{"id":7026,"date":"2021-06-08T15:55:25","date_gmt":"2021-06-08T15:55:25","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7026"},"modified":"2021-06-08T15:55:28","modified_gmt":"2021-06-08T15:55:28","slug":"abnaul-harakah-berhati-hati-dengan-berita-dusta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/08\/abnaul-harakah-berhati-hati-dengan-berita-dusta\/","title":{"rendered":"Abnaul Harakah Berhati-Hati Dengan Berita Dusta"},"content":{"rendered":"\n<p>Hari ini mengambil sedikit masa membaca sirah tentang Hadith Al-Ifk (Peristiwa Dusta) yang terkena kepada isteri Nabi, iaitu Aisyah r.a. <\/p>\n\n\n\n<p>Fitnah dan berita dusta yang dimainkan untuk mengaibkan keluarga Nabi S.A.W.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggalah Allah Taala menurunkan ayat membersihkan nama baik Aisyah r.a dari fitnah yang telah dibuat itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelumnya, masing-masing keliru dan berada dalam keadaan celaru. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada mahu mempercayai atau mahu memungkiri berita tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita sebagai ahli gerakan Islam juga, berhadapan dengan berita-berita yang hampir sama tujuannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Berita-berita yang mahu mengaibkan pimpinan dan memecah belahkan jemaah yang kita intima\u2019kan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terkadang, ada abnaul harakah yang terkeliru dengan berita-berita yang datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Benar atau tidak.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih mengejutkan jika kita membaca Surah An-Nuur ayat 11, yang menyebutkan berita berita fitnah ini disambut dan disebarkan dari kalangan kita sendiri juga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\"> \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u064a\u0646\u064e \u062c\u0627\u0624\u064f\u0648 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0641\u0652\u0643\u0650 \u0639\u064f\u0635\u0652\u0628\u064e\u0629\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesungguhnya orang-orang yang datang membawa berita bohong itu adalah golongan kamu juga\u2026\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, perlulah difahami terdapat juga berita-berita dusta yang ada dalam gerakan Islam sebenarnya dibawa dan disebarkan oleh kalangan ahli gerakan itu juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli gerakan Islamlah yang memfitnah dan mengadu domba sesama ahli gerakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang cuba menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mengajar ahli untuk lebih bersangka buruk daripada bersangka baik kepada pimpinan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas, sebarang berita yang bercerita perihal buruk sesama ahli gerakan apatah lagi pimpinan, haruslah ditapis dan dihentikan walaupun datang daripada \u2018orang kita\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana jelas dalam hadis nabi menunjukkan salah satu dugaan kepada orang beriman adalah orang beriman juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Iaitu dugaan orang beriman yang dengki kepada orang beriman yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Dr Fathi Yakan dalam buku Bahtera Penyelamat telah nyatakan perihal ini dengan penuh teliti. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga mahu tegakkan Islam, mereka juga punya semangat berkobar namun nun disudut hatinya terdapat perasaan dengki. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai asbab boleh menghasilkan dengki, antaranya adalah rasa kurang kasih sayang dan juga kurang perhatian, tiada sokongan dan mahukan jawatan, mengejar nama (populis) dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahana dengki inilah melahirkan keghairahan mencipta berita-berita untuk meruntuhkan orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menunggang gerakan Islam bagi melunaskan dengki mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekian banyak tuduhan-tuduhan palsu dicipta untuk mengobarkan kebencian dan permusuhan yang didorong oleh perasaan dengki dan khianat. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Banyak jemaah yang berpecah-belah kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati; membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah Subhanahu Wata\u2019ala, \u2014 Tuhan alam semesta.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, jika kita bertemu dengan penulisan yang cuba membuka langkah pendustaan atas asas kedengkian ini, hendaklah sedar bahawa mereka itu batu api yang mahu membakar keteguhan jemaah yang kita sayangi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Fahmi Mokhtar<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini mengambil sedikit masa membaca sirah tentang Hadith Al-Ifk (Peristiwa Dusta) yang terkena kepada isteri Nabi, iaitu<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7027,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7026","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7026","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7026"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7026\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7028,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7026\/revisions\/7028"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7027"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}