{"id":6889,"date":"2021-06-02T08:16:25","date_gmt":"2021-06-02T08:16:25","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6889"},"modified":"2021-06-02T08:16:28","modified_gmt":"2021-06-02T08:16:28","slug":"cerita-arak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/02\/cerita-arak\/","title":{"rendered":"Cerita Arak"},"content":{"rendered":"\n<p>Alhamdulillah semalam telahpun diisytiharkan oleh kerajaan berkenaan pembatalan kebenaran kilang arak daripada menjalankan operasi mereka sewaktu arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana arak tidak dijustifikasi sebagai barangan keperluan sewaktu PKP. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka berpecah rakyat kepada dua kelompok. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu kelompok bangga dan satu kelompok makin benci dengan keputusan kerajaan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya ada menulis dahulu berkenaan silap faham yang mungkin berlaku atas arahan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mengapa, saya ulang beberapa perkara. <\/p>\n\n\n\n<p>Masih anda ingat ketika Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa mengisytiharkan pengharaman jualan arak di Wilayah Persekutuan tahun lalu, tiba-tiba, masih terdapat arak-arak dalam tin yang dikategorikan sebagai \u2018soft drink\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Teruk TS Annuar dikerjakan netizen kerana didakwa \u2018menipu\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, sebelum kefahaman yang salah hadir, elok saya sebutkan secara ringkas berkenaan perbezaan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Arak yang diharamkan adalah arak yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi sehingga 40 peratus. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin kalau boleh disebut contoh, Vodka dan whisky dan seumpamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi pada kebiasaannya soft drink seperti bir ini, mempunyai alkohol yang rendah dibawah 0.5 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu arak ini telah bermula sewaktu PAS Terengganu menang PRU10 pada tahun 1999. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun setelah itu, bilangan lori membawa apa yang kita fikirkan sebagai arak itu, tidak berkurangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepada pimpinan, persoalan ini ditanyakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka dijawab mereka sebagaimana tadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada kategori bukan arak walaupun ia mengandungi alkohol. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi terpaksalah kami semua diam sahaja, tidak boleh berbuat apa-apa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia kelihatannya menjadi seperti isu kewajipan menutup aurat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi wanita Islam, muka dan dua tapak tangan sahaja bukan aurat. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala bukan Islam, asal sahaja mereka berpakaian sopan, maka tiada isu berkenaan aurat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi kita tidak boleh mewajibkan bukan Islam berpakaian seperti muslimah atas dasar kefahaman aurat kita itu kepada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama seperti hal ini juga, soft drink bagi mereka adalah dibolehkan walaupun ada alkohol. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala bagi kita pula ia adalah arak, dan haram walaupun setitis.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab itu maka Kerajaan Kelantan ketika mula-mula menang dahulu melalui kuasa yang ada, almarhum TGNA hanya menghadkan penjualan arak, tidak mengharamkan semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan judi, tiada budi bicara, tutup terus. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal yang sama diikuti oleh Kerajaan Terengganu selepas itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga sekarang, tiada isu pun berkenaan penjualan arak yang dihadkan di kedua-dua negeri ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tetaplah kita sebagai orang Islam memasang niat, tidak mahu semua ini, tetapi kita bertindak atas keupayaan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika di kedua negeri ikon PAS yang dikuasai penuh ini, tidak menghalang secara total penjualan arak, maka, apa lagi dengan Kerajaan Malaysia yang PAS hanya menjadi penumpang sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih lagilah tiada kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi isu yang dibangkitkan ialah ketika pandemik Covid 19 sedang menggila, mengapa masih mahu mencari arak? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah ini solusi? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah ini memberikan kebaikan kepada masyarakat? <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah maksud PAS yang mahu arak tidak dikategorikan sebagai barangan keperluan. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS, lantang menentang dan menang.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi, di manakah ahli partai-partai lain yang mengaku memperjuangkan Islam? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah perjuangan mereka terpilih sahaja seperti perjuangan membebaskan Palestin yang popular dan cepat dilihat orang? