{"id":7442,"date":"2021-06-26T10:21:02","date_gmt":"2021-06-26T10:21:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7442"},"modified":"2021-06-26T10:21:04","modified_gmt":"2021-06-26T10:21:04","slug":"tuduh-kerajaan-gagal-jangan-jadi-ayam-jantan-ekor-bergelumang-najis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/26\/tuduh-kerajaan-gagal-jangan-jadi-ayam-jantan-ekor-bergelumang-najis\/","title":{"rendered":"Tuduh Kerajaan Gagal: Jangan Jadi Ayam Jantan Ekor Bergelumang Najis"},"content":{"rendered":"\n<p>Setiausaha PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir mempersoalkan apa lagi dimahukan oleh pihak yang mendakwa kerajaan gagal, sedangkan banyak yang telah dilakukan, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengakui ramai yang terkesan akibat langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) beliau menjelaskan usaha drastik ini bukanlah pilihan tetapi ia sesuatu yang perlu demi menyelamtkan nyawa, kepentingan dan masa depan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesungguhnya pandemik ini bukan ditanggung negara atau rantau kita sahaja tetapi ia turut menjejaskan dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Oleh itu masing-masing negara mengambil langkah yang perlu dan terbaik untuk menyelamatkan rakyat masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Agenda Daily hari ini melaporkan kritikan lembab, perlahan dan tidak efisien dalam memberikan vaksin kepada orang ramai seringkali dijadikan modal politik, kononnya kerajaan sekarang gagal dalam menyediakan vaksin secukupnya kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, secara faktanya pelaksanaan vaksinasi yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama petugas barisan hadapan lain boleh dianggap mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan dan usaha keras mereka wajar diberikan pujian.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut Roslan berkata sehingga semalam sahaja lebih tujuh juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk Malaysia dengan lebih lima juta penerima dos pertama dan 1,966,358 menerima suntikan dos kedua vaksin di bawah program kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna 5.3 peratus rakyat telah menerima kedua-dua dos dan jika kadar vaksinasi melebihi angka 250,000 sehari sebagaimana yang telah dicapai minggu lalu, menjelang pertengahan Julai sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat Malaysia telah menerima vaksin masing-masing, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan mengikut kerajaan dalam bulan Ogos disasarkan kadar vaksinasi ini mencecah 400,000 dos sehari dan ini kelak akan memungkinkan kita mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum hujung tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApakah yang rakyat Malaysia mahu? Rakyat Malaysia mahu kehidupan mereka kembali pulih seperti biasa, negara berjaya memutuskan rantaian Covid-19 dan kita mencapai imuniti kelompok sebagaimana disasarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang pasti ini bukan masanya menuding jari dan menyalahkan sesiapa, kita bersama memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan usaha untuk mencapai sasaran yang dimaksudkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Roslan berkata apa yang dikehendaki rakyat adalah kejayaan memerangi pandamik dan keluar daripada bebanan yang mencengkam hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika Darurat perlu ditamatkan 1 Ogos ini, tamatkanlah. Jika Parlimen perlu bersidang, bersidanglah, jika ia membantu memulihkan kehidupan rakyat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi janganlah pula digunakan Parlimen nanti sebagai gelanggang untuk menjadi jaguh, berkokok bagaikan ayam jantan tetapi ekor bergelumang najis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang rakyat mahu adalah jalan keluar dari kemelut ini, bukannya menaik atau menjatuhkan sesiapa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiausaha PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir mempersoalkan apa lagi dimahukan oleh pihak yang mendakwa kerajaan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7443,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7442","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7442","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7442"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7442\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7444,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7442\/revisions\/7444"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7443"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7442"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7442"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7442"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}