{"id":761,"date":"2020-08-29T20:57:54","date_gmt":"2020-08-29T20:57:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=761"},"modified":"2020-08-29T20:57:57","modified_gmt":"2020-08-29T20:57:57","slug":"betapa-hebatnya-tentera-malaysia-di-mata-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/08\/29\/betapa-hebatnya-tentera-malaysia-di-mata-dunia\/","title":{"rendered":"Betapa Hebatnya Tentera Malaysia Di Mata Dunia"},"content":{"rendered":"\n<p>Somalia 1993: 6 Jam Tak Makan Dan Tak Tidur Bertempur Selamatkan 73 Komando Amerika. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir 500,000 orang terkorban dalam pergelutan berdarah Somalia yang telah bermula lebih daripada 27 tahun dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas kekalahan dalam Perang Ethiopia-Somalia akibat campur-tangan Soviet Union dan Cuba, rejim Somalia mengetatkan lagi dasar-dasar kuku besi. <\/p>\n\n\n\n<p>Perang saudara tidak dapat dielakkan dan salah satu pertempuran yang diratapi Malaysia adalah Pertempuran Mogadishu (1993) dimana negara kehilangan Lans-Korperal Mat Aznan Awang selepas APC Condor yang dipandu oleh beliau ditembak oleh RPG-7. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada asasnya, misi ini tidak begitu gah di dada akhbar dan media. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan seperti kisah pertempuran Stalingrad. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan seperti di Iwo Jima. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sekadar Mogadishu, yang tentu ramai tidak tahu lokasinya di peta dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi hakikatnya berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertempuran ini bermula pada 3 Oktober 1993 apabila angkatan Amerika Syarikat \u2013 Kompeni Bravo Batalion Ke-3, Rejimen Renjer Ke-75, Pasukan Delta dan Rejimen Airborne berganding bahu untuk memberkas dua orang rapat Jeneral Mohamed Farrah Aidid, iaitu Omar Salad Elmi dan Mohamed Hassan Awale. <\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan perancangan Mejar-Jeneral William F. Garrison, Pasukan Delta akan menyusup bangunan sasaran melalui helikopter-helikopter MH-6 Little Bird, sementara empat kumpulan paratrooper Pasukan Renjer akan mendarat daripada helikopter MH-60L Black Hawk (Super 6-1 dan Super 6-4) untuk membentuk sempadan pertahanan di sekeliling bangunan ini agar unit penyerang Humvee dan M939 dapat tiba. <\/p>\n\n\n\n<p>Operasi ini dijangka akan selesai dalam 30 minit sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi faktor geografi, perancangan dan ketidaksangkaan membuatkan misi ini sangat mencabar. <\/p>\n\n\n\n<p>Konvoi tidak dapat menggunakan jalan-jalan Mogadishu akibat disekat golongan militia. <\/p>\n\n\n\n<p>Debu-debu mula mengganggu misi akibat angin kuat daripada kipas helikopter. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan Renjer Keempat pula tidak sengaja membuat sempadan di luar titik perancangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak mahu mengambil risiko apabila juruterbang Black Hawk memberikan bantuan, takutkan helikopter itu dibedil ketika mereka menempuh serangan musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Prebet Kelas Pertama (PFC) Todd Blackburn pula terjatuh semasa sedang mendarat daripada ketinggian 21 meter. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tercedera di bahagian kepala dan belakang leher, dan terpaksa dikeluarkan oleh Sarjan Jeff Struecker dalam Humvee, menyebabkan kematian Sarjan Dominick Pilla selepas ditembak di kepala. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada pukul 4:20 petang, Super 6-1 dibedil RPG dan terhempas. <\/p>\n\n\n\n<p>Juruterbang Cliff Wolcott dan Donovan Briley terkorban, bersama dua ketua kru. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi bukan semua yang mati \u2013 Staf Sarjan Daniel Busch dan Sarjan Jim Smith terselamat dan mula bermati-matian pertahankan lokasi tersebut, sementara MH-6 dapat mendarat dengan juruterbang keduanya keluar agar dapat membawa Busch dan Smith ke tempat selamat pada ketika juruterbang utama MH-6 menembak daripada kokpit. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, Daniel Busch terkorban akibat terkena empat das tembakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudahlah pertempuran semakin memuncak, berlaku pula kesilapan komunikasi antara pasukan khas dan konvoi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan konvoi tersalah faham bahawa mereka perlu dihubungi pasukan khas dahulu sebelum bergerak, begitu juga pasukan khas yang menunggu pasukan konvoi. <\/p>\n\n\n\n<p>Semasa kekeliruan 20 minit ini, Super 6-4 pula ditembak. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan khas terpaksa berundur ke lokasi nahas. <\/p>\n\n\n\n<p>90 orang askar Renjer dan Delta terperangkap dalam serangan yang teruk, walaupun ada bantuan udara. <\/p>\n\n\n\n<p>Di lokasi nahas kedua, penembak tepat Delta, Master Sarjan Gary Gordon dan Sarjan Kelas Pertama Randy Shughart membunuh ramai militia Somalia. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi hanya juruterbang, Michael Durrant, sahaja yang terselamat selepas dibelasah teruk militia upahan Aidid. <\/p>\n\n\n\n<p>Pihak Somalia tidak berhenti untuk mengepung tentera-tentera Amerika, yang sedang bertahan dengan senjata-senjata mereka dan juga serangan roket dan senjata MH-6. <\/p>\n\n\n\n<p>Operasi yang bermula sekitar pukul 4:00 petang telah meleret sehingga 2:00 pagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada waktu inilah pasukan keselamatan gabungan Malaysia-Pakistan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu daripada Task Force Infantri 2-14 dan Divisyen Gunung Ke-10 tiba. <\/p>\n\n\n\n<p>Unit-unit ini sebenarnya tidak dirancang pun sebelum operasi bermula. <\/p>\n\n\n\n<p>Tekad untuk memastikan semua unit penyelamat selamat, Mejar-Jeneral Garrison melepaskan konvoi penyelamat dalam bilangan yang besar \u2013 lebih daripada 100 kenderaan seperti Condor (Malaysia), kereta kebal M48 (Pakistan) dan Humvee bersama M939. <\/p>\n\n\n\n<p>Konvoi ini bergerak dalam kumpulan sejauh tiga kilometer, bersama helikopter-helikopter Black Hawk dan Cobra yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih daripada 100 orang askar Melayu Malaysia membanjiri kawasan pertempuran bersama tentera Amerika untuk bertarung selama enam jam. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan Lans-Korperal Mat Aznan Awang merupakan salah seorang daripada 20 orang yang terkorban dalam operasi ini. <\/p>\n\n\n\n<p>82 orang tercedera. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJasa-jasa Malaysia akan sentiasa diingati dan ketenteraan Amerika Syarikat mengucapkan sejuta terima kasih atas keberanian Angkatan Tentera Malaysia dalam operasi penyelamatan tentera-tentera kami dalam pertempuran dua puluh tahun yang lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang tentera Malaysia telah terkorban, dan sembilan lagi tercedera dalam misi di Mogadishu ini.\u201d \u2013 Thomas Kelly. <\/p>\n\n\n\n<p>Brigadier-Jeneral Greg Gile (komander Ranger AS) \u2013 \u201cSebuah pertempuran yang akan sentiasa hidup pada muka sejarah \u2013 pihak anda (Malaysia) telah dibuktikan sebagai aset yang penting untuk menjayakan misi ini. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Terima kasih kepada tentera-tentera anda, pihak Rangers terselamat.\u201d \u2013 14 Oktober, 1993. <\/p>\n\n\n\n<p>Mejar-Jeneral Thomas Montgomery (komander PBB) \u2013 \u201cKita memang sedar tentang kerugian yang diratapi tentera-tentera anda (Malaysia) yang berani. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami tidak akan sesekali lupa dan akan sentiasa bersyukur dengan bantuan yang diberikan.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>Leftenan John Breen mengutuskan nota kepada tentera-tentera Malaysia dengan kenyataan dalam konteks, \u201cRamai tentera-tentera Amerika masih lagi boleh bersama dengan keluarga-keluarga mereka kerana bantuan yang diberikan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya akan berjuang bersama anda dimana-mana sahaja.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Somalia 1993: 6 Jam Tak Makan Dan Tak Tidur Bertempur Selamatkan 73 Komando Amerika. Hampir 500,000 orang terkorban<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":762,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[37],"class_list":["post-761","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sejarah","tag-sejarah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/761","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=761"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/761\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":763,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/761\/revisions\/763"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/762"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=761"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=761"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=761"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}