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak beranikah mereka menyuarakan hak orang Islam, walau rakan mereka itu kafir yang amanah? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah hak kafir yang amanah itu sahaja yang perlu diraikan seperti ketika mereka mahu mengadakan pesta minuman keras, maka rakan si kafir, orang Islam itu pula yang bersungguh mencari dalil?<\/p>\n\n\n\n<p>Sebuah cerita benar berkenaan arak. <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang juruteknik yang bekerja di sebuah kilang membekal peralatan bayi kita namakan A, bertemu dengan seorang juruteknik yang bekerja di sebuah kilang memproses minuman arak, iaitu B. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya Islam, tidak mengenali, pergi ke klinik. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka berlakulah perbualan santai. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah memperkenalkan diri dan sedikit latar belakang, si A bertanya apa sakit si B.<\/p>\n\n\n\n<p>Jawab si B anaknya yang sentiasa mengalami kesakitan. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana prihatin, A berpesan kepada B, mungkin ini adalah kerana pekerjaannya di kilang arak itu, walaupun gaji lumayan, tetapi ia adalah haram dan mungkin atas sebab itu, maka anaknya sentiasa sakit. <\/p>\n\n\n\n<p>Si B tunduk, insaf mendengar nasihat A dan mengaku salahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Si A kemudiannya balik menceritakan hal ini dengan bangganya kepada rakan-rakannya yang lain pada waktu lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika menceritakannya, si A membandingkan kerjanya yang lebih baik itu dari segi hukum, walaupun gaji lebih rendah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sambil dia menceritakan juga betapa kemudahan mengambil beberapa barang bayi, produk syarikatnya untuk dibawa balik kerumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia menjimatkan belanjanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu ditanya oleh seorang rakannya yang lain, habis, bukankah itu mencuri namanya? <\/p>\n\n\n\n<p>Terus terdiam A. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia lupa bahawa mencuri juga berdosa, bukan arak sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika boleh dikaitkan, kita sekarang ini melihat kepada arak, bagus, kita tentang kerana haram. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi bagaimana dengan riba? <\/p>\n\n\n\n<p>Berapa orang yang masih mengambil riba? <\/p>\n\n\n\n<p>Terlalu ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia jelas dan nyata haram kerana kita sudah ada sistem kewangan Islam yang diperakui ulamak dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Istilah yang ada hanya halal dan haram dalam riba, era sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza zaman dahulu, kita tiada pilihan, terkadang terpaksa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika kita ralit bercakap tentang arak, kita lupa yang almarhum TGNA dan juga Presiden PAS telah menutup terus pintu riba dalam kerajaan pimpinan mereka, kerana ia tiada pilihan lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai orang tidak sanggup meminum air yang bercampur dengan setitik arak, kerana haram. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tetap bergelumang dengan selamba dalam riba walaupun tiada alasan yang syarie untuk mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka lupa riba, judi itu haram, sudah dihapuskan di negeri PAS dengan kemampuan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi musuh PAS ini tetap mensasarkan arak bagi memalitkan PAS dengan dosa dan noda. <\/p>\n\n\n\n<p>Di negeri mereka, apa yang telah mereka haramkan berkait dengan kemurkaan Allah? <\/p>\n\n\n\n<p>Sila berikan senarainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan yang sedihnya, segelintir ahli dan penyokong PAS tetaplah tidak melihat fakta ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tetap mengikut telunjuk musuh berkenaan arak ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sungguh naif dalam berpolitik, sentiasa menjadi mangsa musuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin dua orang dalam gambar di bawah ini sahaja yang mahukan arak sebagai barangan keperluan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tidak, tak bermayalah mereka melawan musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Memang arak keperluan utama mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>2 Jun 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah semalam telahpun diisytiharkan oleh kerajaan berkenaan pembatalan kebenaran kilang arak daripada menjalankan operasi mereka sewaktu arahan Perintah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6890,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-6889","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6889","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6889"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6889\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6891,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6889\/revisions\/6891"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6890"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6889"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6889"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6889"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}