{"id":8331,"date":"2021-07-25T09:24:38","date_gmt":"2021-07-25T09:24:38","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8331"},"modified":"2021-07-25T09:24:40","modified_gmt":"2021-07-25T09:24:40","slug":"kerajaan-gagal-atau-tidak-apakah-penting-kepada-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/25\/kerajaan-gagal-atau-tidak-apakah-penting-kepada-rakyat\/","title":{"rendered":"Kerajaan Gagal Atau Tidak, Apakah Penting Kepada Rakyat?"},"content":{"rendered":"\n<p>MINGGU ini dalam satu pungutan suara, seramai 350,000 orang telah memberi maklum balas dengan 273,000 atau 78 peratus menyatakan bahawa kerajaan telah gagal.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala 77,000 atau 22 peratus lagi menyatakan kerajaan tidak gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>Undian ini melibatkan satu angka yang amat besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun angka-angka ini tidak mengambarkan sokongan orang ramai terhadap kerajaan hari ini tetapi ia jelas memperlihatkan bahawa gerakan mengunakan hashtag \u2018Kerajaan Gagal\u2019 berjaya mencapai matlamat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Portal\u00a0berita<a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/myedisi9\">\u00a0<\/a><em>Free Malaysia Today\u00a0<\/em>memainkan berita \u2018kerajaan gagal\u2019 ini dalam satu laporan bertajuk \u2018<em>On the lips of many but \u2018Kerajaan Gagal\u2019 won\u2019t matter, says analyst<\/em>\u2018 dengan memetik pandangan Oh Ei Sun, seorang felo Singapore Institute of International Affairs.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila naratif yang sama digunakan iaitu \u2018Kerajaan gagal kerana skandal kewangan 1MDB. Kita tukar kerajaan sekarang\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Impak kempen \u2018Kerajaan Gagal\u2019 ini sekiranya tidak dibetulkan segera akan menyukarkan gabungan\u00a0Perikatan Nasional\u00a0(PN) untuk menang PRU-15 dan mempertahankan kerajaan sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerusi-kerusi yang dimenangi Bersatu adalah di kawasan majoriti Melayu yang dibantu oleh undi-undi dari Pakatan Harapan (PH) dengan 15 hingga 20 peratus pengundi Cina dan India di kawasan Melayu, yang menyokong calon parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku lagi pada PRU-15, apabila PH dan Bersatu sudah berpisah daripada gabungan politik yang terdahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala, kerusi-kerusi Parlimen Bersatu yang dahulunya kerusi UMNO, adalah kerusi-kerusi tradisi UMNO seperti Jeli di Kelantan, Tasik Gelugor di Pulau Pinang dan Larut di Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Mampukah, calon-calon Bersatu mempertahankan kerusi-kerusi Parlimen mereka bersandarkan kepada kekuatan personaliti mereka di kawasan-kawasan Parlimen tersebut?<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh, mampukah Datuk Seri Mustapa Mohamed mempertahankan kerusinya di Jeli, atau Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Larut?<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa gabungan parti-parti Melayu di Semenanjung iaitu Bersatu, UMNO dan PAS, orang Melayu akan berada dalam kerugian yang amat besar dalam PRU-15.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila tiga parti ini tidak bersama dan bersengkata, maka PH kelihatan meraih peluang untuk merampas semula kuasa kerajaan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>PH akan menggunakan parti Amanah sebagai kenderaan mereka meraih sokongan orang Melayu di Semenanjung. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala dengan adanya dua lagi parti Melayu iaitu Pejuang dan Putra, orang Melayu bertambah berpecah.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Sarawak, GPS pasti akan menang kira-kira 21 kerusi Parlimen, bermakna di Semenanjung, satu-satu gabungan parti politik itu perlu menang 95 kerusi Parlimen untuk memerintah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika 21 kerusi dimenangi GPS dicampur dengan 95 kerusi dari gabungan parti Melayu di Semenanjung ia sudah cukup untuk memperoleh majoriti mudah!<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Oleh SAIFUL BAHAR MOHD ARSHAD<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MINGGU ini dalam satu pungutan suara, seramai 350,000 orang telah memberi maklum balas dengan 273,000 atau 78 peratus<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8332,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8331","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8331","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8331"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8331\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8333,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8331\/revisions\/8333"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8332"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8331"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8331"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8331"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}