{"id":6736,"date":"2021-05-24T08:30:52","date_gmt":"2021-05-24T08:30:52","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6736"},"modified":"2021-05-24T08:30:55","modified_gmt":"2021-05-24T08:30:55","slug":"sabasun-dan-gaza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/05\/24\/sabasun-dan-gaza\/","title":{"rendered":"Sabasun Dan Gaza"},"content":{"rendered":"\n<p>Kalau disebutkan nama Sabasun, bagi orang Terengganu, ia seperti janggal jika dia tidak tahu apa itu Sabasun. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi orang luar Terengganu, Sabasun ialah satu syarikat yang menjalankan perniagaan \u2018hyper market\u2019 yang terkenal di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma, walaupun ia terkenal, mungkin ramai yang tidak tahu berkenaan cerita belakang tabir mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan bila terpalit dengan isu Palestin ini, terus saya teringatkan cerita Sabasun untuk dikongsi.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya mengenali \u2018bos\u2019 Sabasun, Che Salmi Che Ibrahim, walaupun bukan secara peribadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pernah beberapa kali bertemu, duduk semeja bagi berbincang beberapa perkara. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau mengikut sejarah dahulu, perniagaan beliau ini pernah ditekan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak tahulah kenapa, tetapi beberapa kali berlaku perkara yang tidak diingini seperti menghapuskan kawasan parkir di depan premisnya, menyukarkan pelanggan datang membeli.<\/p>\n\n\n\n<p>Pernah suatu ketika, isu Sabasun ini, dibawa ke DUN Terengganu kerana terkait dengan isu CF iaitu lesen menduduki yang dikatakan tidak dikeluarkan kepada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana ini, mereka hampir dikenakan tindakan kerana didakwa gagal mematuhi kehendak Kerajaan Tempatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun perniagaan Sabasun dapat diselamatkan dengan campurtangan PAS yang membela Sabasun atas dasar kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6737\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-300x200.jpeg 300w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-768x512.jpeg 768w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-1536x1023.jpeg 1536w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-549x366.jpeg 549w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-420x280.jpeg 420w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-233x155.jpeg 233w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-230x153.jpeg 230w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-360x240.jpeg 360w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01-100x67.jpeg 100w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun01.jpeg 1600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Che Salmi berasal dari Kemasik, tetapi membesar di Muar, Johor. <\/p>\n\n\n\n<p>Orangnya cerdik, alhamdulillah mempunyai ijazah dalam bidang Physcolinguistics dari Amerika Syarikat. <\/p>\n\n\n\n<p>Peminat muzik \u2018underground\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Sabasun di bawah Salmi sekitar pertengahan 90-an, dikatakan agak berani untuk bersaing dengan pasaraya-pasaraya bangsa lain di sekitar bandar Kuala Terengganu dengan menawarkan harga yang murah. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah ada masanya lebih murah daripada pesaingnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dek kerana keberaniannya menonjolkan diri dengan slogan \u2018Harga Muroh Sokmo\u2019 itu, maka nama Sabasun mula meniti ke bibir pelanggan. <\/p>\n\n\n\n<p>Syukur kerana strategi mereka menjadi dan mendapat juga kepercayaan daripada pengedar dan pengilang bagi menghantar bekalan, walaupun ketika zaman gawat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sabasun amat berdisiplin dalam pembayaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya pernah menghantar beberapa barangan dan pembayaran dibuat tepat pada masanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengambil hanya pekerja dari kalangan anak tempatan sahaja, Sabasun juga sering memperdengarkan aluan ayat-ayat suci al-Quran di dalam premisnya serta kuliah pada waktu Zohor. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada kebimbangan jika barangan anda tertinggal kerana mereka akan mengembalikannya tanpa hilang satu barang pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Hubungan dengan kejiranan juga dijaga. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap tahun, akan ada hamper kepada jiran-jiran mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara tujuan perniagaan mereka juga ialah bagi membantu pengusaha IKS dari kalangan anak negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekitar tahun 2002, Sabasun memulakan langkah yang lebih berani iaitu memulakan kempen bagi memboikot barangan Israel. