{"id":6730,"date":"2021-05-23T10:07:17","date_gmt":"2021-05-23T10:07:17","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6730"},"modified":"2021-05-23T10:07:19","modified_gmt":"2021-05-23T10:07:19","slug":"israel-tidak-akan-berhenti-termasuk-tawan-makkah-madinah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/05\/23\/israel-tidak-akan-berhenti-termasuk-tawan-makkah-madinah\/","title":{"rendered":"Israel Tidak Akan Berhenti Termasuk Tawan Makkah, Madinah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerugian RM8 bilion di pihak Israel dalam perang terbaru dengan Palestin adalah jumlah yang kecil kepada negara itu kerana mendapat dukungan Zionis antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahkan Israel juga disokong bank-bank di Amerika dan Eropah yang membiayainya, namun tetap kalah dari segi ketenteraan, demikian ulas Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, gencatan senjata diminta supaya Israel mempunyai peluang untuk membina kekuatan semula, tetapi negara haram itu tidak membenarkan HAMAS berbuat demikian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau dia (Israel) gencatan senjata boleh bina kekuatan, kita (HAMAS) juga mesti bina kekuatan kita mengikut kemampuan kita,\u201d ujar beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjelaskan dari sudut sejarah, tegas beliau, Israel sebenarnya yang bertindak menubuhkan kumpulan-kumpulan pengganas dengan membuat banyak keganasan dan tindakan agresif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau bersiaran di rancangan Ruang Bicara Khas&nbsp;<em>BERNAMA<\/em>&nbsp;membicarakan tajuk&nbsp;<em>Malaysia Bersama Palestin: \u201cPerjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim\u201d<\/em>&nbsp;dihoskan Sherkawi Jirim, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ditanya mengenai peranannya sebagai Duta Khas, jelas Tuan Guru, beliau hanya menyambung tugas telah dilaksanakan sejak sebelum ini lagi menyelesai dan mendamaikan konflik di Timur Tengah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha sebelum berlaku kebangkitan Arab Spring itu jelasnya, telah dimbil bersama penglibatan Kerajaan Malaysia yang bertemu Negara Islam dan beliau pula bertemu sebahagian lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peranan tersebut telah menyebabkan beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang diketuai Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi dan berlangsungan menangani isu-isu berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menyatakan keperluan Malaysia menyokong semua pihak di Palestin dan mengusahakan kesatuan Negara-negara Islam dan Arab dalam banyak aspek secara bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tuan Guru turut menegaskan kepentingan ekonomi dan teknologi untuk kekuatan umat dan Negara-negara Islam menghadapi ancaman musuh sebagaimana telah dihadapi dari Barat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tegas beliau, normalisasi Negara-negara Arab ke atas Israel adalah tindakan salah di mana hakikat sebenar ia ditaja Amerika semata-mata untuk kepentingan Israel yang tidak ikhlas kepada Arab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga tidak menolak pengaruh media hari ini di mana peringatnya banyak negatif yang melalaikan anak muda, oleh itu perlu dibawa mereka kepada kefahaman Islam dengan sebenarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIsrael menguasai media sosial, ini mendukacitakan. Masuk di negara kita. Memainkan peranan yang negatif, yang menimbulkan masalah-masalah provokasi. Saya sebut satu nama,&nbsp;<em>MalaysiaKini<\/em>, yang lain saya tak mahu sebut nama. Ini peranan dia sangat aktif,\u201d bidasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu beliau menggalakkan agar kefahaman dan mendapatkan maklumat yang betul dalam memanfaatkan teknologi maklumat dan media sosial mesti diadakan sebaiknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga tidak menolak serangan siber dilakukan Israel, namun menaruh harapan kepakaran-kepakaran yang ada mampu menangani semua itu dengan jayanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tuan Guru mengingatkan berdasar hadis akhir zaman betapa Israel tidak akan berhenti daripada cita-citanya hingga dapat menawan antara dua lautan iaitulah termasuk Makkah dan Madinah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>HARAKAHDAILY<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerugian RM8 bilion di pihak Israel dalam perang terbaru dengan Palestin adalah jumlah yang kecil kepada negara itu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6731,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[57],"tags":[58],"class_list":["post-6730","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-palestin","tag-palestin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6730","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6730"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6730\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6732,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6730\/revisions\/6732"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6731"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6730"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6730"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6730"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}