{"id":7968,"date":"2021-07-11T15:37:39","date_gmt":"2021-07-11T15:37:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7968"},"modified":"2021-07-11T15:37:41","modified_gmt":"2021-07-11T15:37:41","slug":"rahman-dahlan-berfikiran-sempit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/11\/rahman-dahlan-berfikiran-sempit\/","title":{"rendered":"Rahman Dahlan Berfikiran Sempit"},"content":{"rendered":"\n<p>Nampaknya, Abdul Rahman Dahlan ini menulis dalam skop yang sempit.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat dan berfikir terkepung dalam konteks negara Sabah (merdeka sebelum menyertai Malaysia).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau gagal melihat dalam kepentingan seluruh Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa melihat Bersatu sebagai musuh?<\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya melihat Bersatu sebagai rakan di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa melihat kejayaan kerajaan PN dalam menghadapi kemelut sekarang hanya menguntungkan Muhyiddin semata-mata?<\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa tidak mentafsirkan, kejayaan itu adalah milik bersama komponen di dalam kerajaan PN?<\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah dengan kejayaan itu nanti, adalah menjadi modal untuk dijualkan kepada rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)?<\/p>\n\n\n\n<p>Biarpun, parti-parti komponen ada produk jualan mereka, seperti Umno dengan Melayu dan Raja.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS menjual produk Islam ala PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Berfikiran sempit yang diselaputi kepentingan diri seperti itu, akan merugikan dan melemahkan parti serta kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Memang ramai pemimpin Umno yang berfikiran seperti beliau, kerana tewas semasa PRU14.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN)-PN kekal, maka mereka tidak akan dapat bertanding pada PRU15 nanti di kerusi yang mereka tewas dalam PRU14.<\/p>\n\n\n\n<p>Rahman nampaknya lebih suka menembak rakan sendiri daripada menembak musuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini perhitungan dari pemikiran yang bercelaru lagi tersesat di rimba nafsu.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau boleh dikatakan seperti bidalan, \u201cmembaling batu dari dalam rumah kaca\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tidak menyedarikah, bahawa Muhyiddin melantik seorang timbalan perdana menteri dari Umno dan terus mengekalkan seorang dari empat menteri kanan dari Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah itu sebagai petunjuk, bahawa Umno akan mewarisi jawatan perdana menteri, sekiranya apa-apa berlaku terhadap Muhyiddin?<\/p>\n\n\n\n<p>Nampaknya, Rahman kurang arif terhadap sejarah perjalanan dan usia parti di Malaysia, tegasnya di Semenanjung.<\/p>\n\n\n\n<p>Parti di Semenanjung, menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya beliau arif tentang politik Malaysia, tentulah dia tidak melihat Bersatu sebagai musuh, yang perlu diperangi pada masa ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi semasa kerajaan bergelut memerangi musuh utama iaitu Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Politik Malaysia membuktikan, bahawa parti-parti yang tiada \u201cstate base\u201d, akhirnya akan berkubur dan tercampak ke tong sampah sejarah.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak contohnya, Berjasa, Semangat 46 dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Termasuk PPP dan Gerakan yang sudah nyawa-nyawa ikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan PPP pada suatu masa di bawah DR dan SP Sinavagam sangat berpengaruh di Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Gerakan mendapat Pulau Pinang sejak 1969 dan tumbang pada 1998.<\/p>\n\n\n\n<p>Memang benar, bahawa DAP sebelum mendapatkan Pulau Pinang sebagai state base, dapat bertahan dari 1969 hingga menguasai negeri itu pada 2008.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa begitu?<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, DAP punyai \u201cbase\u201d di bandar-bandar besar, itu juga seolah-olah state base DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Biarpun Bersatu mendapat kerusi ketua menteri Sabah, tapi Sabah bukan state base kepada Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Semasa pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini Bersatu hanya memenangi 11 kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi Bersatu sebenarnya lebih lemah kalau dibandingkan dengan Umno Sabah yang memenangi 14 kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersatu sebagai rakan di dalam kerajaan tidak perlu digempur.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersatu tiada kekuatan sebenarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai sebuah parti, ianya bukan sahaja tidak punyai akar tunjang, malah akar serabut pun belum selilit batang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kekuatan Bersatu sekarang, hanyalah pada kuasa yang ada pada Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila Muhyiddin melepaskan jawatannya nanti, maka secara automatik, Bersatu akan menjadi lemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi di dalam Bersatu ada golongan Ansar dan Muhajirin.<\/p>\n\n\n\n<p>Golongan Muhajirin pula terbelah dua.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu kabilah daripada bekas Umno yang dipimpin bersama oleh Hamzah Zainudin dan Abdul Latiff Ahmad.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala satu kabilah lagi dari bekas PKR yang dipimpin oleh Mohamed Azmin Ali.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah bacaan-bacaan politik yang perlu ditelaah oleh Rahman, supaya fikiran bebalnya itu tidak tertulis, yang boleh membawa kerugian kepada kerajaan yang ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah akan turut merugikan Umno pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya menyebut Rahman Dahlan kerana difahamkan tulisan dari seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak bernama itu adalah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><em><strong>*Kamarazaman Yacob merupakan aktivis mahasiswa 1970-an.<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nampaknya, Abdul Rahman Dahlan ini menulis dalam skop yang sempit. Melihat dan berfikir terkepung dalam konteks negara Sabah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7969,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-7968","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7968","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7968"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7968\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7970,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7968\/revisions\/7970"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7969"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7968"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7968"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7968"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}