{"id":7460,"date":"2021-06-27T13:40:59","date_gmt":"2021-06-27T13:40:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7460"},"modified":"2021-06-27T13:44:10","modified_gmt":"2021-06-27T13:44:10","slug":"banyaknya-pahalamu-wahai-murabbiku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/27\/banyaknya-pahalamu-wahai-murabbiku\/","title":{"rendered":"Banyaknya Pahalamu, Wahai Murabbiku"},"content":{"rendered":"\n<p>Bercakap tentang ketokohan dan sumbangan Dato&#8217; Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang. <\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap tentang tribulasi dan sirah perjuangan yang dilalui. <\/p>\n\n\n\n<p>Izinkan aku susuli bercakap tentang amal dan pahala. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana inilah akhirnya menjadi tiket ke syurga. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika tiada lagi emas dan perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Pahalalah yang menentu kelayakan ke syurga. <\/p>\n\n\n\n<p>Sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi terhadap Islam dan umatnya amat besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Keterlibatan beliau di tanah air dan arena antarabangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Perjuangannya dari usia muda ketika belajar di Mesir hinggalah berulang ke IJN kini, memahatkan sejarah panjang yang gemilang seorang ulama besar bergelar murabbi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau adalah legasi roh Islam Kampung Rusila. <\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g8363cf\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g8363cf gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/Abdul-Hadi-Awang-01.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Ribuan masyarakat dari jauh dan dekat berhimpun mendengar kuliah tafsirnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak 1980an hingga sebelum PKP pertama 2020, beliau tekun mendidik muridnya untuk memahami kandungan isi Kalamullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah berjuta muridnya dari seorang profesional hinggalah ke pelajar sekolah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari seorang Imam dan pemimpin hinggalah si jahil yang mencari jalan kembali ke petunjuk Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah dua kali Tok Guru mengkhatamkan kuliah tafsirnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyaknya pahalamu, Tuan Guru. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun musuh seagama dan sebangsa terus mencacimu.<\/p>\n\n\n\n<p>Buku dan kitab yang dikarang sudah beratus-ratus jumlahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Segala cabang ilmu Islam digarap. <\/p>\n\n\n\n<p>Mencakupi pelbagai aspek Fekah, Tafsir, Politik, Aqidah dan Iman. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah jalan-jalan kemuliaan yang dirintis oleh para ulama silam. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak meninggalkan harta dan permata. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang diwariskan untuk ummah dan bangsanya ialah ilmu yang bermanfaat, penyuluh dunia, barzakh hingga akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyaknya pahalamu, Tuan Guru. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun musuh seagama dan sebangsa terus mencercamu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau adalah wakil pendamai antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Di mana Islam bertelingkah, beliau akan sampai untuk menyatukannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Aceh, Mindanao, Palestin dan Iraq, murabbi ummah ini membawa kata-katanya di dalam kitab ke lapangan hakikat. <\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-gc3d733\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-gc3d733 gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/06\/Abdul-Hadi-Awang-02.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Ilmu, akhlak dan keterampilannya diyakini dan dihormati. <\/p>\n\n\n\n<p>Di majlis-majlis besar antarabangsa, beliau adalah panel, beliau adalah jurubicara. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyaknya pahalamu Tuan Guruku. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun musuh sebangsa dan seagama tetap rakus persenda. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam banyak-banyak jasa TGHH, ada suatu jasa yang tak ternilai harganya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jasa paling tinggi dan paling mulia. <\/p>\n\n\n\n<p>Jasa menyelamatkan insan daripada bakaran api neraka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jasa akidah yang tiada taranya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan jasa ini, beliau difitnah dan dibenci. <\/p>\n\n\n\n<p>Berpuluh-puluh tahun jasanya diputar dan dimanipulasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dijadikan isu setiap kali hendak mengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tidak pernah menamakannya sebagai AMANAT. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi mereka mencatatnya kerana kata-katanya sungguh keramat. <\/p>\n\n\n\n<p>Pesan beliau dengan harapan aqidah ummah selamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara batas iman dan kufur, ummah diajar agar aqidah tak gugur. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau solat dan puasa ada sah batalnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Solat batal, rosak solat buat semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Puasa batal, rosak puasa ganti semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Aqidah batal, rosak aqidah, mengucap semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi apa yang diputarkan, kononnya Tuan Guru mengkafirkan orang yang berseteru dengannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Pesan aqidahnya berbunyi, \u201ckita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah difitnahkan sebagai mengkafirkan orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan isu aqidah inilah juga yang diangkat dalam buku Mustika Hadis terbitan Jabatan Perdana Menteri dan diberi kata pengantar oleh Almarhum Tun Abdul Razak. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang tak marah Jabatan Perdana Menteri tetapi orang marah dan benci tok guru. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kerana JPM itu di bawah kerajaan UMNO ketika itu manakala TGHH adalah tokoh PAS yang sedang naik menjadi teraju? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa dikatakan inilah jasa terbesar TGHH? <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini hampir tidak kedengaran lagi orang berkata politik suku, agama suku. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang tidak lagi beraqidah bahawa soal politik tiada kaitan dengan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna umat Islam di negara kita telah terselamat aqidah mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Terpulang kepada musuh sama ada mahu terima hakikat ini atau tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Tok Guru bukan berjuang untuk cari redha manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir 40 tahun Tok Guru difitnah, dicacimaki dan dibenci hanya kerana amanat yang dimanipulasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyaknya pahalamu Tuan Guruku. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana serangkap AMANAT kau dibelasah hingga ke hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Di era media sosial ini, makin banyak pahala percuma. <\/p>\n\n\n\n<p>Pahala sabar difitnah dan dicaruti. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbariskah para pemfitnah yang muflis di akhirat nanti? <\/p>\n\n\n\n<p>Tok Guru juga akan dapat pahala kerana memaafkan orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak mana orang berdosa dengan Tok Guru sampai saat artikel ini disiarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tok Guru terus mengarang buku ketika di IJN. <\/p>\n\n\n\n<p>Para pembencinya terus mengarang dosa untuk bekalan mati. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang benci Tok Guru kerana perjuangannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Padang Mahsyar, musuhnya merangkak mencari ampunnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejuklah pengikut, bernaung di bawah pimpinannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Allah terus memeliharamu, Tuan Guruku.<\/p>\n\n\n\n<p>MAMPU CENTRE<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bercakap tentang ketokohan dan sumbangan Dato&#8217; Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang. Bercakap tentang tribulasi dan sirah perjuangan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7463,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7460","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7460","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7460"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7460\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7465,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7460\/revisions\/7465"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7463"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}