{"id":8370,"date":"2021-07-27T08:20:52","date_gmt":"2021-07-27T08:20:52","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8370"},"modified":"2021-07-27T08:20:54","modified_gmt":"2021-07-27T08:20:54","slug":"di-sebalik-hartal-doktor-kontrak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/27\/di-sebalik-hartal-doktor-kontrak\/","title":{"rendered":"Di Sebalik Hartal Doktor Kontrak"},"content":{"rendered":"\n<p>Semalam berlaku satu peristiwa bersejarah dalam perkhidmatan kedoktoran di Malaysia, iaitu para doktor muda melakukan mogok atau hartal. <\/p>\n\n\n\n<p>Di negara ini jarang sekali para doktor melakukan mogok kerana amalan ini selalunya melibatkan golongan buruh atau pekerja bawahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini kita biasa mendengar mogok pemandu teksi, mogok pekerja kilang dan seumpamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalan timbul mengapa doktor sudah mula melancarkan mogok? <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang menjawab, kerjaya mereka sudah keluar dari zon selesa atau dengan pengertian lain belajar bidang perubatan bukan lagi jaminan pasti mendapat pekerjaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada itu, ada juga yang menuduh pihak yang berkepentingan politik memperkudakan doktor muda ini untuk kepentingan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya ingin melihat isu sebenar di sebalik perkara yang sensasi ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, bukan hanya kerjaya doktor yang menghadapi masalah ini, kerjaya-kerjaya yang lain dalam sektor awam juga menghadapi masalah yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai penjawat awam dalam sektor-sektor yang lain sudah bertahun-tahun dalam status kontrak, malah ada yang lebih sedekad.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang lebih malang, ada penjawat-penjawat awam yang berstatus kontrak ini, antaranya yang sudah berkhidmat lebih dari 10 tahun ditamatkan perkhidmatan ketika PH mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke-14. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma pada waktu itu, tiada pihak yang mendorong mereka untuk melakukan mogok atau hartal seperti yang dilakukan oleh para doktor muda hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakikat sebenarnya, sektor perkhidmatan awam hari ini sedang berada di persimpangan dan sedang mencari halatuju baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah terdapat golongan politik yang bercakap sektor perkhidmatan awam ini adalah bebanan besar kepada perbelanjaan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Belanja mengurus dalam Bajet Tahunan semakin bertambah setiap tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Semasa PH menguasai kerajaan, dengan dipengaruhi oleh pandangan DAP, mereka mahu mengurangkan bilangan penjawat-penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum menjadi kerajaan lagi DAP sudah bercakap tentang pengurangan bilangan penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab itu, PH sebelum ini telah menyasarkan bilangan penjawat awam berkurangan 5% setiap tahun antara 2019 sehingga 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>Sering diperkatakan, Skim Pencen dalam perkhidmatan awam telah meletakkan beban yang cukup besar kepada kerajaan berbanding dengan mereka yang memilih Skim KWSP. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Skim Pencen inilah yang banyak menarik rakyat termasuk doktor untuk terlibat dengan perkhidmatan awam, malah ia adalah nikmat terbesar bagi penjawat-penjawat awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan menyertai perkhidmatan awam (Skim Pencen) bermakna mempunyai pendapatan yang terjamin sehingga hari kematian, malah turut dinikmati oleh tanggungan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya aspek-aspek kebajikan yang diterima oleh pesara-pesara sektor perkhidmatan awam melalui Skim Pencen ini memerlukan kos yang besar dikeluarkan oleh kerajaan bagi setiap tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan sebab itu, kerajaan sebelum ini telah memulakan satu skim baru bagi Perkhidmatan Awam, iaitu Skim KWSP. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang memilih Skim KWSP ini tetap diberi jawatan tetap dan memperolehi faedah-faedah bagi penjawat awam yang berjawatan tetap. <\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat desas-desus yang menyebut, Skim KWSP ini akan secara keseluruhannya menggantikan Skim Pencen.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya ada satu lagi skim yang ramai terlepas pandang, iaitu Skim Kontrak bagi penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Di beberapa buah negara, sektor perkhidmatan awam sudah berasaskan Skim Kontrak, tiada lagi seumpama Skim Pencen. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya Skim Kontrak ini menjadi skim utama sektor perkhidmatan awam, diyakini akan berlaku penentangan besar, justeru BN sebelum ini, PH dan PN tidak berani.<\/p>\n\n\n\n<p>Boleh jadi sudah ada nasihat-nasihat diberikan kepada kerajaan sama ada sebelum ini BN atau kemudiannya PH, supaya sektor perkhidmatan awam beralih kepada Skim Kontrak. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia dikatakan akan meningkatkan daya saing dan yang lebih penting menjimatkan perbelanjaan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia menuntut rakyat terutama ibu-bapa mengubah mentaliti, iaitu kerjaya di sektor perkhidmatan awam bukan lagi seperti dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, saya berpandangan, Skim Pencen ini perlu dikekalkan kerana inilah satu-satunya kelebihan yang dinikmati oleh para penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama boleh diperbaiki Skim Kontrak sebagai satu lagi pilihan untuk penjawat awam dengan faedah-faedah tersendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhir sekali mentaliti rakyat perlu berubah sektor perkhidmatan awam bukan hanya Skim Pencen semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Mohd Zuhdi Marsuki<\/p>\n\n\n\n<p>AJK Kerja PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semalam berlaku satu peristiwa bersejarah dalam perkhidmatan kedoktoran di Malaysia, iaitu para doktor muda melakukan mogok atau hartal.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8371,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-8370","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8370","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8370"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8370\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8372,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8370\/revisions\/8372"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8371"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8370"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8370"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8370"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}