{"id":8382,"date":"2021-07-27T10:20:34","date_gmt":"2021-07-27T10:20:34","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8382"},"modified":"2021-07-27T10:20:37","modified_gmt":"2021-07-27T10:20:37","slug":"sampai-bila-rakyat-mahu-tonton-sarkas-parlimen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/27\/sampai-bila-rakyat-mahu-tonton-sarkas-parlimen\/","title":{"rendered":"Sampai Bila Rakyat Mahu Tonton Sarkas Parlimen?"},"content":{"rendered":"\n<p>Seorang rakan Facebook menulis: \u201cOn aje TV, rasa macam tengok sarkas pulak pagi ni!\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Ringkas sahaja tulisannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap orang yang membaca hantaran Facebook tersebut sudah tahu apa yang beliau maksudkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sarkas menurut Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud \u201csekumpulan penghibur yang terdiri daripada akrobat, badut serta binatang terlatih yang menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat persembahan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau barangkali merujuk kepada perangai segelintir ahli-ahli Parlimen yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang bermula semalam. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang beliau lihat itu adalah pengulangan apa yang pernah berlaku dalam sidang-sidang sebelum ini iaitu satu \u201cpertunjukan sarkas\u201d yang disaksikan secara langsung oleh berjuta-juta penonton di rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertunjukan tersebut bermula sejurus selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berucap. <\/p>\n\n\n\n<p>Belumpun sempat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berucap bagi menerangkan tentang Pelan Pemulihan Negara, segelintir ahli Parlimen daripada pembangkang mula beraksi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak habis-habis membangkitkan tentang Peraturan Mesyuarat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sampai kepada satu tahap, segelintir ahli-ahli Parlimen pembangkang menjadi begitu keterlaluan apabila memekik-mekik ketika rakan-rakan mereka yang lain bertafakur dan membaca Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban akibat Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri pun turut meminta ahli-ahli Parlimen yang masih terjerit-jerit itu diam seketika, namun langsung tidak dipedulikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi bertafakur dan membaca Al-Fatihah yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan diam dan tenang bagi menghormati mereka yang meninggal dunia angkara pandemik ini tidak berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah kali pertama dalam sejarah Dewan Rakyat, sesi bertafakur dan membaca surah al-Fatihah tidak dihormati sedemikian rupa.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakaman video perbuatan mereka itu tular dengan begitu cepat dalam pelbagai platform media sosial dan menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan ia sebagai biadab dan tidak tahu menghormati mangsa korban pandemik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertunjukan sarkas ini berlangsung kira-kira satu jam dan bermakna satu jam sudah dibazirkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tempoh satu jam amat berharga dan bukan satu tempoh yang pendek di Dewan Rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak perkara boleh dibincang dan dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>15 ahli Parlimen tersebut menghabiskan satu jam hanya untuk bertanyakan tentang Peraturan Mesyuarat, mempersoalkan kenapa tiada sesi perbahasan dan pengundian. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan berapa ramai yang dapat berucap dan berbahas jika satu jam yang amat berharga itu tidak dibazirkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara yang sama berlarutan ketika ahli-ahli Dewan mengambil bahagian dalam perbahasan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada sahaja percubaan mencelah dan mengganggu sesama mereka menyebabkan banyak masa terbuang. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun banyak kali juga Yang di-Pertua Dewan atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan menegur, ia tetap tak diendahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah ketika Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mahu memulakan sesi menggulung taklimat Pelan Pemulihan Negara, ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang terus menerus mengganggu menyebabkan beliau terpaksa berhenti beberapa kali bagi memberi laluan kepada pertanyaan dan celahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menteri kewangan memang seorang yang berhati mulia memberi ruang kepada setiap orang yang cuba mencelah!<\/p>\n\n\n\n<p>Suasana yang sama juga dijangka terus berlaku pada sesi esok , lusa, tulat dan tubin sehinggalah sidang tamat pada 2 Ogos nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mengejutkan kerana dalam sesi-sesi sebelum ini pun, pertunjukan yang sama pernah dipertontonkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumlah sudah hampir lapan bulan tidak bersidang!<\/p>\n\n\n\n<p>Gelagat ahli-ahli Parlimen ini memang menghiburkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka secara tiba-tiba menjadi sekumpulan penghibur kepada berjuta-juta rakyat Malaysia walaupun mereka bukan akrobat, badut atau binatang terlatih yang menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat persembahan!<\/p>\n\n\n\n<p><em><strong>Saladin Hasan Saleh&nbsp;<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang rakan Facebook menulis: \u201cOn aje TV, rasa macam tengok sarkas pulak pagi ni!\u201d Ringkas sahaja tulisannya. Setiap<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8383,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8382","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8382","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8382"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8382\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8384,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8382\/revisions\/8384"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8383"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8382"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8382"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8382"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}