{"id":8299,"date":"2021-07-24T00:01:35","date_gmt":"2021-07-24T00:01:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8299"},"modified":"2021-07-24T00:01:38","modified_gmt":"2021-07-24T00:01:38","slug":"iktibar-sukan-olympik-tokyo-2020-malam-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/24\/iktibar-sukan-olympik-tokyo-2020-malam-ini\/","title":{"rendered":"Iktibar Sukan Olympik Tokyo 2020 Malam Ini"},"content":{"rendered":"\n<p>Sangat teruja menonton siaran langsung majlis perasmian Sukan OlympiK Tokyo 2020 malam ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Penuh dengan jati diri kejepunan, terutama apabila mendengar ucapan Presiden penganjurnya, Hashimoto Seiko. <\/p>\n\n\n\n<p>Berucap sepenuhnya dalam Bahasa Jepun, sepatah pun Bahasa Inggeris tidak kedengaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah bangsa yang bangga dengan jati diri mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, tidak hairanlah negara Jepun boleh maju.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, Jepun begitu bangga dengan negaranya, tidak akan sama sekali korbankan prinsip. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasti mereka mahukan negara dan bangsa mereka dihormati. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika bukan sendiri yang mengangkat bangsa dan Bahasa sendiri, nak harapkan siapa?<\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara maju lain pun begitu, seperti negara China, Korea dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila menganjurkan majlis antarabangsa seperti Sukan Olympic, Bahasa negara merekalah yang akan ditonjolkan dan mendominasi, dalam segala aspek, seperti persiapan mesyuarat penganjuran dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Peliknya, kenapa kita tidak boleh lakukan perkara yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya amat yakin, jika Sukan Olympic di adakan di negara kita, tidak ada akan kedengaran Bahasa Melayu ketika majlis perasmian. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu tidak ada akan kedengaran alunan ayat-ayata suci al-Quran, kecuali dalam majlis antarabangsa seperti Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Di barat, selamba sahaja, pemimpin Muslim mereka dibenarkan bersumpah memegang jawatan dengan al-Quran, dengan mengenepikan kitab lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan beberapa majlis yang saya lihat baru-baru ini, yang mana mereka turut menjemput imam, untuk membacakan doa. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kita tidak ada keberanian seperti itu untuk menonjolkan jati diri agama, bangsa dan negara ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kita begitu takut dengan apa orang lain kata. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka tidak hairanlah, orang lain atau bangsa lain, tidak pernah mahu hormat Bahasa kebangsaan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Malahan, ada yang menghina, mengatakan Bahasa Melayu tidak ada nilai komersial.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya masih tidak dapat lupakan, ada beberapa kali menghadiri mesyuarat bersama beberapa kementerian, kebetulan dalam mesyuarat tersebut ada seorang dua wakil asing, tiba-tiba Bahasa mesyuarat berubah daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menjengkelkan lagi, mesyuarat sesama sendiri pun, tiba-tiba bertukar Bahasa hanya kerana ada kaum lain, yang bukan Melayu, rakyat kita sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah \u2018hinanya\u2019 menggunakan Bahasa Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahasa sendiri merempat di bumi sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tersenyum simpul, bila ada usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa komersial.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara yang mudah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu pun kita tidak mampu, seperti ketika bermesyuarat, bagaimana mahu mendaulatkan Bahasa Melayu, selaku Bahasa negara? <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menyakitkan, apabila setiap tahun kita melakukan kempen Bulan Bahasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa perlu ada kempen Bahasa negara atau Bahasa kebangsaan sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah ia sudah lama terdaulat dan berdaulat dalam Perlembagaan Persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah sampai masanya kita peru berubah, jika kita benar-benar sayangkan negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Jati diri negara ini mesti dijunjung dan disanjung serta dimartabatkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak, sampai bila-bila pun jati diri negara ini tidak akan ke mana-mana. <\/p>\n\n\n\n<p>Ultra kiasu langsung tidak memandang Bahasa Melayu sebagai Bahasa penting untuk dikuasai. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada mereka, Bahasa ibunda mereka sendiri dan Bahasa Inggeris, itu lebih penting. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah, teramat sukar untuk bertemu bangsa bukan Melayu sesama sendiri, apabila berjumpa, bertutur dalam Bahasa Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau jumpa maknanya, nak kiamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, ambillah iktibar Sukan Olympic Tokyo 2020 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa jua program bersifat antabangsa mesti mendaulatkan Bahasa negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Berucap di luar negara, gunakan Bahasa kebangsaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahulah pihak penganjur untuk menterjemahkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan sesuatu yang luar biasa, kerana semua negara melakukan perkara yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin Turki akan berucap dalam Bahasa Turki, <\/p>\n\n\n\n<p>China-bahasa China, <\/p>\n\n\n\n<p>Jepun- Bahasa Jepun, <\/p>\n\n\n\n<p>Korea- Bahasa Korea, <\/p>\n\n\n\n<p>Perancis- Bahasa Perancis dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, semua pemimpin negara-negara di dunia, begitu Bahasa membawa Bahasa mereka ke peringkat dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, bila tiba kepada negara kita, sampai kepada pemimpin Melayu, jadi Inggeris. <\/p>\n\n\n\n<p>Melayu-tidak jadi Bahasa Melayu, tetapi Melayu \u2013 Bahasa Inggeris. <\/p>\n\n\n\n<p>Inikah yang dikatakan Melayu yang mahu mengangkat Melayu di mata dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, jangan salahkan orang lain, apabila Bahasa Melayu tidak mendapat tempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Belajarlah Bahasa asing sebanyak mungkin, tidak menjadi masalah, kerana ia adalah tuntutan agama, Islam menggalakkannya, tetapi jangan sampai Bahasa sendiri merempat di bumi sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasti akan hilang suatu hari nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sangat teruja menonton siaran langsung majlis perasmian Sukan OlympiK Tokyo 2020 malam ini. Penuh dengan jati diri kejepunan,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8300,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8299","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8299"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8299\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8301,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8299\/revisions\/8301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8300"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}