{"id":6948,"date":"2021-06-04T08:28:59","date_gmt":"2021-06-04T08:28:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=6948"},"modified":"2021-06-04T08:29:03","modified_gmt":"2021-06-04T08:29:03","slug":"pandemik-dalam-islam-siri-3","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/04\/pandemik-dalam-islam-siri-3\/","title":{"rendered":"Pandemik Dalam Islam \u2013 Siri 3"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>PANDEMIK DAN ULAMAK SILAM<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Penyakit dan wabak itu suatu yang normal berlaku dalam mana-mana kelompok masyarakat dengan berbagai-bagai faktor.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah mencatatkan beberapa pandemik pernah melanda wilayah-wilayah Islam zaman silam seperti Syam, Mesir, Maghribi, Iraq, Andalus (Spanyol) dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Islam menggalakkan berubat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada kita jumpa atau tidak, ubat itu sentiasa ada di sekitar kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ahli perubatan masih buntu mencari penyelesaian sesuatu penyakit, janganlah kata tak ada ubat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi beradablah dengan berkata, masih belum ditemui ubat atau penawarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Usamah bin Syarik meriwayatkan sekumpulan A\u2019rabi bertanya, adakah berdosa jika mereka sakit lalu tidak berubat. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasulullah SAW menjawab:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\"> \u062a\u062f\u0627\u0648\u064e\u0648\u0627 \u0639\u0628\u0627\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0641\u0625\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0633\u0628\u062d\u0627\u0646\u064e\u0647\u064f \u0644\u0645 \u064a\u0636\u0639 \u062f\u0627\u0621\u064b \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0648\u0636\u0639\u064e \u0645\u0639\u064e\u0647\u064f \u0634\u0641\u0627\u0621\u064b \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0647\u0631\u0645\u064e<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerubatlah wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan bersamanya ubat, kecuali tua.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>(Hadis sahih riwayat Ibnu Majah, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)<\/p>\n\n\n\n<p>Khalid bin Saad pula meriwayatkan beliau bermusafir bersama Ghalib bin Abjar. <\/p>\n\n\n\n<p>Di pertengahan jalan Ghalib jatuh sakit, lalu dia diziarahi oleh Abdullah bin Muhammad bin Abd Rahman bin Abu Bakar As Siddiq radhiallahu anhu. <\/p>\n\n\n\n<p>Abdullah berkata, rawatlah dia dengan hubaibatus sauda\u2019 (tasghir habbatus sauda\u2019) Tumbuklah 5 atau 7 ulas. <\/p>\n\n\n\n<p>Titiskan minyaknya ke dalam setiap lubang hidungnya, kerana Aisyah memberitahuku bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0625\u0646\u064e\u0651 \u0647\u0630\u0650\u0647 \u0627\u0644\u062d\u064e\u0628\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0648\u0652\u062f\u064e\u0627\u0621\u064e \u0634\u0650\u0641\u064e\u0627\u0621\u064c \u0645\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u062f\u064e\u0627\u0621\u064d\u060c \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0627\u0645\u0650 \u0642\u064f\u0644\u062a\u064f: \u0648\u0645\u0627 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0627\u0645\u064f\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0627\u0644\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u064f.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesungguhnya habbatus sauda\u2019 ini adalah ubat bagi semua penyakit kecuali as-sam.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>Aku (Aisyah) bertanya, Apa itu as-sam? <\/p>\n\n\n\n<p>Baginda menjawab, \u201cMati.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Ertinya hanya tua dan mati sahaja tiada ubat untuk dihidupkan kembali atau dimudakan kembali. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>PROSES RAWATAN DAN BERUBAT<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Berubat bukan sekadar menelan ubat, tetapi ia boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah yang digariskan oleh ahli-ahli perubatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saidina Amru bin Al As dalam menyelesaikan pandemic taun Amwas (18H) memerintahkan rakyat supaya berpindah ke kawasan tinggi kerana udaranya lebih baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ikhtiarnya menemui kejayaan apabila wabak taun Amwas berjaya dihapuskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang sejarah juga menyaksikan, Allah bukan sekadar menyediakan bahan yang menjadi ubat, bahkan juga menyediakan manusia untuk membimbing orang ramai keluar dari krisis kesihatan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dinamakan tabib, doktor dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Zaman dahulu ramai tokoh yang berkhidmat sebagai tabib dan dalam masa yang sama mereka juga adalah faqih, hafiz dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, wujud kerjasama antara para ilmuan dan pihak pemerintah dalam menangani wabak yang melanda. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemerintah mengarahkan rakyat bertaubat dari segala dosa. <\/p>\n\n\n\n<p>Para ilmuan pula mencari jalan penyelesaian secara saintifik.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>AR RAZI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 250H (864M) lahir seorang tokoh perubatan Islam yang ulung, Abu Bakar Muhammadd bin Yahya bin Zakaria Ar Razi di Ar Ray, Iran. <\/p>\n\n\n\n<p>Ar Razi mengarang kitab perubatan berjudul \u0627\u0644\u062d\u0627\u0648\u0649 \u0641\u0649 \u0627\u0644\u0637\u0628 yang menjadi rujukan bagi ahli-ahli perubatan di Greek selama 400 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Ar Razi menulis secara terperinci tentang penyakit kusta dan kaedah rawatannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga antara yang awal menulis tentang gejala campak dan cacar. