{"id":7922,"date":"2021-07-10T08:44:49","date_gmt":"2021-07-10T08:44:49","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7922"},"modified":"2021-07-10T08:46:43","modified_gmt":"2021-07-10T08:46:43","slug":"kerajaan-gagal-hanya-label-hitam-propaganda-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/10\/kerajaan-gagal-hanya-label-hitam-propaganda-politik\/","title":{"rendered":"\u2018Kerajaan Gagal\u2019 Hanya Label Hitam, Propaganda Politik"},"content":{"rendered":"\n<p>Gelaran \u2018kerajaan gagal\u2018 terhadap pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah label hitam dan bukanlah sesuatu yang mutlak.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata, apa yang gembar-gembur \u2018kerajaan gagal\u2019 hanyalah bersifat propaganda politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kaedah mengulang-ulang apa yang tidak sepenuhnya benar sehingga menjadi mutlak benar pernah diguna pakai penasihat psikologi Adolf Hitler suatu ketika dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCuba teliti benar tak benarnya kerajaan Malaysia gagal. Kalau kita tengok kadar kematian paling buruk WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) kata ialah Amerika Syarikat, India dan Brazil, bukan Malaysia. Bukan yang paling buruk.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYa Malaysia pernah berada ranking tinggi dari segi kadar gandaan jangkitan tetapi bukan sepanjang Covid-19. Biasalah turun naik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMahasiswa di universiti pun ada yang GPA semester jatuh tapi ada semester naik balik. Yang penting CGPA, bukan GPA. Kalau dapat setiap semester senarai dekan tu baguslah, Alhamdulillah,\u201d katanya menerusi catatan dalam Facebooknya.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-gcbdb1d\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-gcbdb1d gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/07\/nordin-kardi.png\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Nordin berkata, label hitam itu diberikan hanya kerana kerajaan bertindak flip-flop atau sekejap buka, sekejap tutup sektor ekonomi dan sosial perkara sama dilakukan oleh Jepun, Korea dan Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan Malaysia seorang. Maklumlah semuanya tak pernah alami serangan Covid-19. Semua&nbsp;<em>trial and error<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau yang lain pun jadi PM (Perdana Menteri) sepanjang setahun setengah yang lalu keadaannya, tentu sama kerana penasihat dan penganalisisnya sama iaitu pegawai kerajaan atau perunding profesional dalam bidang kesihatan, keselamatan, sosial, statistik dan lain-lain. Sama orangnya atau team-nya. Bukan orang politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, jika label \u2018kerajaan gagal\u2019 kerana ekonomi jatuh akibat Covid-19, semua negara di dunia turut mengalami kesan yang serupa.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, jelas beliau, Bank Dunia melaporkan ekonomi global kini menjunam ke arah resesi dan tidak hanya terhad kepada kerajaan PN sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi secara tentatif saya katakan kerajaan gagal adalah label hitam bukan benar mutlak. Dia adalah mutlak sebagai label propaganda politik yang dicipta, dipentaskan dan disebar sebagai mutlak benar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdakah saya menafikan kita semua susah? Tak! saya tak nafikan. Salah baca tu!,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nordin berkata, jika kerajaan hari ini dijatuhkan tiada jaminan mutlak bahawa penggantinya nanti terjamin sebagai kerajaan yang berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika berjaya sekali pun, katanya, ia adalah juga hasil \u2018trial and error\u2019 yang dilakukan oleh kerajaan PN hari ini yang sudah tentu tidak perlu diulang oleh kerajaan yang baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlhamdulillah jika berjaya, bagaimana kalau mereka angkuh lalu \u2018reinvent new wheel\u2019 dan tolak pembelajaran trial and error kerana fakta diperolehi daripada kerajaan PN, lalu Malaysia terus hancur?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi kalau ada yang mengaku ada tangan \u2018majik\u2019 (ajaib) boleh selesaikan semua ini dari mula dulu, pada saya itu semua tahyul. Saya pun tak ajak kawan kawan mempercayai saya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin selaku Perdana Menteri kerana didakwa gagal menunaikan tanggungjawabnya membela rakyat, memulihkan ekonomi serta membawa keluar negara daripada pandemik Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan bagi membolehkan seorang Perdana Menteri sementara dilantik bagi menyelesaikan isu Covid-19 yang masih membelenggu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gelaran \u2018kerajaan gagal\u2018 terhadap pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah label hitam dan bukanlah sesuatu yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7924,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7922","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7922","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7922"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7922\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7926,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7922\/revisions\/7926"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7924"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7922"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7922"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7922"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}