{"id":7280,"date":"2021-06-20T09:09:28","date_gmt":"2021-06-20T09:09:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7280"},"modified":"2021-06-20T09:09:30","modified_gmt":"2021-06-20T09:09:30","slug":"parti-futuristik-dan-fantastik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/20\/parti-futuristik-dan-fantastik\/","title":{"rendered":"Parti Futuristik Dan Fantastik"},"content":{"rendered":"\n<p>YB DATO\u2019 Takiyuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari parti PAS menyatakan Parlimen akan bersidang bulan September. <\/p>\n\n\n\n<p>Maknanya lagi 3 bulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu keluar setelah YDPA menitahkan agar diadakan \u2018secepat mungkin\u2019 tanpa menetapkan tarikh tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada orang marah-marahkan PN dan PAS kerana bagi mereka 3 bulan itu tidak cukup segera. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya bukanlah hendak \u2018back up\u2019 sesiapa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejujurnya, saya sendiri tertanya kenapa perlu tunggu 3 bulan? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa tidak lagi 3 minggu atau 3 hari?<\/p>\n\n\n\n<p>Ataupun, buat sahaja sebagaimana satu ucapan popular oleh seorang bakal PM, \u2018Hari ini kita menang, esok saya isytihar harga minyak turun!\u2019 <\/p>\n\n\n\n<p>Alangkah bagusnya jika \u2018hari ini YDPA umum, esok Parlimen buka!\u2019<\/p>\n\n\n\n<p>Apapun, ini bukanlah kali pertama orang marah dengan tindak-tanduk PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya tindak-tanduk politik PAS sangat \u2018unconventional\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Lain daripada yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya masih ingat semasa PAS bergaduh dengan DAP sehingga menghancurkan Pakatan Rakyat (PR) suatu masa dahulu sekitar tahun 2013-2015 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Waktu itu, ramai kawan-kawan saya cukup marah dengan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Teruk PAS kena hentam. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, jelas. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAS kekal bersama DAP dan PKR, nasibnya sama seperti PAN yang sudah jadi \u2018hidup segan, mati tak mahu\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Seni politik PAS memang \u2018pelik\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah PR terbubar pada 2015, PAS buat satu lagi gerakan politik yang sangat \u2018unconventional\u2019 dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 2018. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS memilih untuk bersendirian (bersama parti-parti kecil dalam Gagasan Sejahtera).<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang herdik \u2018pak lebai tak bijak politik\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila dikatakan, &#8220;PAS bukan gila kuasa. PAS lebih utamakan redha Allah berbanding kuasa,&#8221; maka lagi teruk PAS disindir dan ditertawakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang jangka PAS akan kalah teruk. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya masih ingat ada seorang pengulas politik yang kemudiannya menyertai PH mengatakan PAS akan jadi \u2018parti dinosaur\u2019, parti yang akan pupus dan dilupakan orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejujurnya, saya sendiri \u2018cuak\u2019 juga waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kasihan mengenangkan nasib PAS bila berjuang bersendirian. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, selepas PRU 2018, PAS menang bergaya di 18 kerusi Parlimen, kekal menguasai Kelantan dan berjaya pula menguasai Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada satu lagi tindakan politik PAS yang bagi saya sangat \u2018gila\u2019 yang tak terjangkau oleh pemikiran \u2018biasa-biasa\u2019 saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Seusai PRU 2018, PAS bersama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN). <\/p>\n\n\n\n<p>Aduh\u2026 20 tahun saya masuk PAS, 20 tahun saya diajar untuk lawan Umno, tiba-tiba nak suruh saya berkawan dengan Umno! <\/p>\n\n\n\n<p>Sesaknya dadaku!<\/p>\n\n\n\n<p>Namun hari ini, barulah saya sedar. