{"id":8406,"date":"2021-07-28T10:12:55","date_gmt":"2021-07-28T10:12:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8406"},"modified":"2021-07-28T10:14:16","modified_gmt":"2021-07-28T10:14:16","slug":"taasub-kepada-kebenaran-bukan-manusia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/28\/taasub-kepada-kebenaran-bukan-manusia\/","title":{"rendered":"Taasub Kepada Kebenaran, Bukan Manusia"},"content":{"rendered":"\n<p>Ingat! Kamu akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan berselindung di sebalik misi bantuan kemanusiaan untuk kepentingan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua nanti. Percayalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya mengikuti secara dekat kontroversi beberapa isu terkini dan sebelumnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak juga yang saya tahu daripada sumber yang boleh dipercayai sebelum ini, termasuk pihak berkuasa, cuma mengambil pendekatan berdiam diri itu lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, mutakhir ini, menjadi terpanggil untuk bercakap sedikit, apabila melihat watak manusia yang mula meragukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi ramai sahabat saya, termasuk Firdaus Wong, memberikan bukti-bukti yang sukar untuk saya tolak, selain daripada pemerhatian sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Harapan saya adalah biarlah setiap pendakwah, termasuk pemimpin (parti) politik, yang melakukan apa juga kerja-kerja kebajikan, benar-benar membawa imej Islam ini, ikhlas dalam perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukannya berpura-pura, penuh hipokrit, kerana yang akan menerima padahnya nanti, selain diri sendiri, lebih besar lagi adalah agama suci kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Ingat! Kamu akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kamu buat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, saya percaya, di dunia pun kita akan dapat lihat akan kebenarannya, kerana ada pepatah berkata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa iktibar yang kita pelajari daripada semua yang berlaku ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, jangan taasub kepada manusia atau individu (parti) tertentu, tetapi kepada kebenaran, tidak kira siapa. <\/p>\n\n\n\n<p>Neraca kita adalah apa yang benar, apa yang salah, bukan siapa atau siapa yang benar, siapa yang salah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan kerana terlalu suka kepada seseorang, sehingga tidak nampak, antara hak dan batil. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita ada akal yang Allah kurniakan, nilaikan dengan mata hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti mana artikel yang saya sebelum, berjubah, berkopiah, bersongkok, tidak semestinya tidak rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya cukup bimbang dengan trend yang berlaku hari ini, pantang dikritik dan disentuh sedikit figura-figura tertentu, maka akan \u2018diserang\u2019 oleh pentaksub-pentaksub ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan cara kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Nilai dahulu, apa yang benar, apa yang salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan tengok siapa dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Taksub sehingga tidak dapat membezakan mana benar, mana salah, adalah sangat bahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mempertahankan sesuatu tanpa menoleh lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Al-Quran memberi peringatan terhadap mereka yang terlampau taasub kepada orang tertentu yang menjurus kepada kebatilan dan kesesatan <\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0637\u064e\u0639\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0627\u062f\u064e\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0643\u064f\u0628\u064e\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0636\u064e\u0644\u064f\u0651\u0648\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0644\u064e\u0627<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dan mereka berkata: &#8220;Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>(al-Ahzab:67)<\/p>\n\n\n\n<p>Taksub atau fanatik ini juga merentas setiap anutan agama bukan sahaja di dalam Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap agama ada golongan yang taasub. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, taksub juga boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang taasub boleh bertindak ganas bagi mempertahankan anutan dan apa yang mereka bawa walau salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ingatan sekali lagi, taksub kepada kebenaran, bukan orang.Kedua, dalam kerja-kerja dakwah atau kebajikan ini, elakkan penonjolan atau publisiti diri secara berlebihan, sehingga \u2018over\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastikan tangan kanan yang memberi, seolah-olah tangan kiri tidak tahu.<\/p>\n\n\n\n<p>Penonjolan berlebihan inilah juga menyumbang kepada taksub dan riyak. <\/p>\n\n\n\n<p>Berpada-pada. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan semua perkara perlu dicerita, sehingga hal-hal peribadi, suami isteri dan anak pinak pun nak ditunjukkan juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Kena ada rasa malu sikit.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami, orang-orang lama, juga \u2018popular\u2019 hingga kini, bagi ceramah motivasi sana sini, masuk keluar TV, lakukan kerja-kerja amal sehingga kini, tetapi tidaklah se\u2019over\u2019 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak juga kami jadi kaya dengan kerjaya ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi, Alhamdulilah, kini ada orang jadi kaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Allah memberkati.