{"id":7702,"date":"2021-07-04T00:15:48","date_gmt":"2021-07-04T00:15:48","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7702"},"modified":"2021-07-04T00:15:51","modified_gmt":"2021-07-04T00:15:51","slug":"kerajaan-selangor-sengaja-timbul-isu-kilang-untuk-menutup-kelemahan-mereka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/04\/kerajaan-selangor-sengaja-timbul-isu-kilang-untuk-menutup-kelemahan-mereka\/","title":{"rendered":"Kerajaan Selangor Sengaja Timbul Isu Kilang Untuk Menutup Kelemahan Mereka"},"content":{"rendered":"\n<p>Berhari-hari menahan rasa. Pelik melihat kluster kilang dan tempat kerja menjadi sasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara peribadi, saya mahukan sektor industri terus beroperasi supaya ekonomi kita tidak menjadi terlalu parah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiba-tiba terlihat satu tangkap layar (screenshot) memperjelaskan peratusan kluster tempat kerja yang menjadi pertikaian awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya dan beberapa sahabat membincangkan keabsahan hujah tersebut dan bersetuju memperakuinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum pergi lebih jauh, biarlah saya sebutkan bahawa para pembaca sekalian tidak perlu merasa rendah diri dengan pendedahan kali ini, kerana bidang statistik bukanlah mudah untuk dikuasai.<\/p>\n\n\n\n<p>Statistik, perlu dimaklumi, boleh menjadi pertahanan paling ampuh dan juga boleh menjadi senjata paling membunuh, bergantung kepada hasrat pihak yang menggunakannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbalik kepada isu kluster kilang dan tempat kerja yang ingin diperbincangkan. Mari kita lihat rekod harian terkini iaifu 2 Julai 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kes baru: 6,982 kes<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kluster: 17 kluster.<\/p>\n\n\n\n<p>Pecahan kluster:&nbsp; 9 kluster tempat kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 5 kluster komuniti<\/p>\n\n\n\n<p>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a03 kluster kump. berisiko tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kes dalam kluster tempat kerja: 129.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kes dalam semua kluster: 246.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, peratusan jumlah kes di dalam kluster tempat kerja berbanding jumlah kes ialah 129\u00f76982 iaitu 1.847%.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengejutkan, bukan? Bagaimana dipropagandakan bahawa ianya adalah 80%?<\/p>\n\n\n\n<p>Seandainya ada di kalangan para pembaca boleh berikan kiraan lain, saya sedia menerima.<\/p>\n\n\n\n<p>Seandainya dikira jumlah kluster tempat kerja berbanding jumlah kluster keseluruhan, ianya hanyalah 52.94%. (9\u00f717).<\/p>\n\n\n\n<p>Seadainya pula, peratusan tersebut berdasarkan jumlah kes kluster tempat kerja berbanding jumlah keseluruhan kes dalam semua kluster, ianya cuma 52.44%.<\/p>\n\n\n\n<p>Itu adalah berdasarkan kes sehari.<\/p>\n\n\n\n<p>Mari kita lihat kes kumulatif.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kumulatif kes : 765,949 kes<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kumulatif kluster: 2,882 kluster.<\/p>\n\n\n\n<p>Pecahan kluster:&nbsp; 1,351 kluster tempat kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 1,531 kluster-kluster lain<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kes dalam kluster tempat kerja: 117,436<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kes dalam semua kluster: 282,045<\/p>\n\n\n\n<p>Peratusan jumlah kes di dalam kluster tempat kerja berbanding jumlah kes ialah 117436\u00f7765949 iaitu 15.33%..<\/p>\n\n\n\n<p>Peratusan jumlah kluster tempat kerja berbanding jumlah kluster keseluruhan, ianya hanyalah 46.88%. (1351\u00f72882)<\/p>\n\n\n\n<p>Peratusan jumlah kes kluster tempat kerja berbanding jumlah keseluruhan kes dalam semua kluster, ianya cuma 41.64%. (117436\u00f7282045).<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, nombor yang saya perolehi setelah menelaah data dari sumber Kementerian Kesihatan Malaysia adalah jauh lebih rendah dari 80%.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya terpaksa akui, dan akur, sekalipun dengan berat hati, bahawa Majlis Keselamatan Negara sedang memerangi pandemik ini dengan cara yang sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Memerangi kluster kilang dan tempat kerja hanya mampu mengurangkan 129 dari jumlah 6982 iaitu 6853. Jauh dari target interim 4000 kes yang diletakkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Memeranginya di Selangor dengan melaksanakan PKPD bersasar di mukim-mukim tertentu dalam Selangor berpotensi mengurangkan 2907 daripada 6982 menjadi 4075. Angka ini lebih hampir kepada target interim tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga kita memahami strategi MKN ini, dan kita tidak mudah mempercayai apa jua yang disogokkan kepada kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Kredit: Anas Nazri<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berhari-hari menahan rasa. Pelik melihat kluster kilang dan tempat kerja menjadi sasaran. Secara peribadi, saya mahukan sektor industri<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7703,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7702","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7702","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7702"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7702\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7704,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7702\/revisions\/7704"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7703"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7702"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7702"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7702"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}