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tiada MN, tiadalah PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan, jika tiada PN yang membentuk kerajaan selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan, barangkali hari ini kita masih terpaksa menonton drama perebutan kerusi PM antara DS Anwar dan Tun Mahathir. <\/p>\n\n\n\n<p>Cukup-cukuplah PH memerintah 22 bulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Waktu itu, puak-puak Komunis secara terang-terangan buat himpunan mengingati parti Komunis itu, orang bukan-Islam menghina Islam dan institusi Raja di media sosial secara terbuka, dan Lim Guan Eng pula yang jadi Menteri Kewangan tersalah titik perpuluhan itu membawa naratif \u2018rakyat mesti ikat perut kerana kerajaan hampir muflis\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan, jika itu semua dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda negara! <\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, kerosakan yang dibawa oleh PH itu dapat dihentikan hasil dari tindakan \u2018gila\u2019 PAS bermuafakat dengan Umno! <\/p>\n\n\n\n<p>Ada lagi tindakan politik PAS yang sangat \u2018unconventional\u2019 dan bersifat \u2018futuristik\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Iaitu dalam isu \u2018rancangan 16 September\u2019 yang berlaku pada 2008. <\/p>\n\n\n\n<p>Waktu itu PAS masih dalam Pakatan Rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>DS Anwar mahu gulingkan Kerajaan BN pimpinan Pak Lah dengan ambil sokongan MP BN dari Sabah dan Sarawak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama macam konsep \u2018kerajaan pintu belakang\u2019 yang PN buat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan yang terpekik \u2018mandat rakyat!\u2019 hari ini, kumpulan itulah juga yang cuba gulingkan kerajaan pilihan rakyat pada 2008. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, waktu itu, rancangan 16 September gagal kerana Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak bersetuju kerana kerajaan baru pimpinan DS Anwar itu akan menyebabkan Ahli Parlimen bukan-Islam menguasai majoriti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai betul orang marahkan Tuan Guru waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja orang PKR dan DAP marah, golongan \u2018jebon\u2019 dalam PAS juga cukup marah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak terkecuali, saya yang masih \u2018budak hingga hingusan\u2019 waktu itu, juga kecewa dengan Tuan Guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, hari ini baru kita sedar. <\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya-rupanya Kerajaan PH itulah kerajaan majoriti bukan-Islam yang Tuan Guru bimbangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya Tuan Guru terbukti benar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata sekali kerajaan majoriti bukan-Islam tidak akan dapat memelihara apatah lagi memperjuangkan agenda Islam yang dibawa PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah tindakan politik bersifat \u2018futuristik\u2019 PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Seolah-olah, Tuan Guru memiliki mesin masa untuk melihat kerosakan yang dibuat PH pada 2018, dan seterusnya kembali ke 2008 untuk gagalkan \u2018rancangan 16 September\u2019 DS Anwar!<\/p>\n\n\n\n<p>Benarlah kata almarhum Syeikh Said Ramadhan Al-Buti: <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFitnah (kerosakan) itu apabila ia datang, maka diketahui oleh orang alim. Dan apabila ia pergi, baru diketahui oleh setiap yang jahil.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Aduh, jahilnya aku\u2026 <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, walaupun saya tidak faham kenapa Parlimen tidak dibuka sepantas \u2018esok\u2019, saya boleh sahaja berlapang dada. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa pun, saya akui orang luar tetap marahkan Dato\u2019 Takiyuddin, PAS dan Kerajaan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang berkata:\u201cPAS menunggang agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Kan YDPA suruh segera! <\/p>\n\n\n\n<p>Dah tak jumpa Hadis taat perintah Sultan?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS sejak jadi kerajaan dah gila kuasa! Takut buat Sidang Parlimen demi kekal berkuasa\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa boleh buat\u2026 <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka belum cukup kenal hati budi PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Terhadap tuduhan dan tohmahan mereka, saya hanya perlu bersabar. <\/p>\n\n\n\n<p>Doakan yang baik-baik sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin Allah hendak beri pahala lebih kepada orang-orang PAS yang bersabar. <\/p>\n\n\n\n<p>BASRI DIN KAMAR <\/p>\n\n\n\n<p>HARAKAHDAILY<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>YB DATO\u2019 Takiyuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari parti PAS menyatakan Parlimen akan bersidang bulan September. Maknanya<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7281,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-7280","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7280","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7280"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7280\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7282,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7280\/revisions\/7282"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7281"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7280"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7280"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7280"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}