{"id":8000,"date":"2021-07-13T08:18:29","date_gmt":"2021-07-13T08:18:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8000"},"modified":"2021-07-13T08:18:31","modified_gmt":"2021-07-13T08:18:31","slug":"terbelakah-nasib-bella","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/13\/terbelakah-nasib-bella\/","title":{"rendered":"Terbelakah Nasib Bella?"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya mempunyai seorang anak Down Syndrome (DS). <\/p>\n\n\n\n<p>Dia sekarang berumur lapan tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada mula kelahirannya, saya sebagai manusia biasa, merasa amat terkejut dengan ujian Allah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya merahsiakan dahulu daripada isteri saya yang baharu sahaja selesai bertarung nyawa melahirkan bayi itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Doktor menunjukkan tanda-tanda nyata DS pada anak saya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hati terus menolak akan kenyataan yang sudah jelas di hadapan mata itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa nasib dia? <\/p>\n\n\n\n<p>Dia akan mempunyai berbagai penyakit samada kritikal atau tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia tidak akan boleh belajar seperti biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia tidak akan mempunyai keluarganya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang akan memperdulikan nasibnya jika kami ibu bapanya meninggal. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesukaran baginya menguruskan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Soalan-soalan itu menerjah ke dalam fikiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, masa untuk memberitahu keadaan sebenar kepada isteri saya yang amat gembira dengan kelahiran bayi itu, tiba jua. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya membawa dia sendiri ke tingkat atas, ke wad bayi bagi diperlihatkan kepadanya akan bayi itu kerana doktor hanya memberitahu berita itu kepada saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah diterangkan semua tanda-tandanya, wajah isteri saya berubah, tetapi dia tidak mengeluh.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak berapa lama kemudian, Allah menghantar bantuanNya kepada kami melalui ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan juga kakitangan hospital yang menyebabkan kami semakin hari semakin yakin dengan anugerah Allah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami carikan sekolah baginya, dia mendapat hak yang sama sebagaimana abang dan kakaknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Semuanya kami berikan, malahan ada ketikanya lebih daripada mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia masih tidak pandai bertutur, dia mempunyai masalah jantung berlubang tetapi alhamdulillah melalui pemeriksaan doktor, lubang itu sekarang, sudah tertutup. <\/p>\n\n\n\n<p>Syukur juga dia bukan \u2018hyperactive\u2019. Senang dijaga. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya selalu berpesan kepada abang dan kakaknya, akan tanggungjawab menjaga anak istimewa ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah ujian Allah kepada kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika saya dan isteri pergi dahulu, maka mereka wajib menjaga adiknya ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang berkhianat kepada dia yang tidak tahu apa-apa ini, maka Allah akan pasti membalasnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Mesti dimaklumkan keberadaan dia dalam keluarga supaya kita tidak rasa malu dia sebagai ahli keluarga kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Mesti mengalah dan mengajar yang baik kepadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Allah lindungi kami dari berbuat tidak betul kepada dia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak seminggu lalu, adakah anda membaca atau mendengar kisah Bella, seorang kanak-kanak DS yang dikatakan didera dengan begitu teruk? <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak mahu apa yang terjadi kepada Bella, berlaku ke atas anak saya dan anda, jika benar penderaan terjadi ke atas Bella. <\/p>\n\n\n\n<p>Harus diingat, penderaan tidak hanya kepada OKU sahaja, ia juga sudah terjadi kepada yang normal.<\/p>\n\n\n\n<p>Bella adalah manusia biasa, hamba Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bella adalah insan yang perlukan perhatian, tidak minta dilahirkan begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bella tiada tempat berlindung, dia wajib dilindungi. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya boleh memahami jika keadaan Bella \u2018hyperactive\u2019 mungkin akan ada sedikit kesukaran menjaganya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ia bukan hak untuk dia diperlakukan begitu, jika benar dera berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Apapun status Bella, dia tidak boleh diperlakukan demikian. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada juga diizinkan sesiapa memperlakukan insan yang lemah sebegitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak mahu menuding jari, sehingga dibuktikan bersalah, walaupun amat sakit hati ini dan sedih melihat keadaannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi, seseorang wajib dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Pun begitu, saya secara adil, tidak mahu menuduh sesiapa, biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya, Bella telah mengalami malang ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Nasib Bella masih belum dibela dan kisah sebenarnya masih misteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya mohon kepada anda semua untuk membantu Bella dengan memberi tanda <strong>#justiceforbella<\/strong> kerana anda tidak perlu menjadi sesiapa, hanya menjadi seorang manusia bagi membantu Bella. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya \u2018mengenali\u2019 Bella melalui anak saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan anda \u2018mengenali\u2019nya melalui naluri sebagai seorang insan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dunia mesti tahu, apa yang sebenarnya terjadi kepada Bella.<\/p>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\">#justiceforbella<\/h1>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<br>13 Julai 2021<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya mempunyai seorang anak Down Syndrome (DS). Dia sekarang berumur lapan tahun. Pada mula kelahirannya, saya sebagai manusia<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8001,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-8000","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8000","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8000"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8000\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8003,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8000\/revisions\/8003"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8001"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8000"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8000"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8000"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}