{"id":7142,"date":"2021-06-14T14:34:58","date_gmt":"2021-06-14T14:34:58","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7142"},"modified":"2021-06-14T14:59:28","modified_gmt":"2021-06-14T14:59:28","slug":"kesatuan-sebagai-solusi-pembebasan-baitulmaqdis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/14\/kesatuan-sebagai-solusi-pembebasan-baitulmaqdis\/","title":{"rendered":"Kesatuan Sebagai Solusi Pembebasan Baitulmaqdis"},"content":{"rendered":"\n<p>\u201cSejarah itu berulang dengan sendirinya\u201d, demikian ungkapan pepatah Arab. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah sepatutnya memberi pengajaran untuk kita teladani dan mengambil iktibar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah mencatatkan bahawa perpecahan umat Islam berlaku selepas wafatnya Rasulullah SAW pada tahun ke-11 Hijrah dan bermulanya peristiwa Riddah iaitu ramai yang keluar dari agama Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan menjadi lebih buruk apabila muncul nabi-nabi palsu seperti Musailamah bin Tsumamah al-Kazzab, Abhalah bin Kaab al-\u2018Ansi dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kalangan mereka yang tidak mengisytiharkan keluar daripada agama Islam, terdapat pula golongan yang enggan membayar zakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua ini dihadapi oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA yang baru dilantik menggantikan tempat Rasulullah SAW sebagai ketua negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Berlaku beberapa siri peperangan yang mengorbankan ramai para sahabat RA ketika menentang golongan yang sesat itu kesemuanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah masalah dalaman umat Islam ini selesai dan bertaut semula kesatuan umat, maka di bawah pimpinan Khalifah Umar bin al-Khattab RA berlakulah pembukaan Kota Baitulmaqdis pada tahun ke-15 Hijrah (637 Masihi). <\/p>\n\n\n\n<p>Khalifah Umar RA datang sendiri ke Syam untuk menerima penyerahan kunci kota suci tersebut daripada Ketua Gereja Jerusalem, Patriach Sophronius. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah memasuki tanah suci itu, Khalifah Umar RA telah mewakafkan kota Baitulmaqdis termasuk dataran Masjid al-Aqsa kepada seluruh umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna menjadi tanggungjawab setiap muslim di seluruh dunia untuk mempertahankannya daripada sebarang pencerobohan dan penaklukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah berlalu kira-kira 400 tahun, umat Islam berpecah lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini perpecahan kepada aliran-aliran akidah, pemikiran, falsafah hatta perkara-perkara yang ranting dalam bidang fiqh. <\/p>\n\n\n\n<p>Berlaku perebutan kuasa, lalu wilayah-wilayah Islam dikenali mengikut aliran-aliran tertentu, bahkan dapat dikenal pasti melalui seruan azan di corong-corong menara masjid. <\/p>\n\n\n\n<p>Suasana ini memberi laluan mudah kepada Tentera Salib menakluki Jerusalem pada tahun 1099 Masihi dan Masjid al-Aqsa jatuh ke tangan musuh-musuh Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak lama setelah itu muncul tokoh yang namanya sehingga kini terpahat dalam sejarah di timur dan barat, iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi RH atau dikenali sebagai Saladin dalam dunia barat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sultan Salahuddin memulakan langkahnya untuk membebaskan Baitulmaqdis dengan menyatukan umat Islam yang berpecah. <\/p>\n\n\n\n<p>Baginda yang berketurunan bangsa Kurdi telah menyatukan kabilah-kabilah Arab dan kuasa-kuasa Islam yang berpecah selepas keruntuhan Bani Abbasiyah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kesatuan umat Islam ini, mereka mara mengempur Tentera Salib dalam Perang Hittin seterusnya membebaskan semula Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa pada tahun 1187 Masihi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanah suci yang diwakafkan oleh Khalifah Umar RA telah berjaya ditebus kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>Bumi Palestin berada di bawah pemerintahan Islam sehinggalah runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. <\/p>\n\n\n\n<p>Berlaku perpecahan wilayah-wilayah Islam kepada negara-negara kecil, perpecahan inilah yang mewujudkan apa yang dipanggil sebagai negara-negara bangsa (nation states). <\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 15 Mei 1948, negara haram Israel diisytiharkan di atas titisan darah dan air mata bangsa Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Malapetaka ini disebut sebagai Peristiwa Nakbah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada lagi pembelaan dari khilafah Islamiyyah, tiada negara-negara Arab yang datang membantu sehingga berlaku peluasan wilayah jajahan selama hampir 20 tahun dan pencerobohan Baitulmaqdis pada tahun 1967. <\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara Arab bangkit atas nama perkauman berperang ibarat melepaskan batuk di tangga. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tempoh hanya 6 hari, tentera Israel mengisytiharkan mereka telah mengalahkan pakatan tentera negara-negara Arab. <\/p>\n\n\n\n<p>Peristiwa yang memalukan itu dikenali sebagai Naksah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini keadaan tidak banyak berubah, umat Islam masih berpecah. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih buruk terdapat negara-negara Arab dan umat Islam yang mengikut telunjuk sekutu negara haram Israel iaitu Amerika Syarikat.<\/p>\n\n\n\n<p>Berlaku proses normalisasi untuk mengiktiraf dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Kempen Penyelesaian Dua Negara (Two States Solution) untuk melobi kepentingan hubungan dagangan dan jaminan keamanan di rantau Timur Tengah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin-pemimpin umat Islam terus bertelingkah dan berpecah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya pepatah Arab berbunyi \u201cSejarah itu berulang dengan sendirinya\u201d, maka jalan untuk mengembalikan sejarah pembebasan bumi Palestin hanyalah dengan kesatuan sebagaimana zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab RA dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi RH. <\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara Arab dan umat Islam mesti bergerak ke arah kesatuan sebagai solusi kepada masalah politik dan maruah agama yang tercalar selama lebih 70 tahun sehingga kini.<\/p>\n\n\n\n<p>YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cSejarah itu berulang dengan sendirinya\u201d, demikian ungkapan pepatah Arab. Sejarah sepatutnya memberi pengajaran untuk kita teladani dan mengambil<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7145,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[57],"tags":[58],"class_list":["post-7142","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-palestin","tag-palestin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7142","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7142"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7142\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7143,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7142\/revisions\/7143"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7145"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7142"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7142"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7142"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}