{"id":7092,"date":"2021-06-11T08:21:14","date_gmt":"2021-06-11T08:21:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7092"},"modified":"2021-06-11T08:56:07","modified_gmt":"2021-06-11T08:56:07","slug":"buat-buat-bodoh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/11\/buat-buat-bodoh\/","title":{"rendered":"Buat-Buat Bodoh"},"content":{"rendered":"\n
Mulanya aku rasa nak menulis berkenaan politik. <\/p>\n\n\n\n
Tetapi situasi politik negara, tidak sebagaimana yang diharapkan. <\/p>\n\n\n\n
PM masih lagi TS Muhyiddin Yassin, MB Kedah tidak jadi dikutuk, MB Terengganu masih kekal pada posisinya, YDPA juga tidak membubarkan Parlimen sebagaimana yang diuar-uarkan, Mahfuz Omar masih menunggu tawaran merakam album atau single pertamanya dan seperti yang kita semua jangka dan doakan, Anwar masih lagi menjadi PM menunggu. <\/p>\n\n\n\n
Alhamdulillah tiada perubahan besar politik.<\/p>\n\n\n\n
Jadi rasanya sementara menunggu gegaran politik yang mungkin akan dilakukan oleh pembangkang, ada lebih baik kita masuk sekejap ke dapur, tempat wanita berkumpul. <\/p>\n\n\n\n
Tajuk membawang yang sedang hangat sekarang ialah wanita perlu buat-buat bodoh, supaya tidak kelihatan terlalu berkuasa di hadapan lelaki bagi memudahkan jodoh. <\/p>\n\n\n\n
Begitulah secara ringkasnya.<\/p>\n\n\n\n
Kemudiannya datanglah bangkangan daripada golongan terpelajar, tetapi masih mentah dalam pengalaman hidup. <\/p>\n\n\n\n
Tidak bersetuju kerana wanita mesti disama tarafkan dengan lelaki, sambil mengungkit, ibunya tidak pernah mengajar hal sedemikian. <\/p>\n\n\n\n
Dan seperti biasa, netizen segera bertindak menjalankan kerja-kerja mereka. <\/p>\n\n\n\n
Ada yang menyokong pencadang, ada pula menyokong pembangkang. Netizen tak pernah buat-buat bodoh. <\/p>\n\n\n\n
Yang selalunya akan buat-buat pandai.<\/p>\n\n\n\n
Pada setiap perkara dalam perbincangan, kita kena rujuk kepada tanda aras. <\/p>\n\n\n\n
Tanda aras, jika tidak sama, maka jadilah kita membandingkan oren dengan epal. <\/p>\n\n\n\n
Tanda aras kita sebagai umat Islam, pastilah kepada apa yang dikehendaki agama. <\/p>\n\n\n\n
Maka jika dilihat dari sudut pandang agama, merendah diri itu adalah perbuatan mulia, apatah lagi dengan perkara yang bukan dasar. <\/p>\n\n\n\n
Jika hal asas, barulah kita bangun melawan, tunjukkan kecerdikan kita.<\/p>\n\n\n\n
Sudah diperlihatkan kepada kita betapa jika hal-hal yang tidak besar seperti furuk, diperdebatkan kerana mahu mempertahankan kepandaian, akan membawa kepada perpecahan, memutuskan persaudaraan dalam Islam. <\/p>\n\n\n\n
Tidak sedikit, sehingga ada yang bunuh membunuh. <\/p>\n\n\n\n
Begitulah kesan daripada membiarkan hal kecil diperbesarkan. <\/p>\n\n\n\n
Apa yang dimaksudkan ialah lelaki biasanya tidak mahu mengaku kalah. <\/p>\n\n\n\n
Jadi daripada dilhat panas dengan perkara yang tidak membawa manafaat, lebih baik didiamkan sahaja. <\/p>\n\n\n\n
Nampak seperti bodoh, tapi menanti peluang lain untuk memperbetulkannya.<\/p>\n\n\n\n
Mengheret ibu dalam perbincangan seperti ini, tidaklah membawa apa-apa makna kerana ibu bukanlah rujukan dalam agama. <\/p>\n\n\n\n
Dan ibu juga bukan satu-satunya manusia yang maksum. <\/p>\n\n\n\n
Apatah lagi jika si ibu pernah mempertahankan pakaian seksi yang dipakai anaknya. <\/p>\n\n\n\n
Mata kita boleh melihatnya. <\/p>\n\n\n\n
Tetapi bila saya sebutkan ini, ia mungkin membawa kepada serangan peribadi. <\/p>\n\n\n\n
Maaf bukan niat saya tetapi sekadar menyedarkan apa dan siapa tanda aras kita yang sepatutnya. <\/p>\n\n\n\n
Allah dan rasul tanda aras kita. <\/p>\n\n\n\n
Oleh itu, menundukkan diri kepada lelaki, bukanlah sesuatu yang hina jika dipandang dari sisi Islam, asalkan bukan hal yang haram.<\/p>\n\n\n\n
Sebab itu hadis Rasulullah menyebutkan jika ada manusia yang layak disujud, maka akan disuruh isteri sujud kepada suami. <\/p>\n\n\n\n
Adakah ini merendahkan kemuliaan wanita? <\/p>\n\n\n\n
Tidak kerana isteri jika rosak, akan rosaklah sekelian rumahtangga. <\/p>\n\n\n\n
Begitulah keperluan wanita dalam Islam yang tidak disedari. <\/p>\n\n\n\n
Adakah hina Khadijah apabila habis hartanya kepada dakwah Rasulullah? <\/p>\n\n\n\n
Jika ia berlaku sekarang, apa tanda aras kita? <\/p>\n\n\n\n
Mungkin Khadijah akan dikutuk netizen kerana dianggap ‘bodoh’ menghabiskan hartanya kepada Rasulullah.<\/p>\n\n\n\n
Ahli politik adalah golongan yang paling pandai buat-buat bodoh. <\/p>\n\n\n\n
