{"id":7676,"date":"2021-07-03T08:37:56","date_gmt":"2021-07-03T08:37:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7676"},"modified":"2021-07-03T08:37:59","modified_gmt":"2021-07-03T08:37:59","slug":"fahami-cerita-balik-tabir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/03\/fahami-cerita-balik-tabir\/","title":{"rendered":"Fahami Cerita Balik Tabir"},"content":{"rendered":"\n<p>Dapat sedikit pelajaran berkenaan isu-isu semasa dalam politik daripada orang-orang cerdik pandai. <\/p>\n\n\n\n<p>Terima kasih atas kesudian berkongsi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang tidak mencari atau kurang atau tiada maklumat, tak apa, saya cuba bantu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekurang-kurangnya untuk memahami situasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya cuba menerangkan bagi yang mahu membaca dan tahu sedikit sebanyak selok belok politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang dimainkan di belakang tabir. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang kurang minat politik, anda pun patut baca, hanya sekadar memenuhi masa kosong. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi insyaAllah ada benda yang mungkin baru bagi anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu berkenaan isu \u2018Bendera Putih\u2019 yang telah dikaji dan memberikan hasil yang membuatkan sebelah pihak tersenyum. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir di semua negeri kecuali Labuan, isu ini mendapat tempat bagi pelayar internet. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan Kelantan dan Terengganu dua negeri peratusan Melayu tertinggi juga menunjukkan peratusan 70 dan 80 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia telah mengalihkan isu PEMULIH iaitu bantuan khas dari kerajaan kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui Pemulih hampir semua yang diminta diperolehi rakyat, walaupun ada syarat-syarat lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi isu &#8216;Bendera Putih&#8217; dinaikkan bagi rakyat melupakan bantuan kerajaan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi rakyat yang membaca isu ini selapis, kita faham akan kekurangan maklumat yang mereka diperolehi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada tak pembangkang menyerang isu Pemulih? Tiada. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka biarkan sahaja, tetapi bawa isu Bendera Putih.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala orang politik, mereka membacanya berlapis-lapis kerana mereka mahir dengan isu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan politik yang bijak ialah mereka yang berjaya menggunakan ruang yang ada bagi menaikkan imej mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Segalanya berkenaan mencipta isu dan persepsi, serta bagaimana menanganinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Strategi serampang dua mata pembangkang ini dilihat bagaikan Kerajaan PN tidak cakna rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditambah lagi dengan ada segelintir rakyat yang sibuk menyebarkan berita palsu, yang tidak mereka ketahui asal usul kejadian, membantu lagi menguatkan isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih malang, ramai pula yang percaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan YB-YB sudah hampir menyeluruh. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dinafikan mungkin ada sebilangan kecil tercicir, tetapi ia boleh diatasi dan bukannya sehingga negara kelihatan seperti tidak mampu menangani isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Terkadang ada yang sudah meminta dan mendapat bantuan berkali-kali, masih mahukan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terjadi di Tendong Pasir Mas, ada orang yang memberikan bantuan, lalu mereka meminta agar penerima menaikkan bendera untuk mereka mengambil gambar sebelum menurunkannya kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>Demikian juga di Selayang dan Rantau Panjang bendera dikibar kerana ada pihak yang minta tuan rumah menaikkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan terlupa, di kawasan wakil mereka sendiri bendera turut dinaikkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa wakil mereka buat?<\/p>\n\n\n\n<p>Pimpinan PAS secara dasarnya tidak pernah menghalang bagaimana cara mahu meminta bantuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dalam hal ini, mereka mendapat maklumat yang jelas perjalanan musuh menggunakan isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu menolak kempen ini adalah cara mempertahankan diri, kerana tahu musuh akan mengambil kesempatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Seruan berdoa tidaklah salah dan kempen mengangkat bendera juga, memudahkan petugas PAS membantu.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun apa yang kita bincangkan ialah agenda di sebalik itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika bertanya kepada orang alim bukan ahli siasah, apa hukum mengangkat bendera putih kerana keputusan makanan, jawapannya hanya lurus berkenaan fekah sahaja, halal, haram, harus kerana tiada informasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika ditanya orang alim dari latar belakang siasah, jawapannya lain berdasarkan maklumat yang mereka ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan dari PAS kepada rakyat, mungkin tidak banyak, tetapi tidak pernah putus insyaAllah. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, jika ada yang mahu mengungkit bantuan anda semua kepada orang susah, atau mendakwa YB-YB tidak kenal erti miskin, konon anda adalah bersama denyut nadi rakyat, anda silap besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Beribu ragam, perangai, penipuan, keikhlasan, airmata, kesengsaraan, kegembiraan dapat disaksikan apabila YB bertemu rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sudahpun puluhan tahun bersama rakyat membantu, malah dihina dan juga dicaci. Anda sanggup?<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang tahu kempen ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia disebarkan melalui media sosial, tetapi tidak pula tahu untuk menghubungi pusat khidmat sedangkan hanya perlu menggunakan platform yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dikata ada orang yang memberitahu sekalipun, kenapa orang itu juga tidak memberitahu pejabat Adun atau bantu mencarinya? <\/p>\n\n\n\n<p>Sanggup dia tidak menolong sehingga mangsa melarat, dan suruh angkat bendera. Pelikkan?<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah kami sentiasa bergelumang. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap kali kami mempunyai peluang yang baik untuk menerajui negara, kami akan diganggu. <\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya gangguan mereka ini akan membawa bersama massa di belakang mereka, konon membela rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ingatkah anda apa yang mereka lakukan 22 bulan ketika berkuasa?<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini dikhabarkan akan ada kempen menaikkan bendera hitam pula. <\/p>\n\n\n\n<p>Berkebetulan para doktor sekarang sedang bersolidariti memakai pakaian hitam atas isu yang mereka hadapi. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti kumpulan ini boleh mendakwa para doktor menyokong mereka pula. <\/p>\n\n\n\n<p>Sentiasa mereka mencari kawasan kelabu untuk mereka menumpang isu, menyerang lawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda yang tidak terlibat dengan politik penat dengan politik? <\/p>\n\n\n\n<p>Kami juga penat, tetapi apakan daya, demi mahu mendirikan negara yang lebih baik, kami telan semuanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah saya sertakan perbandingan antara Bendera Putih dan Pemulih yang ada dalam Google untuk bacaan anda. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga bermanafaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Explore search interest for Pemulih, Bendera putih by time, location and popularity on Google Trends &#8211; <a href=\"https:\/\/trends.google.com\/trends\/explore?hl=en-US&amp;tz=-480&amp;date=now+4-H&amp;geo=MY&amp;q=Pemulih,Bendera+putih&amp;sni=6\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">https:\/\/trends.google.com\/trends\/explore?hl=en-US&amp;tz=-480&amp;date=now+4-H&amp;geo=MY&amp;q=Pemulih,Bendera+putih&amp;sni=6<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dapat sedikit pelajaran berkenaan isu-isu semasa dalam politik daripada orang-orang cerdik pandai. Terima kasih atas kesudian berkongsi. Bagi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7677,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7676","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7676","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7676"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7676\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7678,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7676\/revisions\/7678"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7677"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7676"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7676"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7676"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}