{"id":8341,"date":"2021-07-26T01:29:03","date_gmt":"2021-07-26T01:29:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8341"},"modified":"2021-07-26T01:29:06","modified_gmt":"2021-07-26T01:29:06","slug":"kebajikan-menyeluruh-untuk-semua-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/26\/kebajikan-menyeluruh-untuk-semua-rakyat\/","title":{"rendered":"Kebajikan Menyeluruh Untuk Semua Rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p>Banyak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwujudkan sejak 20 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat pelbagai tujuan ia ditubuhkan dengan sebilangan besarnya adalah untuk kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>NGO bagi kebajikan ini pula mempunyai tujuan yang pelbagai, dengan setiap satu seringkali membuat pengkhususan dalam sesuatu bidang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi sistem masyarakat negara ini seperti mana sebahagian besar dunia hari ini mempunyai tiga sektor iaitu kerajaan, swasta dan sivil.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk keseluruhan negara dan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia memperoleh dana dari cukai terhadap rakyatnya secara langsung seperti cukai pendapatan atau tidak langsung, iaitu melalui sektor swasta.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara sektor swasta hanya mempunyai tanggungjawab pada pemiliknya atau pemegang saham mereka dengan mengaut keuntungan daripada pelanggan dan pengguna produk atau perkhidmatannya.<\/p>\n\n\n\n<p>NGO kebajikan terletak dalam sektor sivil yang bertanggungjawab untuk membantu bahagian-bahagian masyarakat yang kesusahan menurut bidang-bidang pilihan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>NGO ini tidak bergerak untuk keuntungan tetapi petugas-petugasnya memperolehi imbuhan yang jumlahnya mereka sendiri tetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Badan-badan ini dibiayai dari dana diperolehi dari peruntukan kerajaan atau derma sektor swasta dan orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Sistem masyarakat ini diharapkan dapat berjalan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Maknanya kerajaan tidak perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan hanya perlu menjaga kebajikan pada tahap-tahap tertentu menurut pertimbangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang selebihnya ialah tanggungjawab NGO kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah rakyat sendiri yang mengatur kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang ramai yang memperoleh manfaat daripada sistem ini wajar memberikan sumbangan untuk kebajikan, sama ada secara langsung atau melalui NGO kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara syarikat-syarikat pula bolehlah memberi sumbangan pada NGO kebajikan ini melalui konsep CSR atau tanggungjawab sosial korporat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dana untuk CSR ini boleh dikecualikan daripada cukai.<\/p>\n\n\n\n<p>Sivil ini boleh diterjemahkan sebagai awam atau publik.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika menggunakan istilah awam dan publik, ia boleh mengelirukan dengan apa yang dipanggil sebagai kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana kerajaan juga dirujuk sebagai awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kedua-dua sektor ini adalah awam, maknanya ia digerakkan daripada dana orang ramai tetapi kedua-dua sektor ini tentunya berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan mempunyai kuasa sedangkan badan sivil tertakluk pada undang-undang yang ditentukan oleh kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tahun-tahun 1980-an, timbul istilah NGO dan konsep masyarakat sivil atau \u201ccivil society\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia, ia disebut juga sebagai masyarakat madani.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi secara terperinci masyarakat sivil dan masyarakat madani adalah berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>NGO sudah lama ada, dari zaman kolonial British.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua persatuan adalah NGO.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuma istilah NGO tidak digunakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana konsep NGO yang ada sekarang belum dicipta.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sejak selepas Perang Dunia Kedua, ada dua fahaman politik utama dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu berpegang pada fahaman bahawa kerajaan hendaklah meminimumkan peranannya dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah supaya rakyat mempunyai kebebasan seluas mungkin untuk menjalankan hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebebasan ini perlu supaya rakyat boleh berusaha dengan berniaga secara bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan cara ini masyarakat akan menjadi makmur melalui keusahawanan bebas atau \u201cfree enterprise\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Maknanya juga kerajaan tidak perlu bertanggungjawab terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat perlu berusaha sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan yang berperanan minimum akan mengenakan cukai serendah mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bagi membolehkan rakyat mempunyai lebih banyak wang untuk dijadikan modal.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itu juga kerajaan tidak mempunyak banyak dana untuk dijadikan peruntukan bagi kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahaman yang satu lagi pula menetapkan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyatnya, dari lahir sampai mati.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka dalam fahaman ini, semua keperluan dan kebajikan rakyat wajib dipenuhi oleh kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk mendapatkan dana supaya dapat diperuntukkan bagi kebajikan rakyat, kerajaan perlu mengenakan cukai tinggi terhadap rakyatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada negara pula yang turut melibatkan diri dalam perusahaan hinggakan tiada langsung sektor swasta.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila tiada sektor swasta dan kerajaan juga memenuhi keperluan kebajikan sepenuhnya, maka tidaklah muncul sektor sivil.