n\n\n\n<p>Akibat tidak cermat memimpin, kuasa asing tidak dapat duduk diam dengan kebangkitan Islam di Mesir melalui Morsi. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu, dikomplotlah gerakan Kudeta untuk menjatuhkan Morsi pada tahun 2013. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya setahun sahaja IM berjaya memimpin.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, Mesir merupakan antara negara yang mendapat bantuan dana terbesar daripada AS. <\/p>\n\n\n\n<p>Menjadikan mereka umpama lembu dicucuk hidung. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mampu memimpin dengan sendiri tetapi sebaliknya ditunjukkan oleh orang lain cara memimpin.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua pergolakan politik ini telah menghapuskan fokus negara Arab daripada membebaskan Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sibuk dengan pergolakan sendiri, politik mereka menjadi tidak aman dan setiap waktu mereka ketinggalan pada sudut pendapatan negara dan teknologi persenjataan untuk mencabar Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Israel menjadi aman sehingga hari ini kerana faktor tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Fahamlah kita bahawa geopolitik tidak bergerak dengan mudah, mestilah dikaji dengan mendalam supaya tiada kenyataan kita yang merugikan umat Islam seperti fatwa UAE yang membenarkan normalisasi dengan Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Razak Ramli<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Israel tidak menjangkakan berlakunya kebangkitan penduduk dari negara sekitarnya seperti Jordan, Syria, Lubnan, Iraq dan Mesir. Bagi mereka,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6667,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[57],"tags":[58],"class_list":["post-6666","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-palestin","tag-palestin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6666","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6666"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6666\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6668,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6666\/revisions\/6668"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6667"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6666"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6666"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6666"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}