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6738\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-300x200.jpg 300w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-768x512.jpg 768w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-549x366.jpg 549w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-420x280.jpg 420w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-233x155.jpg 233w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-230x153.jpg 230w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-360x240.jpg 360w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02-100x67.jpg 100w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun02.jpg 1600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Peringatan-peringatan ditampal di seluruh ceruk kedainya bagi mengingatkan barang keluaran Israel, perlu dihindari. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka cuma menghabiskan stok lama sahaja. Tabung-tabung bagi mengutip derma kepada Palestin juga dapat dilihat di setiap kaunter bayaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabasun di bawah Che Salmi atau lebih dikenali dikalangan pekerjanya sebagai Abang Long, begitu komited meneruskan kempan boikot itu sehinggalah kehari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Cerita-cerita tentang kesedihan rakyat Palestin dan kejahatan Israel disediakan dalam premis. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya Sabasun berjaya mengorak langkah lagi bagi membantu rakyat Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini juga adalah hasil daripada kepercayaan pelanggan terhadap kempen mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Jutaan wang telah berjaya disalurkan ke Palestin, terutamanya di Gaza. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6739\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-300x200.jpg 300w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-768x512.jpg 768w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-549x366.jpg 549w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-420x280.jpg 420w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-233x155.jpg 233w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-230x153.jpg 230w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-360x240.jpg 360w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03-100x67.jpg 100w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Sabasun03.jpg 1600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sabasun berjaya mendirikan beberapa bangunan yang menyediakan kemudahan kepada rakyat Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak hanya memaklumkan kejayaan mereka, tetapi juga mereka memberikan bukti-bukti bahawa wang derma oleh pelanggan itu, sampai kepada sasaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelanggan begitu gembira bilamana mengetahui wang derma mereka sekarang, sudah menjadi bangunan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak berkurang pelanggan mereka walaupun tiada barangan Israel di situ.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini Sabasun semakin melangkah maju. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah cawangan kedua mereka di Wakaf Tembesu dibuka, kemudiannya di Cheneh, mereka ditawarkan tempat pula oleh Kerajaan Terengganu bagi menduduki permis di Bandar Baharu Kijal. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan terbaharu Mereka telah keluar dari Terengganu pergi ke Kuala Lumpur. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka pasaran bagi pengusaha IKS sekarang semakin berkembang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi kita yang tinggal di Terengganu, sepatutnya Sabasun menjadi pilihan nombor satu kerana komitmen mereka dalam membantu ekonomi orang kita dan juga saudara seagama di luar sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh saya katakan, tiada pembaziran langsung dengan wang yang kita serahkan kepada Sabasun. <\/p>\n\n\n\n<p>Puas hati bila berbelanja di Sabasun dan wang kita itu dibawa ke Palestin, membantu saudara kita di sana.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya sememangnya mengarahkan isteri saya sekarang supaya berbelanja di Sabasun sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya ada lagi isteri, saya juga tetap akan suruh dia ke sana, begitulah seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Che Salmi memaklumkan kepada saya, insyaAllah tidak lama lagi akan ada pula projek terbaharu mereka di Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya percaya antara kekuatan yang diberikan Allah kepada Che Salmi ialah kerana hatinya yang benar-benar mahu membantu saudara se Islam, disamping pasukan beliau yang kuat dalam melakukan kebaikan ekonomi ini, maka bantuan Allah datang dari berbagai bentuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>24 Mei 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kalau disebutkan nama Sabasun, bagi orang Terengganu, ia seperti janggal jika dia tidak tahu apa itu Sabasun. Bagi<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-6736","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6736","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6736"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6736\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6741,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6736\/revisions\/6741"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6736"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6736"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6736"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}