{"id":7498,"date":"2021-06-29T08:10:46","date_gmt":"2021-06-29T08:10:46","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7498"},"modified":"2021-06-29T08:10:49","modified_gmt":"2021-06-29T08:10:49","slug":"nasi-kangkang-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/06\/29\/nasi-kangkang-politik\/","title":{"rendered":"Nasi kangkang politik"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam dunia politik, bagi mencapai maksud dan kehendak nafsu, kita tidak akan terlepas berhadapan dengan majoriti politikus yang tamak mencari kuasa atau kedudukan yang lebih tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Samada individu mahupun partai itu sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi pada kebanyakkan masa, kegilaan ini dimulakan oleh seseorang yang gilakan kuasa yang kemudiannya mempengaruhi sekelian pasukannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh kerana ketamakan ini, maka mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai sasaran politik mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan kata rakyat, malah agama juga sanggup mereka khianati. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malu, segan, takut kepada Allah, tidak membawa apa-apa makna lagi bagi golongan ini, kerana sudah dibelenggu dengan pemikiran mengejar tujuan nafsunya itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disebalik kegilaan mengejar dunia itu, akan ada pula satu lagi pihak yang memerhatikan gerak geri si gila ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu dipasang jerat politik dengan umpan dunia yang menggiurkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oportunis politik ini amat bijak dalam menjalankan tugasnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Si gila yang sedang bersungguh-sungguh inginkan kedudukan itu, segera menerkam umpan yang disediakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila termakan, ia sukar dilepaskan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu terikatlah mulutnya sentiasa pada kail yang dimakannya itu bersama umpan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi dia menjadi lupa kerana lazatnya rasa umpan itu, walaupun si pengumpan itu sedang mengheret mangsa kepadanya untuk dijadikan makanannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika ini, rakan-rakan si gila itu mula cuba membantu dengan menariknya untuk dilepaskan dari umpan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Samada dia akan menjadi mangsa atau terselamat, bergantung kepada kesungguhan beliau melepaskan diri dengan bantuan rakan-rakannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi jika kegilaan mahu mendapatkan kedudukan itu lebih dia mahukan, maka dia akan diangkat oleh si pengumpan untuk dijadikan mangsa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala rakan-rakan lamanya yang setia dahulu, akan perlahan-lahan meninggalkan dia yang sangat tegar mengejar impiannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Parti penghasut ini tidak pernah terjejas kumpulan mereka walau apa pun keadaan politik yang terjadi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak berpecah, tidak berbalah sesama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka bijak menggunakan peluang yang terbuka di depan mata. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala parti-parti lain yang bersama dengannya sering mengalami perpecahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimana ia berlaku? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah partai-partai politik yang itu amat naif dalam berstrategi?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila bersama parti Islam, parti Islam jadi berpecah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramai juga ahli keluar parti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawatan tertinggi dicabar dan yang keluar itu menjadi musuh yang ketat selepas keakraban persaudaraan yang telah dibina yang begitu panjang dalam jemaah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila parti perosak itu bersama parti campuran berbagai bangsa, gabungan mereka juga mengalami perpecahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila mereka bersama parti yang berteraskan bangsa yang menjadi kerajaan bersamanya, pun parti kawannya turut berpecah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala partinya, masih utuh bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan terakhir apabila dikaitkan ura-ura akan berganding dengan parti bangsa asal yang paling besar, belum apa-apa lagi, parti itu sudah pecah dua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah jelas menunjukkan akan keberadaan parti penghasut ini di mana-mana gabungan, hanyalah membawa kepada keruntuhan perpaduan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan lebih dahsyat, perpaduan sesama agama dan bangsa menjadi korban. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengapa ia terjadi?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini tidak lain kerana ada orang besar dari semua parti-parti yang disebutkan itu yang termakan umpan dunia yang dijanjikan penghasut ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu cuba mengheret sama orang lain untuk mengikut nafsunya dengan menjadi tukang lobi, meyakinkan ahli supaya menerima parti pengacau ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kecuali jika kita boleh menunggang mereka bagi kebaikan agama dan bangsa kita, tetapi jika tidak, lebih baik jauhkanlah diri dari mereka ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memang benar, tidak boleh mendirikan kerajaan tanpa campuran parti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi kita ada pilihan lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengapakah tidak dibuang ego masing-masing dengan mendirikan pakatan yang kuat dari kalangan kita seagama dan sebangsa? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas dengan bilangan parti, bilangan ahli, jika disatukan, ia memihak kepada parti bangsa dan agama kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini bukanlah cadangan bersikap jumud dengan mahu meminggirkan bangsa lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka juga diperlukan untuk membantu negara, itu jelas dan tidak ada keraguan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi telah nyata dibuktikan semenjak dahulu, apabila kaum lain duduk di bawah kekuasaan Islam, mereka akan selamat dari kejahatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih lagi bangsa kita yang sangat dimaklumi beradab dengan tetamu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi apabila bangsa dan agama lain yang menguruskan umat Islam, kita amat memahami akan akibatnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernah dengar perihal nasi kangkang? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada ghalibnya ia adalah salah satu cabang ilmu hitam diguna oleh isteri sebagai pelemah bagi menundukkan suami. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila suami sudah terkena dengan sihir ini, maka diapun akan menjadi seperti bingung, hanya mengikut kehendak isteri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam filem arahan U Wei Saari, Perempuan, Isteri dan \u2026. lakonan Sofea Jane dan Nasir Bilal Khan ada ditunjukkan adegan membuat nasi kangkang itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suaminya menjadi dayus, bingung dan macam bodoh-bodoh, menurut kehendak isteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang kelihatannya seorang politikus sedang terkena nasi kangkang parti chauvinis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setia sungguh dia menurut parti itu, mabuk dengan janji-janji akan ditabal menjadi Mamak Bendahara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudahlah begitu, begitu galak mengajak parti terbesar bangsa asal untuk menjadi muridnya, menuruti jejaknya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenalah tu, dia mahukan jawatan tertinggi, yang mahu mengikut dia itu pula, mahukan kebebasan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nasib kaum sendiri, tidak dia pedulikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memang teruk jadi angau bila dah termakan nasi kangkang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Entah apalah penawarnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dah berpuluh tahun dah ni. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tengah rakyat merana kerana pandemik pun, dia sibuk lagi berpolitik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam dunia politik, bagi mencapai maksud dan kehendak nafsu, kita tidak akan terlepas berhadapan dengan majoriti politikus yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7499,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7498","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7498","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7498"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7498\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7500,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7498\/revisions\/7500"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7499"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7498"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7498"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7498"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}