{"id":7996,"date":"2021-07-12T19:07:28","date_gmt":"2021-07-12T19:07:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=7996"},"modified":"2021-07-12T19:07:30","modified_gmt":"2021-07-12T19:07:30","slug":"permulaan-zaman-fitnah-persis-ombak-menghempas-umat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/12\/permulaan-zaman-fitnah-persis-ombak-menghempas-umat\/","title":{"rendered":"Permulaan Zaman Fitnah Persis Ombak Menghempas Umat"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>HUZAIFAH<\/strong>\u00a0bin al-Yaman merupakan seorang Sahabat yang memiliki daya keprihatinan luar biasa terhadap jangkaan-jangkaan krisis yang bakal dihadapi oleh umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kelebihan ini diperakui oleh para Sahabat, terutamanya Saidina Umar sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pintu fitnah akan dipecahkan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat Hadis Sahih yang telah direkodkan oleh Bukhari dan Muslim berkenaan bilakah zaman fitnah akan melanda umat Islam secara besar-besaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada suatu hari Huzaifah menceritakan ketika mereka duduk bersantai dengan Amirul Mukminin Umar al-Khattab, lalu berlangsunglah dialog berikut:<\/p>\n\n\n\n<p>Umar:\u00a0<em>\u201cSiapakah dalam kalangan kamu yang mengingati Hadis Nabi berkenaan fitnah?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Huzaifah:\u00a0<em>\u201cSaya\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Umar:\u00a0<em>\u201cSesungguhnya engkau berani dalam topik ini. Maka bagaimana pesanan Baginda?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Huzaifah:\u00a0<em>\u201cSaya mendengar Rasulullah bersabda:<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0641\u0650\u062a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u064f\u0644\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0627\u0631\u0650\u0647\u0650 \u062a\u064f\u0643\u064e\u0641\u0650\u0651\u0631\u064f\u0647\u0627 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u0629 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0648\u0652\u0645\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064f \u0648\u0627\u0644\u0623\u0645\u0652\u0631\u064f \u0628\u0627\u0644\u0645\u064e\u0639\u0631\u0648\u0641\u0650 \u0648\u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u0652\u064a\u064f \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0645\u064f\u0646\u0652\u0643\u064e\u0631\u0650<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><strong><em><br>\u201cFitnah yang menimpa ke atas seseorang akan turut membabitkan keluarganya, hartanya, anaknya dan jirannya. Ia boleh dileburkan dengan solat, puasa, sedekah serta amar makruf dan nahi munkar\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Umar:\u00a0<em>\u201cBukan itu yang saya maksudkan:<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><em>\u201cTetapi yang saya maksudkan adalah fitnah yang akan merempuh seperti ombak menghempas pantai.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Huzaifah:\u00a0<em>\u201cEngkau tidak akan berdepan dengan rempuhan fitnah tersebut wahai Amirul Mukminin:<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><em>\u201cSesungguhnya antara dirimu dan fitnah tersebut, terdapat pintu tertutup yang menghalanginya.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Umar: <em>\u201cApakah pintu itu akan dipecahkan atau akan dibuka?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Huzaifah:\u00a0<em>\u201cBahkan ia akan dipecahkan.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Umar: <em>\u201cJika begitu ia tidak boleh ditutup kembali selama-lamanya.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Melalui dialog ini, perawi yang bernama Syaqiq bertanya kepada Huzaifah, siapakah pintu yang dimaksudkan akan menjadi penghalang kepada fitnah besar dan akhirnya akan dipecahkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Lantas Huzaifah menjawab pintu itu adalah Saidina Umar sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ibadat-ibadat yang penting<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya menjadi amalan para Sahabat sering berdiskusi ilmu berkaitan hal ehwal Islam dan umatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Termasuklah Hadis di atas, Saidina Umar selaku Amirul Mukminin turut serta berdiskusi dan menuntut perkongsian wasiat-wasiat Nabi dari para Sahabatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jawapan awal Huzaifah menerangkan bahawa fitnah itu sifatnya melata dan saling berkait antara satu sama lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menerangkan ibadat-ibadat yang boleh membentengi diri kita dari fitnah yang melata:<\/p>\n\n\n\n<p>1. Solat dapat memulihkan hubungan dengan Allah dan berfungsi membuahkan ketenangan jiwa.<\/p>\n\n\n\n<p>2. Puasa dapat mengekang nafsu dan memupuk rasa empati terhadap golongan yang susah.<\/p>\n\n\n\n<p>3. Sedekah dapat membersihkan harta dan membantu golongan yang mengalami kesusahan akibat menjadi mangsa persaingan dunia.