{"id":6782,"date":"2021-05-26T14:17:37","date_gmt":"2021-05-26T14:17:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6782"},"modified":"2021-05-26T14:17:39","modified_gmt":"2021-05-26T14:17:39","slug":"ramai-tipu-diri-sendiri-akhirnya-kkm-juga-dipersalahkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/05\/26\/ramai-tipu-diri-sendiri-akhirnya-kkm-juga-dipersalahkan\/","title":{"rendered":"Ramai Tipu Diri Sendiri, Akhirnya KKM Juga Dipersalahkan"},"content":{"rendered":"\n<p>Orang ramai perlu menyedari tanggungjawab besar yang digalas untuk menang dalam peperangan melawan COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun melaksanakan tanggungjawab itu tidak mudah jika mereka tidak melihat diri sendiri dan berhenti menyalahkan orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi satu entri di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi luahan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan &amp; Trauma, Dr Alzamani Mohammad Idrose yang mahu seluruh anggota masyarakat memegang erat peranan masing-masing, sekaligus memastikan misi itu berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital &#8211; ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang senyap-senyap inilah menyebabkan angka senyap-senyap naik.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebaliknya, yang dalam senyap mematuhi SOP dengan sempurna adalah wira sebenar yang tak didendang. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Anda sendiri sahaja yang tahu dalam kumpulan mana anda tergolong,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih mengecewakan, apabila ada sesetengah pihak yang hanya tahu bercakap dan mengarah itu dan ini, tetapi tidak sedar atau memahami apa yang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus-lumus di hospital merawat ledakan kes COVID, anda boleh bercekak pinggang berkata, &#8220;Bukalah katil lebih&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tambah jer lah katil ICU!<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>Ada staf ramai, peralatan jutaan ringgit, kemahiran mengendaikan pesakit dan banyak aspek lain yang sukar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut bila berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;KKM dituduh tipu data dan semuanya salah KKM,&#8221; tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujar Dr Alzamani lagi, perjuangan rakyat Malaysia tidak sesukar mana kerana apa yang diperlukan petugas barisan hadapan kini ialah perkara yang sama sudah diulang sejak setahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pakai mask dan jauhilah manusia. Amalkan SOP \u2018tanpa ruang bolos\u2019 sedikitpun. <\/p>\n\n\n\n<p>Anggap semua ada COVID. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu meter adalah jarak \u2018keramat\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau anda selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dan kalau selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula anda mengikut mereka, kerana harganya dibayar oleh anda dan keluarga anda,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga meminta orang ramai agar jangan terpedaya dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab dan menyebarkan khabar angin tentang vaksin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka (antivaksin) yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Jika 80% kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahun depan boleh raya, malah jika semua bagus, boleh buka mask seperti di sesetengah negara yang siap divaksin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Peranan anda dalam menentukan menang atau kalahnya perang ini teramat besar. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Untuk menentukan sama ada \u2018bas\u2019 terus masuk gaung setiap hari atau tidak,&#8221; katanya<\/p>\n\n\n\n<p>Astro Awani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai perlu menyedari tanggungjawab besar yang digalas untuk menang dalam peperangan melawan COVID-19. Namun melaksanakan tanggungjawab itu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6783,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-6782","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6782","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6782"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6782\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6784,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6782\/revisions\/6784"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6783"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}