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menerangkan secara terperinci beza antara campak dan cacar. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada zaman belum ada peralatan canggih untuk mengesan dan mendiagnos penyakit, Ar Razi sudah bercakap tentang perlunya dibuat pemeriksaan paru-paru, jantung, tekanan darah dan pemeriksaan tahi bagi merawat penyakit campak dan cacar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyatakan bahawa kegagalan mengawal suhu badan boleh mengakibatkan merebaknya kudis pada tubuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Ar Razi meninggal dunia pada tahun 311H (923M). <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Allah merahmatinya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>IBNU SINA<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Lebih kurang 70 tahun berikutnya lahir pula seorang lagi tokoh perubatan ummah iaitu Abu Ali Al Husain bin Abdullah bin Al Hasan bin Ali bin Sina. <\/p>\n\n\n\n<p>Masyhur dengan gelaran Ibnu Sina 370-427H (980-1037M).<\/p>\n\n\n\n<p>Ibnu Sina menghasilkan 200 kitab pelbagai bidang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perubatan beliau menulis \u0627\u0644\u0642\u0627\u0646\u0648\u0646 \u0641\u0649 \u0627\u0644\u0637\u0628. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada zamannya berlaku pandemik yang digelar sebagai taun \u0627\u0644\u0645\u0648\u062a \u0627\u0644\u0623\u0633\u0648\u062f (kematian hitam), Ibnu Sina menyifatkan ia berpunca dari sejenis makhluk yang terlalu halus (virus), tidak dapat dilihat dengan mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia merebak dengan cepat dan singgah pada tangan, muka, rambut dan pakaian menyebabkan mangsa menjadi demam dan mengakibatkan kematian hitam (taun).<\/p>\n\n\n\n<p>Dikatakan Ibnu Sina mencadangkan penyelesaiannya dengan kaedah mengasingkan diri (kuarantin) selama 40 hari. <\/p>\n\n\n\n<p>Segala aktiviti perhimpunan manusia hendaklah dihentikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Amalan berjabat tangan juga ditangguhkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua itu bersifat sementara untuk menyekat atau memutuskan rantaian virus berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan untuk selamanya dan bukan untuk mengubah hukum Allah.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>IBNU AL KHATIB<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>300 tahun kemudian, wabak yang hampir sama melanda Eropah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dikatakan 30% penduduk Eropah (20 juta) terkena wabak ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian benua Eropah berada di bawah pemerintahan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu Allah munculkan pula seorang lagi tokoh perubatan Islam iaitu Muhammad bin Abdullah bin Said bin Ali bin Ahmad As Salmani Al Khatib. <\/p>\n\n\n\n<p>Dikenali dengan gelaran Lisanuddin Ibnu Al Khatib. <\/p>\n\n\n\n<p>Lahir pada 713H (1313M) di Loja, Sepanyol dan kemudiannya menetap di Granada.<\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu remaja, Ibnu Al Khatib merantau ke benua Afrika untuk menuntut ilmu di Universiti Al Qurawiyyin di bandar Fes, Maghribi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau seorang penyair, ahli sejarah, dolyor, ahli politik dan faqif dalam mazhab Maliki.<\/p>\n\n\n\n<p>Di zamannya pandemik yang melanda Eropah dipanggil sebagai taun Aswad (taun hitam). <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berlaku antara tahun 1347 hingga 1352M.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memutuskan rantaian virus ini, Ibnu Al Khatib menulis satu panduan. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara lain beliau menyebut, \u201cSesungguhnya menerusi proses uji kaji, penyelidikan, pemeriksaan, pemerhatian dan berita-berita yang dilaporkan mendapati sesiapa yang bergaul dengan pesakit ini dia akan binasa. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Siapa yang menjauhinya akan selamat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menarik, beliau hidup pada zaman vaksin belum dicipta, tetapi beliau sudah bercakap tentang keperluan imunisasi untuk perkuatkan daya ketahanan tubuh melawan penyakit. <\/p>\n\n\n\n<p>Ibnu Al Khatib meninggal dunia pada 776H (1374M).<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan tulisan dan kaedah rawatan tokoh-tokoh silam ini, kita dapati SOP yang diamalkan hari ini bukanlah sms dari WHO semata. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan juga wasiat dari konco-konco dajal seperti yang didakwa. <\/p>\n\n\n\n<p>Jauh sekali telegram dari zionis Israel!<\/p>\n\n\n\n<p>Soal penjarakan sosial, penangguhan perhimpunan manusia, larangan merentas sempadan, lock down, keperluan vaksinasi dan sebagainya ini telahpun menjadi amalan perubatan Islam zaman berzaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan sebahagiannya telah wujud sejak zaman Saidina Umar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekian.<\/p>\n\n\n\n<p>Aris Hazlan Ismail<\/p>\n\n\n\n<p><strong><a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/03\/pandemik-dalam-islam-siri-1\/\">Siri 1<\/a><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong><a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/03\/pandemik-dalam-islam-siri-2\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/03\/pandemik-dalam-islam-siri-2\/\">Siri 2<\/a><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PANDEMIK DAN ULAMAK SILAM Penyakit dan wabak itu suatu yang normal berlaku dalam mana-mana kelompok masyarakat dengan berbagai-bagai<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6921,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-6948","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6948","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6949,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6948\/revisions\/6949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6921"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}