{"id":7858,"date":"2021-07-08T10:28:17","date_gmt":"2021-07-08T10:28:17","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7858"},"modified":"2021-07-08T10:28:20","modified_gmt":"2021-07-08T10:28:20","slug":"annuar-musa-mahu-zahid-perjelas-perkara-sebenar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/08\/annuar-musa-mahu-zahid-perjelas-perkara-sebenar\/","title":{"rendered":"Annuar Musa Mahu Zahid Perjelas Perkara Sebenar"},"content":{"rendered":"\n<p>Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa menjelaskan kedudukan sebenar keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, ia ekoran Ketua UMNO Bahagian (KUB) yang juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi, saya dihubungi beberapa ahli MKT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MKT.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPagi ini, apabila saya menjenguk WhatsApp Group Ketua-Ketua UMNO bahagian, ramai yang mengeluh dan keliru dengan kenyataan media Presiden UMNO. Terdapat juga KUB yang juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMengapakah ini terus terjadi berkali-kali. Lain dibincang, lain pula dirumuskan,\u201d soalnya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Annuar, perbincangan pada malam tersebut tidak berkisar pada sama ada UMNO perlu keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang dimomokkan sebelum ini, termasuk pendirian yang dipohon daripada pertemuan secara berasingan dengan ahli MKT.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;\u201cSeramai 25 ahli MKT telah bercakap dalam suasana yang agak tenang dan jujur memberikan pendapat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJelas banyak pendapat yang berbeza. Tiada consensus (persetujuan) yang ketara. Tiada undian dibuat,\u201d kata Ahli Parlimen Ketereh itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru katanya, Presiden UMNO wajib menjelaskan kedudukan sebenar dengan segera membuat kenyataan yang benar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLambat laun, kedudukan sebenar akan terserlah jua. Tak baik bagi parti kita,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Malam tadi, Mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n\n\n\n<p>Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa menjelaskan kedudukan sebenar keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT)<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7859,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7858","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7858","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7858"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7858\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7860,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7858\/revisions\/7860"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7859"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7858"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7858"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7858"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}