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>4. Manakala dakwah merupakan tanggungjawab sosial yang berfungsi memupuk nilai-nilai yang baik serta menjadi benteng masyarakat dari dirosakkan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Umar adalah penghalang fitnah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ibnu Hajar al-Asqalani menjelaskan, Huzaifah tidak menyebut nama Umar secara jelas kerana beradab dengannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekalipun beliau sangat pasti Umar sudah maklum bahawa pintu yang menghalangi fitnah itu adalah dirinya sendiri, iaitu Umar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam riwayat yang lain saat mendengar jawapan Huzaifah, Umar terus berdoa agar fitnah tersebut tidak sempat berlaku ketika hayatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Lantas Huzaifah menenangkannya agar usah bimbang, kerana ia tidak berlaku selagi Umar masih hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya Ibnu Hajar al-Asqalani mengkaitkan fitnah besar-besaran yang dibimbangi itu adalah apabila sesama umat Islam berperang menggunakan senjata sesama sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ia berlaku, maka tanda zaman fitnah telah bermula dan ia terus berlangsung tidak akan berakhir hingga kiamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam dialog dengan Huzaifah, Saidina Umar telah mendapat isyarat bahawa dirinya akan mati terbunuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Isyarat tersebut merujuk kepada jawapan Huzaifah selaku penyampai perkhabaran dari Nabi bahawa \u2018pintu\u2019 yang menghalangi fitnah itu akan dipecahkan, bukan dibuka yang boleh ditutup kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>Pintu itu adalah Umar.<\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata setelah syahidnya Umar, berlaku pemberontakan yang mengakibatkan pembunuhan Saidina Uthman. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu akhirnya tercetuslah peperangan yang turut dikenali sebagai\u00a0<em>Fitnah Kubra<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Polisi-polisi Umar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Amirul Mukminin Umar al-Khattab terkenal sebagai orang yang tegas. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun ketegasannya bukan sekadar simbol, bahkan terhasil dari kebijaksanaan-kebijaksanaan yang luar biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sangat faham akan agama dan fungsi agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketokohannya turut diperakui oleh Nabi, antaranya:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650\u064a \u0646\u064e\u0628\u0650\u064a\u064c\u0651 \u0644\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064e \u0628\u0652\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0637\u064e\u0651\u0627\u0628\u0650<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><br><strong><em>\u201cKalaulah selepasku ada nabi, pastilah Umar bin al-Khattab.\u201d<\/em><\/strong><br><br>(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi dan al-Hakim)<\/p>\n\n\n\n<p>Secara ringkas, kebijaksanaan Saidina Umar dapat dilihat melalui polisi-polisi politiknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sangat terbuka dan tidak ambil hati sekiranya dikritik walaupun secara terbuka. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tahu peranan\u00a0<em>\u2018check and balance\u2019<\/em>\u00a0dalam menjamin keadilan serta keharmonian. <\/p>\n\n\n\n<p>Umar objektif ketika membahaskan permasalahan dan konsisten menegakkan prinsip yang luhur.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tegas dalam masa yang sama prihatin dengan nasib bawahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Umar jugalah yang akan memeriksa gaya hidup pegawai-pegawai dan gabenor-gabenornya, agar jangan terpalit dengan isu kemewahan yang bakal menyinggung rakyat bawahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan kaum keluarganya dilarang sama sekali dari dilihat memanfaatkan kedudukannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita mahu katakan keadilan itu mesti adil dan kelihatan adil, itulah sikap Saidina Umar. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tidak tunggu sesuatu keburukan itu berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya beliau banyak mengaplikasikan\u00a0<em>sadduzzarai\u2019<\/em>, yang menyebabkan elemen-elemen negatif tidak sempat berlaku dan tidak sempat membudaya dalam kalangan masyarakat di zamannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Saat umat Islam berjaya menakluk Rom dan Parsi, sekali gus kembali menguasai Baitul Maqdis, Umar tegak berdiri mengingatkan nilai kemuliaan umat terletak pada Islamnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan semata-mata pada prestij kuasanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang yakin mendengar pesanan Umar kerana beliau yang mengamalkannya terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita mengkaji sikap-sikap yang melatari cara kepimpinan Saidina Umar, maka kita akan sedari bahawa selayaknya beliau disifatkan sebagai \u2018pintu\u2019 yang menghalangi fitnah dari menerkam umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Umar al-Khattab banyak mengajar kita bagaimana mahu menyelamatkan umat.<\/p>\n\n\n\n<p>USTAZ ABDUL MU\u2019IZZ MUHAMMAD<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HUZAIFAH\u00a0bin al-Yaman merupakan seorang Sahabat yang memiliki daya keprihatinan luar biasa terhadap jangkaan-jangkaan krisis yang bakal dihadapi oleh<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7997,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[18],"class_list":["post-7996","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-islam","tag-islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7996","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7996"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7996\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7998,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7996\/revisions\/7998"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7997"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7996"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7996"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7996"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}