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga, dalam dakwah dan kebajikan, elakkan gunakan perkataan \u2018saya\u2019 terlalu kerap. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya akan bantu, saya punya duit, semuanya, saya, saya, saya\u2026tetapi gunakan bahasa yang lebih lunak, kita atau kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila menggunakan perkataan saya atau aku, seolah-olah semua itu datang daripada diri sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan, kebenarannya, tidak sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang akan menilai, terlalu kayakah kamu? <\/p>\n\n\n\n<p>Bisnes tidaklah sehebat mana? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pula selaku mana? <\/p>\n\n\n\n<p>Mana datangnya duit, kalau bukan daripada sumbangan luar atau orang ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi musim wabak ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua bisnes terjejas. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit datang dari mana? <\/p>\n\n\n\n<p>Takkan duit datang dari langit. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau duit itu datang daripada derma orang, maka elakkan guna perkataan saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kena elakkan lembu punya susu, sapi punya nama.<\/p>\n\n\n\n<p>Keempat, setakat yang saya tahu, mana-mana kerja kebajikan, boleh dikatakan rata-rata sumber kewangan datang daripada sumbangan orang ramai, sama ada syarikat atau individu, melalui NGO yang ditubuhkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, sumbangan atau derma itu adalah amanah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak boleh dibelanjakan sesuka hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Perlu dijaga dengan baik dan profesional. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak boleh semberono. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua akaun ini perlu diauditkan, supaya tidak berlaku salah laku dan salah guna kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang ramai atau penderma berhak tahu ke mana wangnya dibelanjakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanggungjawab mengurus NGO dan melakukan kebajikan, bukan setakat mengirim gambar dan meraih sokongan awam tetapi ia amanah yang akan ditanya di hadapan Allah kelak. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengurusan keluar masuk sumbangan mesti direkodkan dengan rapi dan diaudit.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelima, figura-figura yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan ini, sedaya upaya hendaklah elakkan diri daripada skandal, terutama skandal berkaitan tiga \u201cTA\u201d WaniTA, harTA dan takhTA. <\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan kepada bukti-bukti yang ditunjukkan, bukan sahaja memeranjatkan malahan amat menakutkan kerana ia menjijikkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya cukup berharap semua itu tidak benar?<\/p>\n\n\n\n<p>Saya amat berharap, individu atau NGO yang melakukan kerja-kerja amal ataupun kemasyarakatan perlu melakukannya bukan untuk kepentingan peribadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Janganlah berlaku dimulut, kalimah Allah tidak lekang, tetapi lain ceritanya di belakang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita takut menimbulkan fitnah kepada agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Iktibar daripada semua kontroversi ini, elok rasanya sebuah badan bebas atau pihak berkuasa perlu dimasuk untuk memantau mana-mana figura atau ahli politik yang menubuhkan NGO untuk tujuan amal.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini amat perlu bagi mengelakkan persepsi bahawa ia bergerak atas kepentingan peribadi dan peruntukan yang tidak sampai kepada kumpulan sasar. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi apabila kita membawa imej agama, dibibir tidak pernah putus menyebut kalimah Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkara yang paling saya takut, menjadi fitnah kepada agama suci ini, disebabkan oleh tangan-tangan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, dengan adanya pemerhati ini, dapat menyelamatkan mereka yang diperangkap dan teraniaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Biasalah, kadang-kadang orang yang kena tangkap ada yang kena perangkap. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga sebaliknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang teraniaya, tiada siapa yang membelanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada kita semua, ingat pesan orang tua, ingat pertolongan orang kepada kita, lupakan pertolongan kita pada orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ingat salah kita pada orang, lupakan salah orang pada kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Ikhlaslah dalam perjuangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ingat! Kamu akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dibuat. Jangan berselindung di sebalik misi bantuan kemanusiaan untuk kepentingan diri.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8407,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8406","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8406","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8406"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8406\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8409,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8406\/revisions\/8409"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8407"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8406"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8406"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8406"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}