{"id":8279,"date":"2021-07-23T08:32:20","date_gmt":"2021-07-23T08:32:20","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8279"},"modified":"2021-07-23T08:32:23","modified_gmt":"2021-07-23T08:32:23","slug":"janji-manifesto-gagal-ditunaikan-janji-pula-selesaikan-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/23\/janji-manifesto-gagal-ditunaikan-janji-pula-selesaikan-covid-19\/","title":{"rendered":"Janji Manifesto Gagal Ditunaikan, Janji Pula Selesaikan Covid-19"},"content":{"rendered":"\n<p>Demikianlah terdapat amalan politiking murahan semata-mata untuk menipu rakyat yang lemah akalnya dan mudah lupa atau jahil berkenaan segala-galanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka lupa betapa janji Pilihan Raya Umum-14 yang lalu tenggelam dalam perbalahan siapakah yang patut menjadi Perdana Menteri, bukannya mereka berusaha memenuhi kewajipan bagi menunaikan janji manifesto. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah kerajaannya hilang, pihak lain pula yang dipersalahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Berfikirlah dengan matang dan sejahtera. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah mereka yang tidak mampu menunaikan janji PRU-14 yang sedikit, tiba-tiba hari ini mendakwa mampu menyelesaikan masalah Covid-19 yang sedang merebak ke seluruh alam di muka bumi. <\/p>\n\n\n\n<p>Walhal sehingga sekarang belum ada mana-mana negara yang berjaya menanganinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah mereka yang sebegitu rupa masih boleh dipercayai, apabila secara tiba-tiba bertempik dengan berdemonstrasi dan mengangkat slogan gagah perkasa kononnya mampu menghadapi wabak yang melanda seluruh dunia hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan? <\/p>\n\n\n\n<p>Berpolitik tidak seharusnya menjadi seperti penjual ubat yang menipu pelanggan, dengan menggunakan cara kotor yang diharamkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin politik yang diamalkannya berpisah daripada sempadan agama dan moral yang luhur, suatu sifat yang tidak boleh diterima oleh masyarakat yang beragama, berakhlak dan berakal sihat. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah sebenarnya yang dinamakan dengan politik yang kotor.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat dihabiskan masa dengan cara yang kotor ini, khususnya disebarkan melalui media tanpa sempadan yang membawa wabak yang merosakkan kefahaman dan mempengaruhi masyarakat sehingga ramai yang diperbodohkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Caranya hanyalah menyebarkan masalah yang belum selesai di seluruh dunia sebagai alasan kegagalan dan menutup banyak kejayaan yang telah dicapai.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih parah sekiranya gerakan yang merosakkan masyarakat ini didalangi oleh musuh agama, negara dan bangsa yang bersedia memberikan seberapa banyak sumbangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjadi tentera upahannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih malang lagi, apabila penganut Islam berwalikan (bertuankan) kepadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, seluruh rakyat wajib bersatu dalam menghadapi wabak penyakit pemikiran dan kefahaman yang lebih berbahaya daripada wabak Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Suatu wabak yang boleh mematikan syakhsiah umat, bahkan lebih berbahaya jika dibandingkan dengan wabak Covid-19 yang mematikan jasad serta mencabut roh mereka yang masih beriman dan berakhlak mulia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita telah berjaya menjatuhkan kerajaan yang tidak bermoral itu, dengan dibantu oleh mereka yang sedar akan kebocoran bahteranya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian, digantikan dengan kerajaan yang bertanggungjawab dengan penuh kesabaran dan menunaikan kewajipan kepada rakyat tanpa sebarang janji manis. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini demikian kerana, perkara yang wajib hendaklah ditunaikan dan tidak semestinya dilakukan hanya setelah berjanji. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, ia tetap wajib ditunaikan, malah berdosa sekiranya tidak ditunaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih besar dosanya jika tidak menunaikan janji dalam perkara yang wajib ditunaikan oleh sesebuah kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi berdosa sekiranya menghabiskan masa dengan perebutan jawatan yang diharamkan meminta-minta dan menjadi kecintaan hidup duniawi. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah berdosa kerana berbohong dan menipu rakyat demi mencapai cita-cita sehingga menghalalkan segala cara. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasulullah SAW telah ditunjukkan pada malam Isra\u2019 dan Mi\u2018raj, bahawa seorang yang memikul berkas kayu yang tidak mampu diangkat, tiba-tiba menambah lagi bebanan beberapa kali sehingga menjadikannya lebih tidak berkemampuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan tersebut menunjukkan adanya kalangan manusia yang bersifat demikian, penyakit yang wajib dijauhkan dan tidak layak untuk memimpin negara dan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesungguhnya amanah untuk mentadbir politik negara merupakan satu tanggungjawab yang paling besar kepada manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Firman Allah SWT:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\ufd3f\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0636\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0645\u064e\u0627\u0646\u064e\u0629\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u062d\u0652\u0645\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0634\u0652\u0641\u064e\u0642\u0652\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062d\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064f \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0638\u064e\u0644\u064f\u0648\u0645\u064b\u0627 \u062c\u064e\u0647\u064f\u0648\u0644\u064b\u0627\u0667\u0662 \u0644\u0650\u064a\u064f\u0639\u064e\u0630\u0650\u0651\u0628\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627\u0641\u0650\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627\u0641\u0650\u0642\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064e\u062a\u064f\u0648\u0628\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0631\u064b\u0627 \u0631\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\u064b\u0627\u0667\u0663\ufd3e <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya (kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Sesungguhnya kebanyakan manusia itu amat zalim dan amat jahil. (72); <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) Akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafiq serta orang-orang perempuan yang munafiq, dan orang-orang lelaki yang Musyrik serta orang-orang perempuan yang Musyrik; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.&#8221; (73). <\/p>\n\n\n\n<p>(Surah al-Ahzab: 72-73)<\/p>\n\n\n\n<p>ABDUL HADI AWANG<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PAS<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Demikianlah terdapat amalan politiking murahan semata-mata untuk menipu rakyat yang lemah akalnya dan mudah lupa atau jahil berkenaan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[27],"tags":[43],"class_list":["post-8279","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-minda-tok-guru","tag-minda-tok-guru"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8279","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8279"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8279\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8281,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8279\/revisions\/8281"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8279"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8279"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8279"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}