Bayangkan terkadang mereka dihina di hadapan orang ramai oleh orang yang tak tahu adab. <\/p>\n\n\n\n
Tetapi tetap dilayan dengan senyuman, mengambil semua info-info yang diberikan. <\/p>\n\n\n\n
Siap bergambar lagi. <\/p>\n\n\n\n
Ya ia memang untuk satu undi. <\/p>\n\n\n\n
Satu undi daripada hakim yang bijaksana, sama nilai dengan satu undi daripada penagih dadah yang bodoh. <\/p>\n\n\n\n
Tetapi akhirnya jika menang, mereka akan mendapat kuasa dan melaksanakan kewajipan mengikut kemampuan. <\/p>\n\n\n\n
Inilah buat-buat bodoh yang cerdik.<\/p>\n\n\n\n
Fitnah paling besar yang disebut Rasulullah ialah wanita. <\/p>\n\n\n\n
Maka sama-sama kita jaga fitnah ini. <\/p>\n\n\n\n
Pun begitu, tidaklah dinafikan ramai lelaki yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka, sebagaimana wanita yang keras kepala itu. <\/p>\n\n\n\n
Lelaki banyak yang merosakkan wanita. <\/p>\n\n\n\n
Tetapi kesan kepada kedegilan wanita, lebih teruk, sebab fitrah wanita itu sopan dan santun.<\/p>\n\n\n\n
Peribahasa orang tua-tua dahulu menyebut memelihara kerbau sekandang lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan. <\/p>\n\n\n\n
Bukan bermakna anak perempuan itu disamakan dengan kerbau. <\/p>\n\n\n\n
Tetapi kepayahan menjaga mereka dari fitnah itu. <\/p>\n\n\n\n
Sebab itu wanita tidak pernah dibiarkan keseorangan. <\/p>\n\n\n\n
Jika ada ayah, ayahlah walinya, jika tidak, abangnya, datuknya, bapa saudaranya sehinggalah kepada sultan. <\/p>\n\n\n\n
Menunjukkan kepada betapa seriusnya sayang Allah kepada wanita, takut menjadi fitnah. <\/p>\n\n\n\n
Adakah golongan sekarang faham hal ini, jika tidak dibaca mengikut tanda aras agama?<\/p>\n\n\n\n
Saya tidak mahu mengulas tentang ramainya wanita yang masih belum berkahwin dan kesannya kepada masyarakat. <\/p>\n\n\n\n
Mereka juga memerlukan lalaki untuk disayangi. <\/p>\n\n\n\n
Sebab jika saya bercakap banyak hal ini, nanti dituduh mahu mengambil kesempatan mahu beristeri lebih. <\/p>\n\n\n\n
Niat saya mahu membantu sahaja, memenuhi slogan poligami adalah mengenai memberikan maksima empat wanita seorang suami sebagai tempat berlindung dan bukannya memberikan suami empat isteri sebagai tempat berseronok. Nampak?<\/p>\n\n\n\n
Cerita di bawah bagi anda mengkelasifikasikan adakah ia bodoh, buat-buat bodoh atau buat-buat pandai:<\/p>\n\n\n\n
Isteri: Abang kereta enjin mati ni
Suami: Sebab apa?
Isteri: Entah, nampak macam tanda macam pelita Aladin naik ni, warna merah.
Suami: Ooo minyak pelincir masalah tu. Abang takut minyak kering. Cuba buka bonet enjin tengok.
Isteri: Bukanlah, minyak banyak lagi ni. Minyak kan kat dalam tangki, mana pulak kat enjin.
Suami: Minyak pelincir, bukan petrol.
Isteri: Nak buka macamana?
Suami: Nampak tak tombol bawah steering tu ada gambar bonet, tarik yang tu.
Isteri: OK dah tarik. Tapi takleh buka bonet ni
Suami: Tengok ada lock dia kat bawah tu. Angkat lock tu, lepas tu angkat bonet, sendal dengan batang besi situ.
Isteri: OK dah buka.
Suami: Nampak tak tangki minyak pelincir. Buka tengok minyak ada ke tak.
Isteri: Mana ada bang tangki minyak tu.
Suami: Ada, carilah penutup warna hitam tu dia tulis OIL.
Isteri: Takde lah bang, abang ni ntah apa-apa jer
Suami: Adalah. Tengok betul-betul
Isteri: Dah tengoklah ni, saya ada depan enjin ni, abang bukan ada sini, saya tahulah. Takde tudung hitam tulis OIL.
Suami: Macamana boleh takde ada.
Isteri: Kalau tulis nombor adalah. Nombor 710. Huruf takde.
Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
Mulanya aku rasa nak menulis berkenaan politik. Tetapi situasi politik negara, tidak sebagaimana yang diharapkan. PM masih lagi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7096,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7092","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7092","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7092"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7092\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7104,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7092\/revisions\/7104"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7096"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7092"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7092"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7092"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}