{"id":8179,"date":"2021-07-18T06:17:44","date_gmt":"2021-07-18T06:17:44","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8179"},"modified":"2021-07-18T06:24:55","modified_gmt":"2021-07-18T06:24:55","slug":"apa-yang-zahid-najib-mahu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/18\/apa-yang-zahid-najib-mahu\/","title":{"rendered":"Apa Yang Zahid, Najib Mahu?"},"content":{"rendered":"\n<p>Suasana politik Malaysia hari ini sudah pasti memualkan ramai rakyat biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang menyedihkan, kita menjadi huru-hara hanya kerana karenah dua orang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya fokuskan kepada Najib dan Zahid sahaja kerana bagi saya sebenarnya politik negara akan stabil jika bukan disebabkan oleh dua orang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya katakan politik negara sebenarnya stabil kalau bukan kerana Zahid dan Najib atas dua sebab.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab pertama: kerja membangkang oleh parti pembangkang bukan menggugat kestabilan tetapi bangkangan mereka adalah sebahagian daripada demokrasi dan merupakan lambang demokrasi kita yang semakin matang.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Sistem demokrasi Westminter yang kita amalkan bermula daripada United Kingdom. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sana pembangkang dikenali sebagai \u201cHer Majesty\u2019s Most Loyal Opposition\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Maksudnya, mereka membangkang atas dasar taat kepada Raja dan bangkangan mereka adalah untuk berlumba-lumba menjadikan negara lebih baik.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Maka di Malaysia ini, pembangkang juga mempunyai peranan yang penting.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Salah satu peranan itu ialah membuktikan bahawa kerajaan tersalah langkah dan mencadangkan idea lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu antara elemen semak imbang sistem demokrasi Westminster amalan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka peranan membangkang yang dimainkan oleh PH memang wajib untuk mereka lakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia tidak menggugat kestabilan, tetapi merupakan pelengkap kepada demokrasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab kedua: ramai pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya yang sebenarnya mahukan perpaduan Melayu-Islam dijaga. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli parlimen UMNO ramai yang mengisytiharkan mereka mahu kekal dalam kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala ahli-ahli UMNO pula menyokong tanpa pindaan usul untuk mengekalkan kerajaan pimpinan Melayu-Islam ini dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Maksudnya, akar umbi UMNO itu memang sentiasa kekal dengan perjuangan agama, bangsa dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tegas menolak Anwar Ibrahim dan DAP atas dasar agama, bangsa dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan itu, UMNO secara nalurinya memang sepatutnya serasi dengan BERSATU dan PAS dalam kerajaan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan dua sebab itu, sebenarnya langsung tidak ada sebab untuk kerajaan ini menjadi tidak stabil. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kita menjadi tidak stabil kerana sikap dua orang, iaitu Zahid dan Najib.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak faham apa yang Zahid dan Najib mahukan lagi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Jika agenda politik Zahid dan Najib ialah agama, maka kerajaan ini sudah ada dianggotai oleh parti dan individu-individu yang sukar diragui komitmen mereka terhadap Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika agenda politik Zahid dan Najib ialah Melayu, maka kerajaan ini adalah kerajaan yang pertama kali menyatukan semua parti politik Melayu besar dalam negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pernah wujud kesatuan dan perpaduan Melayu-Islam sebegini dalam sejarah negara sejak kita Merdeka.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika agenda politik Zahid dan Najib ialah rakyat, maka kerajaan ini sedang memberikan sejumlah dana yang amat besar kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Malahan jumlah itu tiada bandingannya dalam sejarah negara juga.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan-tindakan Zahid dan Najib memang pelik.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ada pemimpin UMNO yang mengatakan kerajaan yang dianggotai UMNO itu sendiri gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>Hingga ke tahap memperlekehkan Menteri dari UMNO.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ada Presiden UMNO mengisytiharkan mahu menaikkan Ketua Pembangkang sebagai Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan yang dianggotai UMNO.&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu saya tidak faham apa Zahid dan Najib mahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ikhlas mahu bela rakyat, bela agama, bela negara, maka aturkanlah gerak kerja melalui pemimpin UMNO yang sebegitu ramai dalam kerajaan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, saya ada satu ramalan mengenai motivasi sebenar Zahid dan Najib. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin betul, mungkin salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi saya berpandangan ada kepentingan peribadi mereka yang Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan penuhi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini ramalan saya sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya boleh bayangkan betapa Najib dan Zahid kini amat terdesak kerana kes-kes di mahkamah yang mereka hadapi. <\/p>\n\n\n\n<p>Najib sudahpun didapati bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Zahid pula kemungkinan besar akan didapati bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya menunggu tarikh berpindah ke penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Muhyiddin teguh berpegang dengan prinsip kebebasan mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya sudah pasti Najib dan Zahid akan melakukan apa saja untuk mengelak masuk penjara.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin Zahid dan Najib telah berjumpa Muhyiddin dan berhujah bahawa kononnya dulu semasa PH, ada pemimpin seperti Lim Guan Eng dilepaskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi Zahid lupa bahawa masa PH dulu, Muhyiddin bukan Perdana Menteri.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ketegasan Muhyiddin berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin seorang yang tegas mahu tegakkan \u201crule of law\u201d dan tidak mencampuri urusan mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin mahu tadbir urus yang berintegriti.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan senario sebegitu, amat malang sekali seluruh iltizam UMNO terhadap agenda penyatuan bangsa Melayu sanggup digadaikan semata-mata untuk kepentingan peribadi Najib dan Zahid.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Jika bukan disebabkan kepentingan peribadi Najib dan Zahid, negara kita ini akan harmoni. <\/p>\n\n\n\n<p>Perikatan besar yang menggabungkan tiga parti Melayu terbesar dalam negara pasti boleh membawa kestabilan demi manfaat seluruh rakyat berbilang bangsa, terutama dalam memerangi wabak COVID-19.&nbsp;&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Adam Aiman Abdullah merupakan seorang penganalisis politik yang pernah berkhidmat di beberapa institusi kajian di England, Singapura dan Malaysia.&nbsp;<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suasana politik Malaysia hari ini sudah pasti memualkan ramai rakyat biasa. Yang menyedihkan, kita menjadi huru-hara hanya kerana<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8180,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8179","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8179","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8179"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8179\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8182,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8179\/revisions\/8182"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8180"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8179"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8179"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8179"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}