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahaman pertama itu ialah aliran kanan dan fahaman kedua itu ialah aliran kiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari segi modelnya, pelaksana fahaman kanan itu adalah Amerika Syarikat (AS) dan kiri adalah Soviet Union.<\/p>\n\n\n\n<p>AS dianggap sebagai ketua dunia bebas atau \u201cfree world\u201d kerana Soviet Union dan negara-negara komunis lain adalah masyarakat totalitarian, iaitu kehidupan rakyat sepenuhnya ditentukan oleh kerajaan atau pemerintah mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kebanyakan negara dunia mengamalkan campuran kedua-dua fahaman ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Britain, apabila Parti Buruh mula berkuasa, ia memperkenalkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan bermulanya gagasan negara kebajikan\u201d iaitu \u201cWelfare State\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka timbullah fahaman \u201cDemokrasi Sosial\u201d yang mana kerajaannya mengenakan cukai tinggi pada golongan kaya mereka bagi membolehkan mereka memberikan kebajikan sepenuhnya, dari buaian hingga ke kuburan, \u201cfrom cradle to grave\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Sistem ini berlaku di negara-negara Scandinavia iaitu Denmark, Sweden, Norway dan Iceland.<\/p>\n\n\n\n<p>Juga Finland.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Tanah Melayu ketika mula mencapai kemerdekaan, ia mewarisi sistem yang ditinggalkan oleh British iaitu sistem kesihatan dan pendidikan untuk rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan juga mempunyai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditubuhkan pada tahun 1946.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada peruntukan kerajaan, bantuan-bantuan kebajikan juga dibiayai oleh kutipan dari Loteri Kebajikan Masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun kementerian yang bertanggungjawab pada kebajikan tidaklah menjadi kementerian penting seperti Kementerian pendidikan dan kementerian kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di AS walaupun fahamannya tidak bertanggungjawab pada kebajikan rakyat, tetapi di peringkat negeri dan tempatan, mereka menubuhkan juga perkhidmatan bantuan sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila berlaku bencana, kerajaan persekutuan turut menghulur bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi pada keseluruhannya sistem di AS memerlukan dana kebajikan dari korporat dan aktiviti pertubuhan kebajikan, yang seringkali datang dari golongan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa sebab seseorang itu terdorong untuk menderma, sudah tentu kerana agama atau kesedaran sivik.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka badan-badan agamalah yang menubuhkan pusat-pusat kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di semua kota besar AS ada gelandangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya pernah meninjau gelandangan di Boston.<\/p>\n\n\n\n<p>Gelandangan adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dalam sistem AS.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menunjukkan bahawa sistem itu berjalan dengan baik saya pernah dibawa ke pusat-pusat bantuan untuk gelandangan yang dianjurkan oleh gereja.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1980-an, apabila sistem Soviet Union dilihat gagal kerana syarikat-syarikat kerajaan menjadi tidak efektif dan tidak inovatif hinggakan ia meruntuhkan ekonomi negara, ramai aktivis aliran kiri menghentikan perjuangan politik untuk menguasai negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya mereka beralih perhatian kepada aktivisme isu-isu tertentu seperti kebajikan, kemiskinan, hak asasi manusia dan alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka muncullah istilah NGO dan konsep masyarakat sivil.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia, ada satu lagi sektor yang pentadbirannya berada di bawah kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sektor agama ini berbentuk Baitulmal.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia memperoleh dana daripada kutipan zakat dan sedekah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau hendak dikirakan, kekuatan menyeluruh Baitulmal ini sepatutnya sudah cukup untuk memberi bantuan kebajikan kepada rakyat yang memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Iaitu tidak perlu peranaan NGO.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kalau dari segi sejarah Islam, Baitulmal yang bermaksud \u201cRumah Wang\u201d itu merupakan perbendaharaan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika melihat asnaf yang ditetapkan, dan apabila dilihat dari segi semangatnya, sesebuah kerajaan itu bertanggung jawab pada kebajikan semua rakyatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesiapapun digalakkan menderma dan membuat kebajikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ia tetap merupakan tanggungjawab kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz dan kota Damsyik yang bersih daripada peminta sedekah sudah kerap diceritakan dan tidak perlu diulangi di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sifat amanah Khalifah Umar boleh dianggap sebagai ekstrem, tetapi asas kepada kebajikan adalah amanah.<\/p>\n\n\n\n<p>Suatu peringatan kepada kerajaan dan NGO.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Banyak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwujudkan sejak 20 tahun lalu. Terdapat pelbagai tujuan ia ditubuhkan dengan sebilangan besarnya<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8342,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-8341","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8341","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8341"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8341\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8343,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8341\/revisions\/8343"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8341"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8341"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8341"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}