{"id":6927,"date":"2021-06-03T09:31:27","date_gmt":"2021-06-03T09:31:27","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6927"},"modified":"2021-06-03T09:31:39","modified_gmt":"2021-06-03T09:31:39","slug":"politik-kotor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/03\/politik-kotor\/","title":{"rendered":"Politik Kotor"},"content":{"rendered":"\n<p>Politik, banyak definisi dan ungkapan yang diberikan oleh cendikiawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling diingati ialah Niccol\u00f2 Machiavelli yang begitu terkenal dengan ungkapan matlamat menghalalkan cara. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai pengamal-pengamal ungkapan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka secara terang mengambil apa jua hal yang menguntungkan mereka, walaupun rakyat menjadi mangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Keenakan memegang jawatan ini, telah menghanyutkan mereka, jauh ke lautan politik yang kotor itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya apa yang dikatakan beliau itu amat benarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Betapa dunia melihat sejarah, hanya beberapa orang ketua negara sahaja yang begitu komited bagi menyediakan keselesaan kepada rakyat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tentu sahajalah rasulullah s.a.w adalah contoh terutama jika mahu diberikan misalannya serta khalifah ar-Rasyidin dan beberapa nama lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala yang lain, kemahuan mereka mengatasi tanggungjawab mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalahnya sesuatu kuasa itu kerana mereka lupa kepada tanggungjawab mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat dibiarkan lapar yang akhirnya ada yang berpaling tadah membantu musuh atau mereka sekelian bergabung, meruntuhkan kerajaan mereka itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lihat sahaja Arab Spring. Ia terjadi kerana perut rakyatnya yang lapar itu tidak diisi. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih parah, kuasa luar juga datang membantu, memudahkan lagi kerja mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Akibat daripada terlalu banyak kerajaan yang gagal menjalankan kewajipan mereka terhadap rakyat, maka, politik dilihat sebagai kotor, sebagai salah satu cara manusia memenuhi tembolok mereka sahaja, mengkayakan diri dan keluarga. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun harapan kepada sebuah kerajaan yang adil, tidak pernah pudar. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan datang pula kumpulan yang mengaku akan bersikap adil bagi membela nasib rakyat, dan kemudiannya apabila berkuasa, mereka juga sama dengan kerajaan yang mereka jatuhkan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kekotoran politik ini, bukan menjadi sebab kepada kita untuk meninggalkan politik ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sama sebagaimana perkahwinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Cerai berai, keganasan rumahtangga, kegagalan mendidik anak-anak, merempat tiada rumah, sumbang mahram, semua itu berlaku di hadapan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi adakah kita mengisytiharkan perkahwinan itu kotor? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak sekali-kali kerana kebejatan ini berlaku kerana sikap pengamalnya, bukan sistem rumahtangga itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Musuh amat gembira jika rakyat sudah muak dengan politik, kerana memudahkan mereka merampas negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbagai cara mereka mahu membuatkan rakyat menjadi bosan dengan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Cara yang terkenal ialah dengan menyokong pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa sahaja yang dibuat kerajaan mereka akan membangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Termasuklah segala perkara yang baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Keserabutan ini akhirnya mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan, dan inilah yang mereka sasarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenanglah cara British memperbodohkan kita, menjauhkan kita dari politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga sekarang, ada gerakan yang kononnya mahukan rakyat menjadi kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Konon kerajaan gagal, tetapi rakyat tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana mereka mahu menjadi kerajaan tanpa organisasi yang jelas. <\/p>\n\n\n\n<p>Berkerja bersama-sama di media sosial sememangnya mudah, tetapi apabila kerajaan jatuh, mereka pula yang akan berebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemikiran ini sangat jelas, hanya mahu menjadi pengacau kepada kestabilan politik negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak sedar, mereka didalangi oleh kumpulan yang merancang bagi merampas kekuasaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia lebih sesuai dengan perlawanan politik secara berdepan dengan gabungan politik yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sah menurut undang-undang dan kita tahu apa tawaran mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Membuat kempen politik kotor, hanyalah sebahagian daripada cara mereka mahukan rakyat menjauhkan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika politik kotor, nanti rakyat akan tinggalkan politik dan kerajaan mungkin jatuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian kuasa negara, mahu tidak mahu, mesti dipegang bagi mentadbir. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang akan pegang? <\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya orang yang jahat, kerana orang yang baik, tidak mahu lagi memegang benda kotor.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka bermulalah episod duka kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka akan menjadi lebih ganas dan agresif kerana mahu mempertahankan kuasa mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Duduklah kita di bawah kuasa jahat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ingat, ketua yang jahat adakah kerana rakyat yang jahat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan diangan untuk duduk di bawah kerajaan rasulullah jika kita sendiri kucar kacir. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau jika kita hidup dizaman itu, mungkin kita menjadi lawan rasulullah, kerana jahatnya kita. Nauzubillah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak percaya? <\/p>\n\n\n\n<p>Lihatlah bagaimana sikap syukur kita dengan apa yang diberikan sebagai bantuan kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mulut kita penuh dengan kritikan, bagaikan rezeki Allah itu tidak cukup dan amat sial pada pandangan mata kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak terhenti setakat itu, dihasutnya pula orang lain, agar sama-sama tidak bersyukur. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini terjadi ketika wabak sedang berlangsung. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada langsung rasa ketundukan kepada Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah dia sebenarnya ciri-ciri politik kotor atau politik celaka yang dimainkan golongan jahil.<\/p>\n\n\n\n<p>Politik sebeginilah yang mesti kita jauhi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedaya upaya dan sekuat tenaga yang ada, kita laksanakan Islam dalam politik, bukan meninggalkannya atau menjadikannya semakin parah, semakin jijik dengan kekotoran yang sebenarnya dibawa oleh mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kitalah yang mesti menjadi pembersih kepada kekotoran politik itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kita yang mengikut jejak langkah politikus kafir atau jahil yang tiada landasan agamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada titik inilah yang membezakan politik Islam yang suci, dengan politik kotor dari buah fikiran kafir.<\/p>\n\n\n\n<p>Terima kasih kepada barisan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terengganu atas kesungguhan mencari jalan menghulurkan bantuan kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, ia duit rakyat, tetapi pengurusannya mesti di bawah kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau adakah mereka mahu menguruskan sendiri duit rakyat ini kerana dakwa mereka menjadi Kerajaan Rakyat? <\/p>\n\n\n\n<p>Akan hancurlah kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan tidak gagal, yang gagal ialah rakyat yang tidak mahu bersyukur, gagal menuruti arahan kerajaan dan sentiasa membangkang, tanpa alasan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Politik, banyak definisi dan ungkapan yang diberikan oleh cendikiawan. Paling diingati ialah Niccol\u00f2 Machiavelli yang begitu terkenal dengan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6928,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-6927","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6927","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6927"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6927\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6929,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6927\/revisions\/6929"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6928"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6927"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6927"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6927"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}