{"id":7724,"date":"2021-07-04T16:54:21","date_gmt":"2021-07-04T16:54:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7724"},"modified":"2021-07-04T16:54:23","modified_gmt":"2021-07-04T16:54:23","slug":"pasukan-yang-tabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/04\/pasukan-yang-tabah\/","title":{"rendered":"Pasukan Yang Tabah"},"content":{"rendered":"\n<p>Minggu lalu adalah minggu yang teramat mencabar untuk HKL. <\/p>\n\n\n\n<p>Ledakan kes Covid yang memenuhkan katil-katil dan ICU di HKL. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga fenomena yang serupa di hospital-hospital di Lembah Kelang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, sejak tahun lalu, Pengarah dan semua Ketua-ketua Jabatan bermesyuarat setiap hari termasuklah pada hari minggu dan memantau dengan rapat semua kes. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bekerja keras dan alhamdulillah, walaupun mencabar, kes-kes yang diselesaikan penstabilan dan rawatan di Jabatan Kecemasan dan dimasukkan ke wad secepat mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p>Hampir kesemua wad di bangunan utama sudah bertukar menjadi wad Covid. <\/p>\n\n\n\n<p>Perlahan-lahan, Ketua-ketua Jabatan merelakan wad masing-masing ditukarkan kepada Wad Covid. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari usaha seakan &#8216;Belanda minta tanah&#8217; atau &#8220;Israel mengambil tanah rakyat Palestin&#8217; , perlahan-lahan, wad pembedahan terutamanya diserahkan untuk dijadikan Wad Covid. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini sudah ada 700 katil untuk kes-kes Covid di HKL. <\/p>\n\n\n\n<p>ICU yang asalnya hanya ada 28 katil, kini menjadi 72 katil. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah dewan-dewan bedah ditukar menjadi ICU. <\/p>\n\n\n\n<p>Hospital seperti Hospital Rehabilitasi Cheras dan yang terkini Hospital Pediatrik Kanak-kanak juga digunakan untuk pesakit Covid bagi menambah kapasiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat kerjasama yang erat di kalangan semua Ketua Jabatan di HKL. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua kakitangan yang terdiri daripada pakar, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan pemandu bekerja keras mengendalikan semua kes di HKL. <\/p>\n\n\n\n<p>Pegawai farmasi, pegawai juruteknologi makmal dan juru-Xray juga berhempas pulas menjayakan semuanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan penambahan kes Covid yang meledak terutamanya pada minggu lalu, Hospital Ampang terpaksa dijadikan Hospital Covid sepenuhnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menyebabkan kes-kes kecemasan yang bukan Covid menyerbu HKL dan kesemua katil-katil yang sudahpun penuh melebihi kapasiti yang sudahpun dibesarkan dari semasa ke semasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun katil-katil kanvas dibuka, ia juga dipenuhi dengan cepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Hospital dalam mod &#8216;bencana&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi masih, kesemua petugas kami mendepaninya dengan sabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan katil yang kesemuanya penuh, ada seorang pesakit yang jantungnya terhenti dibawa masuk ke jabatan kami. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan kesemua katil penuh, petugas tidak ada pilhan dan terpaksa meletakkan pesakit ke atas lantai untuk mengenakan mesin automatik CPR dikenakan sementara troli dan katil dicari. <\/p>\n\n\n\n<p>Petugas tidak dapat menunggu untuk CPR dimulakan, kerana jika 4 minit lewat, otak sudah mulai mati. <\/p>\n\n\n\n<p>Atas sebab itu, CPR diteruskan tanpa berlengah. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk CPR, katil kanvas tidak boleh digunakan kerana permukaan yang keras adalah perlu. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya troli atau katil khas sahaja yang membolehkan CPR dilaksanakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya kemudian selepas itu, troli dapat dicari dan pesakit dipindahkan kemudiannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Melihatkan keadaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah HKL dengan tiadanya katil untuk CPR, ia mendatangkan rasa hiba dalam hati petugas kami. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kesedihan itu, ada petugas yang berkongsi gambar kerana tidak percaya yang kita benar-benar sedang menghampiri situasi yang berlaku di India ketika tsunami Covid melanda dengan oksigen habis dan sistem kesihatan lumpuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya faham isihati mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, kami sentiasa cuba sedaya upaya memastikan moral dan semangat mereka tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah hospital kami telah memberikan jawapan bertulis dan saya tahu, seorang yang amat mengambil berat situasi di hospital benar-benar tulus mahu semua ini diselesaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu ini juga mendapat perhatian dan kesungguhan dari pihak Kementerian Kesihatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Dato\u2019 Mohd Shafiq Abdullah sendiri datang dan melihat situasi di Jabatan Kecemasan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Jabatan kami juga berusaha keras mencari penyelesaian. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak beberapa bulan lalu, dia berjaya mengusahakan model penghantaran kes ke hospital swasta dan model ini dianjurkan untuk situasi katil hospital yang sudah tepu.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, terdapat sedikit sinar apabila persetujuan dicapai untuk memulakan penghantaran kes ke hospital swasta bagi meningkatkan kapasiti katil berasaskan model yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Kata KSU, \u201cI don\u2019t want to hear any excuses that this cannot be done!\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Jika semuanya berjalan lancar, akan ada lagi 300 katil tambahan bagi kes-kes bukan Covid. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami amat berterimakasih kepada KSU yang membantu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan ribut ini, kesemua pakar-pakar kami berusaha menyelesaikan kemelut ini dari rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai idea digembleng. <\/p>\n\n\n\n<p>Pagi tadipun, kami datang ke jabatan walaupun ia hari cuti untuk kami membantu situasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, ada sedikit &#8216;ruang bernafas&#8217; dengan katil-katil diperuntukkan untuk kes-kes tenat. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga amat berharap tidak ada tindakan dikenakan pula kepada \u2018adik-adik\u2019 saya yang berkongsi gambar CPR atas rasa hiba mereka akan situasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sudah banyak berkorban dan bekerja keras di jabatan kami dan saya pasti niat mereka ikhlas mahu menyedarkan masyarakat akan situasi yang melanda. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam menangani kemelut ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Insya Allah, kami tidak patah semangat. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya amat bangga dengan pasukan saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika bersama mereka pagi tadi, mereka masih menunjukkan positiviti yang menakjubkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai antara mereka adalah juga pegawai perubatan kontrak dan kami perlukan mereka untuk mengharung badai dan ribut ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami harap, anda kemas dan tuntas dengan SOP terutamanya semasa Raya Korban ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bantulah kami untuk tidak ziarah-berziarah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita sedang berhadapan dengan varian baru yang kecekapannya untuk merentas manusia adalah 60% lebih baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita diambang bencana yang lebih hebat jika kita membuka ruang untuk virus merentas.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Alzamani Mohammad Idrose<\/p>\n\n\n\n<p>Frontliner<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Minggu lalu adalah minggu yang teramat mencabar untuk HKL. Ledakan kes Covid yang memenuhkan katil-katil dan ICU di<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7725,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-7724","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7724","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7724"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7724\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7726,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7724\/revisions\/7726"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7725"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7724"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7724"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7724"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}