{"id":8123,"date":"2021-07-16T09:23:37","date_gmt":"2021-07-16T09:23:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8123"},"modified":"2021-07-16T09:23:40","modified_gmt":"2021-07-16T09:23:40","slug":"bersabarlah-kita-menuju-jalan-kemenangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/16\/bersabarlah-kita-menuju-jalan-kemenangan\/","title":{"rendered":"Bersabarlah, Kita Menuju Jalan \u2018Kemenangan\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>Kalau dilihat daripada angka, kita boleh dikatakan antara negara yang \u2018gagal\u2019 mengawal penularan wabak Covid-19, lebih-lebih lagi beberapa hari ini kes harian direkodkan mencecah lima angka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan semalam sahaja sebanyak 13,215 kes direkodkan berbanding lebih 11,000 kes sebelum ini dan di bawah 10,000 beberapa hari lepas walaupun kita masih berada dalam fasa 1 Kawalan Pergerakan dan darurat.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat angka ini tentunya ia amat menakutkan lebih-lebih lagi bagi penduduk Lembah Klang apabila di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sahaja menyumbang 80 peratus kes.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, jika dilihat daripada punca peningkatan mendadak kes ini, ia ada kaitan dengan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjalankan ujian saringan Covid-19 secara besar-besar, termasuk di kilang-kilang.<\/p>\n\n\n\n<p>KKM boleh melakukan ujian saringan sebegini setelah beberapa daerah dan mukim dan Selangor dan Kuala Lumpur diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kelmarin sahaja sebanyak 135,000 saringan dibuat sehingga KKM dapat mengesan lebih 60 peratus pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 dalam kalangan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Kategori ini adalah dianggap paling ringan dalam kes Covid-19 yang mana mereka yang dijangkiti wabak ini tidak mempunyai sebarang gejala, atau hanya sekadar gejala ringan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setahun lalu, ketika pandemik Covid-19 baru melanda, ada pihak-pihak yang mencadangkan kepada kerajaan agar melaksanakan saringan secara menyeluruh, namun ketika itu KKM menganggapnya tidak perlu.<\/p>\n\n\n\n<p>Saringan hanya diberikan kepada mereka yang bergejala di samping mengarahkan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah ketika selesai Pilihan Raya Negeri Sabah pada Oktober tahun lalu, ada pihak-pihak tertentu mencadangkan kerajaan melakukan saringan kepada semua yang pulang dari Sabah, namun tidak dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Cadangan supaya mereka yang pulang dari Sabah agar diwajibkan kuarantin selama tujuh hingga 14 hari juga tidak diendah sebaliknya hanya membenarkan kuarantin selama tiga hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya, sejak itu kes-kes Covid-19 telah melonjak sehingga ribuan kes, walhal sebelum ini Malaysia telah dipuji oleh seluruh dunia kerana kejayaan mengekang wabak tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbalik kes hari ini, walaupun jumlah kes mencapai belasan ribu sehari, tetapi pada masa yang sama, program vaksinasi kita juga mencatatkan peningkatan yang begitu pantas, malah antara terpantas di dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui vaksinlah, kita akan dapat keluar daripada pandemik kepada endemik sepertimana penyakit-penyakit wabak lain seperti taun dan denggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Rekod di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat menunjukkan jumlah mereka yang dijangkiti Covid-19 masih tinggi namun kerana majoriti mereka telah diberi vaksin, maka jumlah yang dimasukkan ke hospital kerana gejala teruk mahupun kematian adalah sangat kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah pakar-pakar kesihatan dan KKM sendiri selalu tekankan bahawa hanya dengan vaksin kita akan dapat kembalikan kehidupan normal kita sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita tentunya cemburu melihat ribuan peminat bola sepak di Eropah boleh berkumpul dalam satu stadium untuk menyaksikan EURO 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita juga tentunya cemburu melihat masjid-masjid di Turki sudah dipenuhi dengan jemaah dan tidak pernah tutup sepertimana dimaklum seorang warga Malaysia yang berada di sana.<\/p>\n\n\n\n<p>Penulis yakin semua itu akan dapat kita kecapi dalam tempoh sebulan dua lagi apabila kita juga bakal mencapai imuniti kelompok.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan jumlah pemberian vaksin mencapai 430,000 sehari di seluruh negara, manakala kebanyakan negeri sudah menunjukkan penurunan kes dengan tiga dan dua angka, ini menunjukkan langkah yang diambil kerajaan ada benarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dinafikan kita agak terlambat melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) iaitu bermula April lalu, tetapi kita bergerak pantas, jauh lebih pantas dari beberapa negara jiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu bekalan vaksin, proses pemberian vaksin dan beberapa isu lain berjaya diselesaikan walaupun penulis tidak nafikan sedikit terlambat.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun segalanya dapat diatasi dengan segera dalam tempoh kurang dari tiga bulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah PICK telah dilaksanakan dengan pelbagai kaedah daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega sehinggalah program suntikan rumah ke rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Benar, tahun lalu kita boleh anggap kerajaan melakukan kesilapan kerana merasakan kita berjaya mengawal Covid-19 sepertimana kejayaan yang dikecapi pada pertengahan tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan kerajaan mulai bulan ini menampakkan petanda baik dari segi gerakan vaksinasi dan saringan kelompok.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sebab penulis seorang peramal atau jauh sekali membodek kerajaan, tetapi penulis dapat merasakan apabila PICK yang begitu pantas dilaksanakan, ditambah dengan saringan yang dilakukan termasuk di kilang-kilang yang menjadi penyumbang kes utama di Lembah Klang.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah kerajaan membendung usaha membuka \u2018pintu belakang\u2019 juga diharap dapat menghalang pihak-pihak yang mementingkan keuntungan menjalankan perniagaan walaupun dikategorikan tidak perlu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mempercepatkan vaksinasi di kilang-kilang dan pekerja industri akan menambahkan lagi keyakinan penulis bahawa kita sedang menunju kemenangan, insya-Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berhentilah merungut tetapi sama-samalah membantu menangani Covid-19 dengan duduk di rumah jika tiada keperluan, patuh SOP jika berada di luar rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika mempunyai kontak rapat dengan mereka yang positif atau sendiri mempunyai gejala, cepat-cepatlah membuat pemeriksaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan fikir kita kebal selagi kita belum disuntik sekurang-kurang satu dos vaksin.<\/p>\n\n\n\n<p>Elak pulang kampung atau rentas negeri untuk sementara. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita boleh capai kemenangan jika kita sama-sama patuh dan boleh mengawal diri.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Oleh AZIZI SALIM<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kalau dilihat daripada angka, kita boleh dikatakan antara negara yang \u2018gagal\u2019 mengawal penularan wabak Covid-19, lebih-lebih lagi beberapa<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8124,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8123","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8123","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8123"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8123\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8125,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8123\/revisions\/8125"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8124"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8123"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8123"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8123"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}