{"id":6670,"date":"2021-05-18T08:39:36","date_gmt":"2021-05-18T08:39:36","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6670"},"modified":"2021-05-18T08:39:38","modified_gmt":"2021-05-18T08:39:38","slug":"doa-kita-diperkenankan-kah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/05\/18\/doa-kita-diperkenankan-kah\/","title":{"rendered":"Doa Kita, Diperkenankan Kah?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saban tahun, kita sentiasa melihat kekejaman yang dilakukan oleh pihak musuh kepada umat Islam di seluruh dunia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hati kita meruntun, sayu, sedih, kecewa dengan segala apa yang terjadi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada kebanyakan peristiwa, ia berlaku di luar daripada negara kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka, kita, dari jauh memohon keampunan dan maaf kepada saudara kita itu kerana tidak dapat bersama membantu mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika boleh, kita juga mahu syahid bersama mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wang adalah pengganti diri, bagi membantu saudara kita yang teraniaya itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan tentulah sukar untuk membawa masuk wang ke kawasan perang atau kemusnahan itu jika tidak kita menyalurkannya kepada pihak-pihak yang mempunyai pengetahuan akan hal keadaan di sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terkadang, ada yang miskin, tetapi mereka juga mahu membantu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada yang dapat diberikan, melainkan doa-doa, memohon bantuan Allah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua perlakuan ini, amat mulia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi yang bercita-cita syahid, inilah jalannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Korbankan dahulu harta benda kita sebelum memberikan korban nyawa kepada agama Allah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita yang kaya raya, harta pun kita \u2018kupik\u2019 untuk dikeluarkan ke jalan Allah, maka jangan berharap kita berani untuk bersedekah nyawa kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adat kata, jangan mimpilah dapat mati syahid. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam surah as-Saff, dinyatakan bahawa jalan untuk menyelamatkan azab Allah ialah dengan beriman kepada Allah dan rasul, mengorbankan harta benda sebelum akhirnya nyawa kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya teringat kepada satu persitiwa yang berlaku di hadapan saya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Waktu itu sedang hangat dihebohkan tentang kumpulan al-Maunah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka ada beberapa rakan yang bersemangat mahu syahid berperang melawan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka diajaklah seorang ustaz untuk berjihad bersama al-Maunah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan tenang, ustaz itu menjawab, kalau dah setiap kali tabung masjid lalu, kau sentiasa tertidur, tak letak duit pun dalam tabung, jangan beranganlah nak korbankan nyawa tu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Langsung diam pemuda itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala doa pula, yang dibacakan secara sembunyi kepada saudara kita, tanpa mereka mengetahuinya, adalah antara kaifiat yang terbaik untuk menjadikan ia mustajab. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara kaedah lain, kita bacakan ketika sujud dalam solat kita, kita bacakan dengan penuh ikhlas, dia kita dalam permusafiran bagi membantu saudara kita di sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita beristighfar dengan sebanyak-banyaknya semoga dosa-dosa kita diampunkan dan doa kita menjadi mudah dimakbulkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, elok kita mengambil sedikit renungan daripada hadis rasulullah saw yang pernah mengingatkan kita akan seorang musafir yang kusut masai pakaiannya lalu dia berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, kata rasulullah lagi, sedangkan pakaian dan dagingnya tumbuh dari sumber yang haram, lalu bagaimana Allah akan menerima doanya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Padahal doa orang yang bermusafir adalah antara doa yang paling mudah diterima Allah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya mengambil satu isu khusus iaitu, riba. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berapa ramaikah lagi antara kita yang masih bergelumang dengan riba. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sistem riba adalah sistem yang sengaja diadakan oleh Yahudi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada antara kita masih menggunakannya sedangkan kita ada pilihan dan lebih utama, Allah melarang riba, tuntas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam surah al-Baqarah, jelas digelar pengamal riba sebagai golongan yang memerangi Allah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi mana mungkin kita mengadu kepada Allah, Yahudi, musuh-Mu Allah membunuh rakyat Palestin, sedangkan kita juga musuh Allah?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita bimbangkan rakyat Palestin melebihi nasib kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Palestin, Allah menentukan apa keputusannya, samada kita suka atau tidak, kita tidak boleh mengawalnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala riba pula adalah pilihan kita, mahu diam di dalamnya ataupun keluar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita kekal, bermakna kita isytihar perang dengan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita keluar, maka Allah adalah maha pengampun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi sanggupkah kita menghapuskan riba yang kita amalkan sebagaimana arahan Allah untuk meninggalkan segera riba walaupun kita kerugian?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika tidak berani, kembalilah anda membaca kisah sindiran ustaz yang saya nyatakan di atas, mahu berjihad nyawa, tetapi tabung lalu di depan mata pun tidak dihulur. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mahu berjihad dan doa diperkenankan, tetapi masih bersama riba. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu apakah tandanya kita ini, perbuatan tidak menyamai perkataan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengambil insurans motor yang harganya murah itupun ada yang masih bergelumang dengan riba, sedangkan pilihan dengan takaful berlambak-lambak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa jadi dengan doa kita kepada rakyat Palestin? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah dimakbulkan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau kita hanya perasan yang doa kita termakbul, sedangkan yang termakbul adalah doa orang lain yang ikhlas dan benar kerana Allah, bukan doa kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, akhirnya kita tetap tenggelam dengan riba, kerana menyangka rezeki kita melalui riba itu adalah baik dan tandanya ialah &#8216;keberkatan&#8217; dan &#8216;makbul&#8217; nya doa kita itu kepada Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konon kita merasa kemanisan harta &#8216;halal&#8217; sambil terlupa ia melalui jalan riba.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya memohon maaf pada semua yang membaca tulisan ini, jika ada yang tersinggung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan niat saya untuk menyakitkan hati sesiapa, tetapi sebagai muhasabah kepada kita semua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terkadang lidah ini kelu untuk mengungkapkan kebenaran secara berhadapan, maka tulisan adalah pengganti kata yang terbaik bagi menyampaikan hasrat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apapun, maksud kepada teguran itulah yang amat mahu dicapai pembaca. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keluarlah dari riba. Beranikan diri rugi tanpa riba, daripada untung dengan riba.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<br>18 Mei 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saban tahun, kita sentiasa melihat kekejaman yang dilakukan oleh pihak musuh kepada umat Islam di seluruh dunia. Hati<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6671,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-6670","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6670","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6670"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6670\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6672,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6670\/revisions\/6672"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6671"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}