{"id":8325,"date":"2021-07-24T17:05:05","date_gmt":"2021-07-24T17:05:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8325"},"modified":"2021-07-24T17:05:08","modified_gmt":"2021-07-24T17:05:08","slug":"zahid-timbalan-menteri-antara-mp-positif-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/24\/zahid-timbalan-menteri-antara-mp-positif-covid-19\/","title":{"rendered":"Zahid, Timbalan Menteri Antara MP Positif Covid-19"},"content":{"rendered":"\n<p>Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mansor Othman adalah antara ahli parlimen yang positif Covid-19 menjelang persidangan Parlimen Isnin ini, maklum sumber dalaman yang memberitahu Malaysiakini.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan Utusan Malaysia memetik sumber mengatakan bahawa Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz juga positif. Sumber yang bercakap dengan Malaysiakini juga memaklumkan perkara sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Nik Abduh menafikan perkara ini. Dia memberitahu Harian Metro bahawa ada keraguan pada mulanya, namun akhirnya ujian calitan menunjukkan dia negatif.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Zuraida Kamaruddin mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa dia adalah salah seorang kontak rapat Mansor.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, laporan Utusan Malaysia turut menyatakan bahawa Timbalan Speaker Rashid Hasnon merupakan kontak rapat dengan pesakit Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, seorang pegawai dari pejabat timbalan speaker menafikan bahawa Rashid menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga mengatakan bahawa Rashid dan semua pegawainya telah diuji negatif Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa juga positif Covid-19, tetapi sumber yang dekat dengannya kemudian menafikan perkara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri itu dikuarantin pada 15 Julai setelah pegawai khasnya positif Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak jelas jumlah ahli parlimen lain yang diuji positif atau harus dikuarantin kerana kontak rapat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim memberitahu Malaysiakini bahawa mereka yang positif mesti memaklumkan status mereka agar kontak rapat dapat diuji.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli parlimen berkenaan tidak akan dapat mengambil bahagian secara maya dalam sidang parlimen minggu ini, kerana perintah tetap Dewan Rakyat belum diubah untuk membolehkan persidangan hibrid.<\/p>\n\n\n\n<p>Parlimen bersidang selama lima hari mulai Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Agenda setakat ini adalah mendengar taklimat daripada kerajaan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang dijangka turut melibatkan perbahasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, dilaporkan bahawa Dewan Rakyat mempertimbangkan untuk hanya membenarkan 80 ahli parlimen masuk ke dalam dewan pada satu masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, 35 ahli parlimen hanya menerima satu dos vaksin, sementara empat yang lain belum diberi vaksin atas sebab-sebab tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Seratus lapan puluh satu ahli parlimen lain sudah divaksin sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysiakini<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mansor Othman adalah antara ahli parlimen yang positif<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8326,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-8325","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8325","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8325"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8325\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8327,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8325\/revisions\/8327"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8326"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8325"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8325"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8325"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}